Ada.
Susah untuk aku
lupakan.
Satu perkara yang
aku faham dalam hidup, setiap perkara yang aku lalui, mesti ada hikmah yang
Sang Pencipta telah susun untuk aku pelajari pengajarannya. Begitu juga dengan
setiap pertemuan, aku yakin dan pasti setiap perkenalan mesti ada perkara baru
yang Allah nak aku belajar.
Kali ni, aku nak
cerita tentang Ada. Pesakit yang aku jumpa dalam wad.
Semasa teman umi
sakit dalam wad bulan Disember tahun lepas, banyak pengajaran yang aku dapat.
Escpecially cerita tentang adik Ada yang berumur 16 tahun, betol-betol
disebelah katil umi aku.
Suasana dalam wad,
semua orang faham, aku rasa mesti pernah sekali seumur hidup kita, kita
menjejakkan kaki ke hospital. Sama ada empunya diri yang sakit, atau pergi
melawat insan lain yang tenat. Dalam kes-kes yang berat, sehingga meninggal
dunia dan pergi menghadap Ilahi. Itu sudah suratan kan?
Antara perkara yang
Allah sudah tetapkan untuk kita sejak lahir lagi ialah waktu ajal kita. Di mana
kita akan mati, bila, waktu dan macam mana, Allah yang Maha Mengetahui lah yang
tahu, dan Allah yang Maha Menyusun Agenda lah yang menyusun semua perjalan
hidup kita.
Sejak kita lahir
sambil menangis 'uwek uwek uwek' sehingga orang keliling kita membaca yasin
ketika nyawa kita dihujung nyawa.
Patient 'collapsed'
atau patient yang meninggal dalam wad adalah lumrah kerja-kerja para doktor dan
nurses hadapi setiap hari. Pukul 200ptg tadi nampak patient tu senyum sahaja,
pukul 215ptg patient tu unconscious dan tiba-tiba meninggal.
Allah, banyaknya
ibrah aku dapat dalam masa 2-3 minggu menjaga umi di hospital. Tak tertulis
untuk aku cerita kan semua, tapi aku rasa cerita pendek pasal Ada ni, ingin aku
kongsikan.
Satu hari, ketika
umi masih lagi sakit dalam hospital, aku ingat lagi masa tu katil umi berada di
hujung tepi tingkat, depan sekali dekat dengan pintu masuk wad 3 Selatan,
Hospital Universiti Sains Malaysia. Haritu cerah dan tak hujan. Aku macam
biasa, masa tiada kelas atau cuti, pergi jaga umi di wad.
Tiba-tiba, aku
terpandang seorang adik remaja perempuan ditolak masuk ke dalam wad. Terus
ditolak oleh nurse ke kaunter di hujung wad, dalam fikiran aku, muda lagi dah
masuk ke wad.
Iye lah, walaupun
memang dah hampir 4 tahun belajar pergi balik ke hospital setiap hari, bila umi
kita yang sakit sendiri di wad, perasaan melihat pesakit itu lain.
Bercampur-baur dan sayu sahaja.
Itu belum aku yang
sakit. Nauzubillah ya Allah.
Selepas lebih
kurang 45minit, tiba-tiba nurse datang ke arah kubikal di tempat katil umi aku
berada, sambil menolak adik tadi ke katil sebelah kiri betol-betol di sebelah
katil umi.
Aku melihat dengan
diam, gerak-geri mereka bertiga. Si ibu, adik perempuan linkungan belasan tahun
tadi, dengan nurse berbaju purple gelap itu.
Dalam medical,
profesor selalu ingatkan. 'Observation is really powerful'. Perhatikan apa
sahaja yang ada pada pesakit. Air muka mereka, pakaian mereka, tangisan mereka
atau gerak-geri tubuh badan mereka.
Mereka sebenarnya
sedang menyampaikan satu message kepada medical team. Kita boleh dah ada
differential diagnosis dah bila melihat pesakit berjalan, bercakap atau
berbaring di atas katil. Seriously? Yes seriously.
Contohnya adik ni.
Hanya tertunduk
senyap, memandang lantai sahaja, tanpa melihat orang di sekeliling pun.
Seakan-akan dia sudah 'detached' daripada kesosialan dengan insan lain di
sekeliling. Emaknya sahaja yang melemparkan senyuman kepada pesakit-pesakit di
sekitar dan ahli keluarga pesakit lain. Ramah juga makcik ni, tapi kurang
berbual juga. Awal lagi, biar dia rest dulu lah baru sampai tu.
Aku terpandang
ibunya, aku senyum membalas, tapi belum menyapa.
Desis hati aku,
mungkin adik ni, stress atau kemurungan atau apa sahaja. Maklumlah, takkan
masuk wad kalau kita sihat kan? Mesti ada masalah. Pesakit yang ada masalah
fizikal, contohnya patah ke, sakit kepala ke, mesti penyakit-penyakit ni akan
memberi kesan kepada psikologi.
Pesakit akan letih,
akan rasa tak sedap badan, akan lenguh, akan rasa stres dan banyak lagi lah.
Jadi maybe adik ni pun sama.
Atau mungkin masih
dalam 'denial state'. Tak mampu untuk menerima hakikat yang dirinya sakit buat
masa sekarang.
