Friday 12 August 2016

UMUR 29 TAHUN KANSER PAYUDARA, MENINGGALKAN 2 ORANG ANAK LELAKI

Bila kita bicara perihal insan yg sakit kronik. Kadang-kadang doktor pun terdiam.

Semalam dapat satu mesej, kawan minta melawat seorang ibu yg sakit kanser. Umur kakak ni baru 29 tahun, masih muda lagi, mempunyai anak dua orang lelaki.

Kak Zuraini tinggal di Kg.Lati, tepi parit air bersebelahan Sekolah Kebangsaan Lati di Pasir Mas. Pada tahun 2015, selepas bah besar melanda, masa itu lah beliau disahkan menghidap kanser payudara stage 4.



Semalam saya belek-belek surat yg doktor tulis daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII), diagnosis kak Zuraini ialah Breast Cancer stage 4 with metastasis to brain, peritoneal, lung, liver and bones
.
Dah di tahap akhir nampaknya, kanser sudah pecah dan merebak ke otak, dinding perut, paru-paru, hati dan tulang. Allah lah yang Maha Mengetahui apa yg dirancang.

Kak Zu sudah buat chemo 6x, complete cycles di HRPZII pada bulan Jun. Gugur rambut dan rapuh gigi, biasalah itu antara kesan yg pesakit bakal rasa. Badan panas dan rasa 'mengecut'.

Sekarang beliau terlantar di atas tilam yg lama tu. Pakai pampers agaknya, sebab dia tak mampu bangun dah. Ada dua bayar di badan, satu Ryle's Tube untuk pemakanan susu Ensure Fos dan satu lagi urine catheter.

Ramai yg tidak tahu berapa susu Ensure Fos bukan? Satu tin yg seberat 850mg itu berharga RM73.60 paling murah saya beli di Pantai Timur. Kalau di tempat lain, harganya RM78-80/tin. Dan satu tin itu, hanya tahan untuk 3-4 hari sahaja.

Bayangkan, hampir RM700 sebulan perlu dihabiskan hanya untuk susu semata-mata. Belum termasuk pampers, ubat atau pengankutan ke hospital dll.

Saya tegur dia selepas bercakap dengan ibunya, alhamdulillah nampak dia bercakap baik sahaja dengan saya. Saya selitkan nasihat-nasihat untuk istighfar dan basahkan mulut dengan nama Allah, sepanjang masa.

Kak Zu tak menangis pun, malah dia angguk dan tanya saya nak zikir apa dan apa. Amazing, just amazing. Kuat betol jiwa dia.

Sekarang ni, Kak Zu dijaga sepenuh masa oleh ibunya. Baru seminggu dua mereka pulang ke rumah selepas masuk hospital. Ibunya kini tidak lagi menjual mee celup sebab nak jaga kak Zu, terputus duit bulanan.

Di sini saya sertakan nombor akaun adik kak Zu, jika ada pembaca ingin menghulurkan bantuan terutama untuk membeli susu:
BSN
03102-29-00029660-2
Nur Nasyirah

Sebelum saya pulang, saya bersalam dengan anaknya Hakiem,8 dan Haikal, 5. Saya tahu mereka belum faham apa yg berlaku. Tapi itulah yg perlu dihadapi kan? Semoga Allah merahmati dan menjaga kedua-dua mereka ni.

Insyaallah dengan apa sahaja jenis bantuan kita bagi, Allah akan balas kebaikan kita di kemudian hari dengan nikmat yg kita tidak sangka-sangka. Amin amin.

Boleh baca kisah-kisah lain dengan klik di hashtag:
‪#‎adikkeuniversiti‬
‪#‎beyondhope‬

Wednesday 10 August 2016

ABANG SULONG JAGA 9 ADIK-BERADIK SELEPAS IBU BAPA MENINGGAL

Ini Faizul. Abang kandung yg cukup hebat. 

Faizul (berbaju hitam) di samping empat lagi adik-adiknya
semasa lawatan kami ke rumah mereka

Abang sulong berumur 29 tahun, yg menyara 9 adik-beradik di bawahnya. Abah mereka meninggal 4 tahun lepas disebabkan pendarahan usus, ibu nya meninggal tahun lepas disebabkan kencing manis.

Sejak daripada parents mereka meninggal, semua tanggungjawab makan minum pakaian dan sekolah, Faizul lah yg uruskan utk adik-adik nya. Nasib baik arwah ada tinggalkan rumah utk mereka berteduh.

Dengan isteri dan seorang anak kecil, hidup penuh sederhana di kawasan kg.

Kelihatan ada satu bangsal kecil di tepi rumahnya, tapi tidak berbumbung/tiada zink. Bulan Ramadhan haritu ribut kuat, tercabut penggal habis semua. Nak ganti zink tak mampu utk bangsal buruk itu.

