Berehatlah di sana
dengan tenang sahabatku Amir Elyas 😔
Sudah 3 tahun mung
bertarung, badan sakit, lemah, tapi senyuman di bibir tak pernah tak ada.
Selalu aku tanya, sakit ke kanser ni mir? Mung kata tak sakit pun, padahal
semua orang tahu mung sakit. Mung pandai tipu mung tak sakit.
Hari ini, Allah
yang Maha Penyayang telah panggil mung, Allah sayang ko mung mir, Allah bagi
mung berehat sepenuhnya di sana. Allah tahu lama sangat doh mung sabar, Allah
tahu mung tak mengeluh pun sakit, mung tak pernah salahkan takdir, harini Allah
jemput mung dengan sungguh mulia mir.
Betapa aku rindukan
susuk tubuhmu Mir. Kita kenal tak lama, tapi keindahan akhlakmu sungguh baik,
semua orang senang dengan perangai lembut mung. Sesiapa sahaja yang jumpa mung,
mesti mereka puji mung. Mung lah tok imam solat, mung lah ajak kawan2 buat
baik, mung lah pandai main bola sepak n takraw. Sampai sekarang aku ingat Gimi
kata kat aku,
"Semua sukan
Amir pandai, pandai power gila, especially killer takraw n main futsal"
Tapi semua tu
kenangan jah loni, takpo, aku simpan memori tu mir. Aku jumpa mg first time,
aku duduk di kerusi sebelah mung, mung pakai baju putih masa tu dengan kopiah
hitam. Situ lah kita mula kenal, lepas tu gelak ketawa dan sedih sama-sama.
Mungkin sebab tu Allah takdirkan mung duduk sebelah aku masa di rumah Cik Zah..
Sebab Allah nak
suruh aku kenal mung cepat2,, sekejap sangat Allah pinjam mung ko aku.
Kita makan
sama-sama masa tu, aku duduk sebelah mung di sofa, aku tanya pasal sakit mung,
mung cerita macam mung kena demam jah, sungguh hebat akhlak mung. Mung tenang
sangat. Di situlah aku tekad, aku nak mesej tanya khabar sokmo ko mung.
Setiap kali aku
mesej ko mung tanya khabar, mesti mung jawab alhamdulillah aku sihat jah Wae,
aku sihat gini jah la. Mung sokmo mintak aku doa, aku pulak malu ko mung, mung
orang soleh dan baik. Tak pernah sekali pun mung oyak mung sakit..Mung oyak
mung sihat, padahal mung tahu doktor kata mung tak ada harapan lama lagi dah
mung dulu belajar medic di India, mung berhenti sebab kanser usus tu, mung
mesti tahu apa kesudahannya bila dah merebak ke hati deh? Tapi mung tetap
tenang Mir, walaupun mung tahu ajal mung nak sampai daAmir, tadi aku tanya Cik
Zah, Cik Zah gi melawat mung, tapi masa tu mung dah tak sedar doh mir, mung tak
berkata-kata dah, mung senyap. Badan mung habis kuning, mata pun tertutup
rapat, mung tak menyahut doh ma abah mung panggil macam dulu. Allahurabbi...
Aku tanya Cik Zah,
macam mana amir (mung) takdok? Cik Zah jawab,
"Amir masa nak
meninggal, mulut sibuk dengan zikrullah, selalu menyebut Allah, Alhamdulillah,
Laailaha illallah"
Subhanallah
😔
![]() |
Aku duduk sebelah mung Amir (baju putih), aku tak tahu pulak itu terakhir kita sahabat =( |
Mulianya cara mung
balik jumpa Tuhan kita, Allah sayang sangat ko mung Mir, Allah sayang ko mung
lebih-lebih. Allah jaga mung dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT yang
sangat luas.
Aku tahu mung sakit lama, aku tahu mung tak pernah mengadu dan
mengeluh
kepada sesiapa pun mung sakit, dengan berkat mung redha dan sabar,
Allah ambik nyawa mung dengan penuh mulia.
Dalam perjalanan
dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tadi, mulanya panas Mir. Sampai di Setiu
hujan renyai-renyai doh. Sampai di kawasan rumah mung, suasana cukup tenang dan
mendung. Tak panas, tak hujan, tapi mendung dan sejuk.
Allah nak bagi mung
balik dengan cukup molek, jiran-jiran mung, anak -beranak mung semua ziarah
tadi Mir, semua tenang dan paling penting, abah dan ma mung senyum dan suruh
doakan mung mir... Allahuakbar, ya Rahman ya Rahim. Engkau selamatkan lah
sahabatku Amir di sana ya Allah, dari azab kubur dan api neraka.
Tabahnya hati abah
ma mung. Kuatnya hati, tengok anak sakit selama tiga tahun. 3 kali pembedahan
buang usus dan buang hati, mesti cekal abah ma mung tengok anak sakit depan
mata.
Amir..
