Tuesday 16 May 2017

HARI IBU: PENGORBANAN NENEK MENJAGA 5 ORANG CUCU YATIM


Bersama makcik Hanisah dan salah seorang cucunya di kediaman mereka. 

HAPPY MOTHER's DAY

I specifically requested to take a picture with her Puan Hanisah, an asnaf that we met last Saturday from Kuala Krai, as an symbol of:
'Mothers ARE VERY STRONG'

She's 65 years old, but currently taking care of 5 orphan grandchildren by herself and her husband. Jaga cucu yatim lima orang bukanlah perkara yg kita imipikan bila kita tua kan?
Kita sepatut rasa bersenang lenang, happy melihat anak2 membesar dan berjaya. Lain ceritanya untuk makcik ini.

Kerja makcik ni cungkil isi kelapa yg warna putih tu, 10sen untuk setiap kelapa yg berjaya dibuat. Sehari, beliau cuma mampu buat sebanyak 30 bijik, so total Rm3.00/hari. Siapa yg pernah buat cungkil isi kelapa mesti tahu penatnya nak cungkil kalau yg isi tua kan?

Ini yg kita kata, kais pagi makan pagi, kais petang makan pula utk petang. Besar dugaan, tapi jiwa insan IBU ini malah lebih menggunung!

Rm200 daripadaJKM, dan Rm300 kiriman ibu cucu2 yatim tersebut yg kerja kilang di KL, mereka hidup serba kekurangan, tapi bila bercakap dengan nya, tak nampak lansung yg beliau merungut dan kesedihan, Allah Maha Kaya.

Semasa saya, saya parking kereta di rumah depan, tuan rumah kata ya makcik tu sungguh miskin. Kesian. Banjir dlu pun habis rumahnya, itu baru sahaja buat parit. Rumah kena banjir 2014 dulu, teruk terjejas.

Bila berborak dengan makcik Hanisah ni, kami tanya,
"Kenapa pero cucu ni makcik dah tua2 ni? Umur 65 doh ni"
"Takde orang nak bela, mak dia duk di KL kerja, makcik kena jaga cucu2 makcik", suara yg penuh kasih sayang.

Mother's love is always infinity

Sayangkan anak (kita), mak kita jaga cucu. Itu pengorbanan yg membawa tiket besar ke syurga. Hakikatnya, kita walaupun sudah dewasa, ibu bapa kita sayangkan kita dan akan bantu kita seperti mana kita waktu kecil.

Mereka akn bagi segala-galanya kudrat mereka ada utk anak2 =(

Dan saya pasti ibu yg tua dan banyak berjasa ini, pahalanya bergunung dan diredhai Allah untuk ke syurga-Nya.

Sebelum balik, dia bagitahu saya, "Lain kali datang lagi rumah makcik, selepas exam atau dah kerja, datang sahaja nak datang". Peramah, rendah diri dan baik sungguh orangnya.

Bila saya berborak dengan dia, minta doa untuk exam dan serahkan duit kiriman orang ramai, dia senyum dan tenang sampai kita yg bercakap rasa sejuknya hati.. ❤️

"Nanti kirim salam kat umi abah deh", pesan dia, sungguh kasih sayang. "Nanti makcik doakan, insyaallah boleh2"