Adiknya 3 orang yg sekoleh menengah tinggal di PERKAYA, rumah utk anak2 yatim. Setiap tiga minggu mereka balik. Dalam gambar tu, itu lah mereka. Yang sekolah rendah pun ada.

Faizul dah macam 'orang besi'. Demi nak jaga adik-adik. Dia kerja:

Menoreh getah
Cat kereta
Bertukang
Buat rumah
Tebas semak-samun
Racun rokk
Semua lah kerja kg dia boleh buat

Saya terkejut bila dengar cerita beliau. Nampak penat dan tenang sahaja muka Faizul. Selalu tak sihat katanya sebab terlalu letih bekerja dan bantu adik-adik.

Semoga Allah bersamamu Faizul (berbaju hitam). Insyaallah syurga utk mu yg menjaga adik-adik.

Allah ambil ibu bapa, Allah ganti dengan abang yg bertanggungjawab 


Kepada yg ingin menyumbang meringankan beban keluarga tidak bernasib baik ini, bolehlah menyumbang terus ke akaun Faizul seperti di bawah:

CIMB BANK
7614755910

Faizul bin Mohamad Radzali

Untuk lihat kisah lain, sila kelik di bawah:
#adikkeuniversiti
#beyondhope

Friday 3 June 2016

DUA SAYAP: KETAKUTAN DAN PENGHARAPAN

Saya jumpa pakcik ni depan Maybank pukul 1145malam tadi sekitar Kota Bharu. Bersandar di cermin dan bersila di atas kotak buruk. Baju berlapis-lapis sebab sejuk barangkali. Gelas duit tu kosong, cuma dia ada genggam duit rm1 kat tangan.

Lepas bank-in kan duit, saya terus menyapa dia. Banyak soalan bermain di fikiran saya, bertubi-tubi saya tanya.

Umurnya 63 tahun, pekerjaan setiap hari sekarang mengutip plastik dan kotak buruk untuk dijual balik. Tapi katanya susah, sebab 45sen sekilo sekarang. Isterinya tak bekerja dari dulu lagi. Bayangkan berapa puluh kilo untuk dapat rm10 sehari?

Pakcik ni ada anak 9 orang. Saya tanya anak2 bagi duit tak setiap bulan? Dia kata bagi kat emak dia aje, untuk bekalan dapur, anak2 pun kerja biasa (pengawal, pelayan kedai) susah untuk bagi banyak2, mereka pun kena bawa diri juga. Pakcik kena kerja cari lagi, kalau tak, tak cukup.

Selama 33 tahun di bekerja penarik beca di Kota Bharu, tapi disebabkan bas dan teksi semakin banyak, servisnya merudum jatuh. Pernah dia kata sebab tak ada duit, pergi ke hospital untuk minum air paip. 

Allahurabbi...










Oleh sebab tu dia tukar pekerjaan dengan mengutip kotak2 kosong dan plastik kitar semula. Bermula pagi, sehinggalah 12 malam baru dia akan pulang ke rumah, tak kira berapa yang dia dapat. (kutip sedekah ini bukan kerja utama dia, mungkin waktu terdesak sahaja).

Lagi satu, dia juga ada masalah kesihatan, saya cuba nak faham apa masalahnya, tapi cara dia terangkan, dia pun tak faham penyakit dia. Pernah ambil ubat di hospital, lepas tu tak ambik dah lagi. Bunyi macam darah tinggi n kencing manis. Pastu ada kaki bengkak bertahun2, dia pilih untuk makan herba2 yg kawan lain cakap. Aduhai, dah la rm48 satu botol.

Dia tinggal jauh dari bandar KB, dulu setiap pukul 7pagi dia akan bawa becanya ke kawasan bandaraya Islam ini. Malamnya pula pukul 12malam hingga 2pagi barulah mengayuh balik ke rumah. Dulu mereka konvoi beca dalam 7-8 sekali gus, tapi bila kawan2 dia dah ada motor, dia pula tiada, dia tak mampu lagu 'gatih' sorang2 pada waktu malam.

Pengajarnnya, ramainya insan susah di luar sana yang kurang bernasib baik berbanding kita. Pakai, makan dan tidur mereka, kalau ada duit adalah, kalau tak mesti berlapar. Betapa kita patut mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kita sihat, kita ada rumah, kita ada kereta dan motor, kita mungkin ada segala-galanya, tapi Tuhan boleh berbuat apa2 kepada kita. Jangan sombong teman2.


Kita hidup, kadang-kadang dalam ketakutan sebab kita tak tahu apa yang bakal kita tempuhi esok. Tapi di situ lah ada pengharapan, supaya Allah memberi rezeki dan rahmat untuk membantu kita hidup sebagai hamba-Nya. 