Tadi aku jumpa mak
mung , mak mung kata, masa mung ada dulu, mung lah mengajar Al-Quran kepada mak
mung, mung lah selalu baca khutbah di masjid kalau raya. Mung lah anak soleh
yang selalu dengar apa ma abah cakap. Ma mung oyak,
"Amir anak
yang dengar sokmo ma abah oyak" 😔
Mung kena kanser
tahap 4, tapi dalam masa tiga tahun mung bertarung, mung berulang-alik ke
masjid setiap kali solat kecuali bila mung sakit sangat jah, mung baca al-Quran
hari-hari di rumah, mung hidup penuh dengan ibadah dan iman di penghujung hayat
mung Mir.
Allah.. Maha Suci
Mu ya Allah, Engkau lah Maha Memiliki ke atas roh dan jasad kami. Daripada Mu
aku datang, kepada-Mu lah kami kembali nanti.
Ya Malik, Pemilik.Ya Muhyi, MenghidupkanYa Mumiiy, Mematikan
Aku minta maaf Mir,
last time aku mesej mung 11 Oktober, mung reply terus sejam lepas tu. Tapi aku
hok tak reply mesej mung, aku tak sempat nak reply Mir. Aku janji nak gi jalan
rumah mung lagi, mung kata,
"Mari la
insyaallah rmh ni open sokmo klu xdop appoinment spital 😁😁"
Aku minta maaf mir,
aku tak sempat jumpa mung sebelum mung takdok. Aku melawat kubur mung tadi,
masa tu tak ada orang dah, aku denganKimi jah, tenang setenangnya aku tengok
kubur mung, moga mung pun gembira dalam kubur, salah satu daripada taman-taman
syurga.
Di sebelah kubur
mung, ada sebuah pokok yang besar, boleh meneduhi kubur mung waktu panas, boleh
menjadi tanda kepada kubur mung. Tambah pula kubur mung di hujung tepi tanah
kubur, mungkin nak bagi mung rehat cukup-cukup kat situ, nak bagi mung balik
dengan tenang.
Bawah pokok ke,
tepi tanah kubur ke, jauh dari jalan skit ke tak penting, sebab Allah Maha
Mengetahui di mana kubur hamba-hamba-Nya yang soleh. Allah tahu mung dah balik
Mir, Dia kan Tuhan kita, Dia lah yang panggil kita balik.
Aku minta maaf Mir,
aku dapat berita mung tak sedar diri semalam, aku ingat aku gi harini rumah
mung, aku sempat jumpa mung. 15 minit sebelum aku bertolak tadi, Cik Zah mesej
kata mung gi doh menghadap Allah... Nasib baik aku tak pengsan drive tadi,
nasib baik Kimi teman.
Mir... Aku mintak
maaf, aku tak sempat nak cium pipi mung, aku tak sempat nak cium dahi mung, aku
tak sempat nak peluk jenazah mung tadi, aku tak sempat nak pegang tangan mung,
aku tak sempat nak ajar mung mengucap di akhir hayat, aku mintak maaf mir, aku
ingat sempat tadi, tapi mung gi dulu...
Aku sampai tadi,
mung dah takdop dalam rumah mung, aku naik rumah mung aku cari mung tadi Mir,
aku langkah rumah mung dengan harapan mung sambut aku macam dulu turun tangga
senyum...aku mintak maaf Mir. Aku mintak maaf tak reply mesej mung dulu. Mintak
maaf, sebab aku janji dengan diri aku nak jaga mung, tapi mung gi dulu.
Insyaallah, aku dan
sahabat-sahabat kita akan teruskan perjuangan hidup ni. Mung akan selalu dalam
ingatan kami semua, kami sayang mung sebab Allah dan Rasul, aku sayang mung
sebab mung sahabat aku. Family mung redha dengan pemergianmu, Allah redha
dengan kematianmu sahabat, semestinya beristighfarlah makhluk-makhluk Allah di
muka bumi untuk mu, perginya seorang remaja soleh menghadap Ilahi.
Allahurabbi Mir,
aku minta maaf, aku tak tahan sebak ingat kepada mung. Aku tak sanggup nak
menangis di depan ma abah mung. Kalau aku sempat jumpa dan peluk jenazah mung
tadi, aku rasa aku takkan lepaskan pelukan tu depan mudah, aku akan menangis di
bahu mung Mir, mungkin sebab tu Allah tak jumpakan kita di penghujung usia mu.
Selamat jalan
fighter, selamat jalan sahabat. Selamat jalan teman, selamat jalan ahli syurga.
Aku teringat lagu Hijjaz,
"Telah tiba,
saat waktu kau tinggalkan kami..
Sedih rasanya hati
ini bila mengenangkan, kau sahabatku, kau teman sejati"
Tenang lah di sana
Amir. Kita jumpa di syurga nanti insyaallah. Tunggu kami semua di sisi Allah.
Amir Elyas (baju
putih)
1991-2015
![]() |
Tenangnya aku dan Kimi melihat pusara mu sahabat, semoga mung tenang di sana |