"Dr kalau dapat gaji pun, tak padan"
En. Zul, pesakit yg
menghidap pelbagai penyakit. Pesakit kronik, yg tabah menghadapi segala
penyakit sejak 12 tahun lepas.
Saya dan kawan,
Nuraizat ke rumah En.Zul pada 22 April 2016 tadi di Salor, Pasir Mas. En.Zul ni
adalah pesakit CFCS kawan saya sejak beberapa bulan yg lalu.
CFCS ni adalah satu
program under USM untuk pelajar perubatan, untuk follow up pesakit sehingga perlu
adakan 'home visit'. Tujuannya, nak menanam perasaan cinta dan kesungguhan
dalam diri pelajar perubatan, untuk merawat pesakit dari awal sampai akhir.
Antara kriteria yg
perlu dalam memilih pesakit, pensyarah kami tetapkan yg pesakit tersebut
mestilah pesakit kronik dan juga kalau boleh daripada golongan miskin.
Beza antara pesakit
acute dan kronik adalah, acute maksudnya pesakit yg baru sahaja mengalami
sakit. Manakala pesakit kronik adalah pesakit yg menghidapi penyakit tersebut
sudah lama atau kesannya sudah berpanjangan. Tidak semestinya
penyakit kronik itu lebih teruk, acute juga bukan calang-calang. Tengok sahaja
serangan jantung, berlaku secara acute sebab cepat kan, dan kesannya boleh
membawa mati.
Tengok pula kepada
penyakit kencing manis, biasanya seorang pesakit kencing manis akan ada
penyakit tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia, mengambil masa berpuluh
tahun, barulah ada komplikasi dan meninggal dunia.
Pada tahun 2005,
En.Zul menghidap Lymphoma, beliau dimasukkan ke hospital besar di Pahang. Lymphoma telah
menyerang beliau, dan organ yg terlibat adalah Spleen (limpa). Lymphoma adalah
sejenis penyakit ketumbuhan yg menyerang immune system manusia, ada dua
kategori iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Penyakit ini
berbahaya mengikut jenis Lymphoma itu sendiri dan tahap berapa pesakit datang
ke hospital.
Selepas berbincang
dan mencari kata putus, doktor pakar bedah bersetuju untuk membuang limpa
tersebut kerana sudah rosak dan boleh merebak ke organ penting lain seperti
buah pinggang dan hati. Setiap pembedahan ada risiko kan? Yes!
![]() |
Walaupun oncall
perlu bekerja malam, itu adalah tanggungjawab seorang doktor
|
Jangkitan,
pendarahan malah maut boleh menyerang pesakit bila-bila masa. Itu bergantung
kepada tahap kesihatan pesakit dan juga susceptibility beliau utk menerima
penyakit lain. Selebihnya of course lah, rezeki daripada Allah SWT.
Maybe kehidupan
En.Zul ini, Allah sediakan dengan penuh berliku dan pancaroba. Allah nak beliau
tabah dan cekal!
Kenapa?
Pada tahun yg sama
juga, En.Zul di diagnoskan dengan penyakit Schawannoma, penyakit ketumbuhan
yang kena pada urat saraf. Nauzubillah... Kepala En.Zul juga dibedah (di HUSM)
dan terdapat komplikasi yg tidak diingini iaitu beliau hilang pendengaran dan
kesimbangan badan.
![]() |
Suasana dalam biilik bedah. Bergantung kepada minor atau major sesuatu pembedahan, masa pembedahn adalah berbeza. |
Besar sungguh ujian
En.Zul
Masa rancak
bercerita tadi, En,.Zul memberitahu kami, betapa doktor yg merawat beliau
sungguh-sungguh mahu beliau sembuh. Jaga sejaga-jaga nya lah.
Beliau masih ingat,
sebelum beliau di transferkan ke HUSM, pada pukul 2-3 pagi doktor yg
bertanggungjawab menjaga beliau datang dan pastikan semua stabil sebelum beliau
dinaikkan ke atas ambulan dan dipindahkan.
Beliau begitu
teruja dan rasa bersyukur sangat kerana, bagi beliau, doktor dan nurse adalah
insan yang tak pernah kenal erti penat lelah untuk membantu pesakit. Pagi ke,
petang atau malah malam, hubungi sahaja mereka, mereka mesti datang untuk
selamatkan nyawa, especially kes-kes kecemasan
Beliau kata,
"Doktor kalau dapat gaji pun, tak padan!"