Banyak yang
merewang di fikiran aku. Aku memilih untuk duduk senyap dan biarkan mereka
berehat dulu. Nanti lah kita borak.
Sepanjang
sehari-dua mereka menjadi jiran kami di hospital. Tak banyak yang kami
borakkan. Kalau selisih otw ke tandas, saya adalah senyum dan cakap "Eh
nak ke tandas makcik?" Dah tahu, saja nak menghormati insan tua.
Tapi apa yang saya
pelik.
Adik tadi senyap
sahaja. Tak bunyi suara. Banyak baringkan diri di atas katil dan memandang ke
katil atau ke lantai. Yang aku nampak, cuma dia pegang perut sahaja, tak erat
pun dia genggam perut dia, tapi tangannya di situ. So, aku assume mesti
perutnya yang bermasalah.
I guess so.
Aku pelik, sakit
apa adik ni?
Dan bila masa
berlalu, keluar masuk wad untuk ke bilik Radiology dan ke klinik semua, dari
situ aku perasan yang memang adik ni senyap sahaja.
Bila aku dah mula
ada masa, aku duduk di kerusi dan mula berborak dengan emak adik tersebut.
Tanya asal dari mana, nak panggil makcik ni, kerja apa dan semua lah.
Dan aku tanya pasal
anak makcik.
"Anak makcik
sakit apa ni?"
Dia kata, "Dia
sakit perut Wan, sakit perut kuat dan lama dah"
Saya pun berpaling
kepada adik yang terbaring tadi,
"Sakit kat
mana? Sakit kuat ke? Buang air okay?"
Yang peliknya dia
tak membalas lansung. Kemudian ibunya menyampuk di sebelah aku,
"Ada tak boleh
bercakap dan tak boleh dengar Wan. Dia pekak dan bisu"
Aku pandang anak
mata makcik tu. Masih tak percaya. Pekak dan bisu?
Kasihannya adik Ada
ni. Sejak lahir lagi dia pekak dan bisu, sampailah sekarang membesar di sisi
ibunya dengan setia. Dia asyik memandang sahaja saya dan ibunya bercakap.
Kemudian aku tanya
pasal ayah Ada. Kat mana ayah dia? Sebab sepanjanh aku berada di wad, tak
pernah aku terserempak dengan ayahnya yang datang melawat.
"Ayah Ada, dah
tak duduk sekali. Ayah dia dulu tak boleh terima hakikat yang bongsu dia ni
pekak dan bisu, bila Ada lahir, ayahnya berubah sikap dan jadi panas baran. Ada
lah yang menjadi mangsa, dipukul dan dibuatnya Ada"

Aku dengar sebak.
Oh begitu ke makcik... 😔
"Sekarang ni
ayah dia ada penyakit mental Schizophrenia. Setiap hari mendengar bisikan yang
tak baik. Masa Ada kecik lagi dulu pun, ayah dia dengar bisikan yang Ada ni
anak yang sial, itu lah Ada dipukul ayahnya"
Sekarang ni, mereka
tak bercerai tapi sudah tidak duduk sebumbung lagi. Rumah lama mereka, ayahnya
duduk walaupun tanah tu tanah pusaka adik beradik mak Ada ni. Mak Ada buat satu
bangsal dekat kawasan situ juga, bangsal buruk-buruk. Mereka tinggal di situ.
Di situlah mereka
tinggal. Makcik ni berniaga nasi kerabu Rm1.00 sebungkus. Di depan rumah mereka
setiap pagi di kawasan Binjai, Kota Bharu.
Alhamdulilah,
sebelum umi saya keluar lagi daripada hospital, mereka sudah dibenarkan balik
ke rumah. Sakit Ada tak dapat dikesan lagi oleh doktor, tak tahu sakit apa,
buat Ultrasound pun tak nampak apa-apa.
Ada pergi ke
sekolah pendidikan khas di Pasir Mas, di depan Hospital Daerah Pasir Mas. Dari
7 tahun sampai 13 tahun. Sekarang, Ada bersekolah di Kota Bharu, di kelas khas
untuknya.
Semoga Ada tabah
dalam menghadapi apa yang Allah sediakan dalam hidup Ada. Membesar sebagai
insan pekak dan bisu, bukanlah senang atau mudah, mesti penih dengan tanda
tanya dan susah payah.
Tambah pula
sekarang, sakit perut yang kuat dan belum tahu apa yang berlaku. Semoga makcik
juga tabah membesarkan anak istimewa, besar pahala Allah SWT bagi kepada makcik
menjaga anak istimewa. Kesusahan makcik nakk bas tiga kali nak hantar anak
bersekolah di Pasir Mas, teman anak di hospital, ditinggalkan suami dan banyak
lagi, Allah tahu tu semua makcik, Allah dengar rintihan makcik malah Allah lah
yang menyusun semua perkara dalam hidup makcik.
Mungkin Allah nak
bagi syurga kepada makcik dengan lebih mudah berbanding kami yang sihat.
Allahurabbi, Allah Maha Penyayang, mesti setiap perkara yang dia sediakan, ada
hikmah untuk kita ambil.
Salam
Syazwan Fadeli