Semasa di HUSM
pula, beliau menjalani rawatan chemotherapy daripada Jabatan Onkologi. Ini
adalah rawatan untuk Schannoma beliau sendiri. Tapi tak lengkap cycle chemo
kerana beliau developed complication.
Beliau juga rasa
bersyukur, semasa di HUSM, doktor adakan pelbagai ujian untuk sahkan penyakit,
datang review beliau pagi malam, untuk pastikan beliau sihat.
Bayangkan lah,
pesakit di hospital ni mencecah ribu, mana nak dan doktor nak lihat dan
berborak lama, tapi at least! Mereka tahu perkembangan setiap pesakit mereka.
Saya dengar
kata-kata En.Zul, saya termenung dan berfikir sejenak.
Besarnya
pengorbanan seorang doktor.
Di sini saya ingin
kongsikan, kenapa seorang insan yg bergelar doktor, adalah insan yg tabah dan
berjiwa besar.
Setiap pagi, doktor
akan datang awal ke hospital untuk mulakan sesi 'ward round' untuk melihat
semua pesakit yang mereka rawat bergantung kepada bidang kepakaran
masing-masing. Sebagai contohnya, walaupun seorang pakar bedah perut berada di
wad 2, kalau ada pesakit yg ada masalah perut di wad tulang (sebab ada dua
penyakit),mereka akan pergi dan review segala penyakit. Itu adalah
tanggungjawab mereka. Hampir setiap pagi mereka lakukan utk melihat
perkembangan pesakit, sama ada perlu tukar ubat, tukar bandage dan sebagainya. Sehari,
boleh berbelas malah berpuluh pesakit mereka akan lihat dan rawat.
Doktor akan
terlibat dalam keputusan yg boleh meragut nyawa. Contohnya, pesakit yg kena
stroke malah maybe serangan jantung, mereka perlu berfikir dengan cepat dan
betul utk bagi ubat dan sama ada perlu pembedahan atau tidak. Membuat keputusan
yg bermain dengan hidup dan mati, bukanlah sesenang nak buat. Ini adalah nyawa!
Kalau untuk ibu yg mengandung, lagi lah bermain dengan dua nyawa.
Istimewanya tugas
seorang doktor, mereka ada oncall atau bekerja malam walaupun seharian sudah
bekerja. Sebagai contohnya, seorang houseman (HO) dalam posting surgery, beliau
perlu bekerja 36 jam. Maksudnya, 7 pagi hari ini mula, dan habis dalam pukul 12
tengahari esoknya. Jadi doktor, bukannya kita duduk di kaunter atau lihat orang
berjalan, kita yg terkejar-kejar ke sana ke mari, ambil darah, masuk bilik
pembedahan, cuci luka berpuluh-puluh pesakit setiap hari. Bayangkan.
Pembedahan-pembedahan
yg doktor lakukan, biasanya mengambil masa berjam-jam untuk sudahkan. Contohnya
pembedahan hati kawan saya dalam bab kanser, doktor ambil masa selama 13 jam
untuk potong separuh daripada hatinya. Itu kalau satu sahaja pembedahan, kalau
ada 2-3 pembedahan, memang malam lah pakar bedah akan balik.
Masa seorang doktor
cukup special. Masa yg ada bersama keluarga, memang sangat terhad dan itulah
satu-satunya masa mereka ada. Selebihnya, hidup mereka adalah di hospital bagi
bertarung menyelamatkan insan lain. Makan pun kadang-kadang tak memilih, ikut
apa yg ada dan sempat dibeli sahaja.
![]() |
Doktor bedah
menunaikan solat di bilik khas
di dewan bedah. |
Ada tu, sehingga
anak-anak merajuk, abah atau ibu atau kedua-duanya selalu tiada di rumah. Nenek
atau bibik lah menjadi peneman setiap.
Apa yg saya
kongsikan di sini, sebenarnya adalah utk menyatakan kesyukuran kepada Allah,
bukan gaji yang menjadi buruan utama doktor yg berdedikasi untuk merawat
pesakit, tapi adalah kesihatan pesakit yg paling utama.
Dan juga bukan
untuk mengangkat martabat seorang doktor. Ilmu yg mereka ada juga adalah
pinjaman Allah. Kerja apa sahaja pun ada cabarannya kan?
Niat untuk Allah
akan buat hati kita lebih tenang dan tenteram..
Bukan senang kita
nak dedikasikan banyak daripada masa dalam hidup kita untuk insan lain. Kita
jaga kesihatan mereka, rawat dan bedah mereka, itu semua adalah kerana
TANGGUNGJAWAB yang lebih diutamakan.
Biasanya, utk
family sahaja kan kita buat yg terbaik dan habiskan segalanya, ini untuk insan
lain. Itu satu pengorbanan yg cukup besar.
Besar perbezaan
gaji antara doktor di hospital kerajaan dan swasta, gaji berbeza beribu,
belasan ribu malah berpuluh ribu. Sebab itu saya rasa, doktor-doktor yg masih
bekerja di hospital kerajaann walaupun sudah menerima tawaran berkali-kali
daripada swatsa, adalah hero. Di hospital kerajaan, rata-rata pesakit adalah yg
miskin dan tak mampu bayar bil di wad pun ada.
Di hospital
kerajaan, regardless of how many surgeries we do, our payments are still the
same. Contohnya gaji RM15000 bagi seorang pakar bedah, Manakala di hospital
swatsa pula bergantung kepada berapa surgeri mereka lakukan, kalau makin
banyak, maka makin meningkat lah payments mereka.
Di mana pun mereka
bekerja, mereka adalah insan yg memang sanggup bersusah-payah untuk insan lain. Profesor saya, sekejap berada di HUSM, sekejap terbang ke Penang atau KL, sekejap ke London. Saya pun sendiri pelik, bagaimanalah beliau membahagikan masa untuk family dan untuk diri sendiri.
Dr pakar yg saya jumpa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pula, setiap hari Ahad dan Isnin, beliau akan ada di Kota Bharu, Selasa dan Rabu pula beliua akan berada di Penang. Dan cycle ini akan berlaku setiap minggu ke minggu.
Allahurabbi, besarnya pahala yg beliau dapat kan? Bekerja utk membantu orang sakit ke sana ke mari, letih tak payah kira. Tapi untuk insan yg sakit dan kerana tanggungjawab serta pinjaman ilmu yg Allah bagi, beliau sanggup lakukan jua. Semoga Allah merahmati guru-guru saya yg sangat berdedikasi dan pemurah ini! Amin2.
Ini cuma satu pekerjaan saya bagi sebagai example, banyak lagi pekerjaan yg memang menggadaikan masa dan tenaga.
Dr pakar yg saya jumpa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pula, setiap hari Ahad dan Isnin, beliau akan ada di Kota Bharu, Selasa dan Rabu pula beliua akan berada di Penang. Dan cycle ini akan berlaku setiap minggu ke minggu.
Allahurabbi, besarnya pahala yg beliau dapat kan? Bekerja utk membantu orang sakit ke sana ke mari, letih tak payah kira. Tapi untuk insan yg sakit dan kerana tanggungjawab serta pinjaman ilmu yg Allah bagi, beliau sanggup lakukan jua. Semoga Allah merahmati guru-guru saya yg sangat berdedikasi dan pemurah ini! Amin2.
Ini cuma satu pekerjaan saya bagi sebagai example, banyak lagi pekerjaan yg memang menggadaikan masa dan tenaga.
Saya pernah ikut
tukang rumah membina rumah untuk seorang nenek tua secara percuma dengan
barang-barang diberi oleh NGO, sangat letih dan memerlukan pengorbanan jugak
kan? Kerja ke laut, bahaya dengan laut, ikan dan petir semua. Bekerja sebagai askar, berkorban berminggu-minggu masuk hutan untuk jaga sempadan negara dan mengatasi penjenayah.
=)
Semoga saya,
terutamanya, akan menjadi seorang doktor yg menyayangi pesakit, dan merawat
dengan sepenuh hati untuk memberi yg terbaik =) Azam dan tekad, mestilah
tinggi, amin2!
Salam.
By:
Syazwan Fadeli
No comments:
Post a Comment