Mampu kah kita nak hidup tanpa bantuan dan belas kasihan Allah SWT?
Sudah tentu tidak, apa kan nak kelip mata pun tak mampu.


Kita perlukan Allah dalam setiap perkara. Allahu, bantu lah kami. Kami berharap kepada-Mu dalam semua perkara, tiada daya kami untuk hidup tanpa belas kasihan dari-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

p/s: Saya dah mintak izin nak ambil gambar dan kongsikan cerita ni. Supaya kita boleh dapat manfaatnya. Amin.

By:
Syazwan Fadeli

Tuesday 31 May 2016

POVERTY CIRCLE

Apabila anak-anak dibesarkan dalam keluarga yg mempunyai masalah sosial, bukan senang anak-anak untuk pecahkan masalah sosial tersebut, untuk keluar dan mulakan hidup yang baru.

Sebagai contoh untuk pembaca faham.

Katakan Fatimah ini dibesarkan dalam keluarga yg serba miskin dan kekurangan. Adik beradik ramai dan ibu bapa kerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masalah utama keluarga nya adalah kemiskinan kata kan, apa kesan nya kepada Fatimah dan peljarannya?

Disebabkan keluarga yg kekurangan duit, mungkin duit buku tambahan tak mampu dibeli, perlu tolong emak tengah malam bangun buah kuih lalu esok dalam kelas mengantuk, perlu tinggal sekolah bila perlu jaga adik, rumah yg tidak kondusif utk belajar dengan optimum atau maybe tiada buku rujukan sebab tak mampu beli.

Oleh itu, result exam nya tidak berapa tinggi, tidak dipanggil untuk menyambung pelajaran di menara gading dan bekerja kampung untuk dapat Rm10-30 sehari dan kitaran kemiskinan tak mampu dipecahkan. (Banyak berlaku kepada asnaf2 kita)

Bila Fatimah berkahwin dan punyai anak serta suami, 'the poverty circle' itu tetap wujud.

Oleh sebab kemiskinan keluarga, pelajaran anak-anak boleh terjejas semestinya. Tidak semudah adik lain yang ke sekolah.

Jadi untuk adik Fatimah ini pecahkan masalah sosial kemiskinan nya, ia nya susah dan cukup berat. Dan ramai anak-anak di kampung yg mengalami masalah ini, sebab mereka tiada peluang seperti yang kita ada (mostly hidup di bandar atau pinggir bandar sahaja).

Saya kagum dengan anak-anak yg lahir daripada keluarga miskin dan banyak masalah sosial, yang mampu keluar daripada masalah di rumah, bina hidup baru dan matikan 'poverty circle' tadi.

Adik-adik yang beratur untuk menerima sumbangan ini, boleh ubah posisi mereka sebagai pemberi pula pada 30 tahun akan datang. Tapi, mampu kah mereka?


Keringat, lelah dan usaha, mesti lah berterusan dan kuat. Azam pula perlu jitu dan tidak bergoyang, iman perlu dipacak supaya tidak hanyut.

Sebab itu juga, kita tidak boleh memandang negatif kepada anak-anak yg kurang pelajarannya di sekolah, sebab maybe di sebalik susuk tubuh anak itu, dia mempunyai pelbagai masalah sosial di rumah yg dia stress dan tak mampu pecahkan.

Ibu bapa bergaduh, ayah bercerai dengan ibu, adik beradik terlibat dadah dan lumba haram judi, ayah hilang tinggalkan ibu (banyak di kg kita) dan maybe ayah ibu sakit.

Kita kata melentur lah buluh dari rebungnya. Persoalannya, kalau ibu bapa mereka tak mampu nasihat mereka ketika mereka kecil (different education level) macam mana mereka yang kecil ini mampu kenal dunia seperti kita kenal sekarang?

Kita kena bantu mereka, hulurkan bantuan dan pimpin bagi nasihat utk mereka cari mana jalan untuk usaha.

Bila kita memahami mereka, baru lah kita bersyukur kepada Tuhan, banyaknya rezeki kita dan betapa kita perlu bantu mereka untuk selesaikan masalah sosial.


Bukan senang untuk membahagiakan setiap anak-anak kita, tapi itulah pahit getir kehidupan seorang ibu dan emak, kadang-kadang menangis bila lihat anak orang lain lebih senang hidup mereka.

Saturday 21 May 2016

DR, KALAU DIDIK ANAK DENGAN BENGIS MACAM MANA?

DIDIK ANAK DENGAN BENGIS
Seorang doktor pakar di negara Barat, pergi ke rumah sebuah keluarga yang kucar-kacir hidup mereka. Porak-peranda, hidup tidak tenang dan selalu bertengkar. Doktor pakar psikologi ini, datang dengan membawa kamera dan perhatikan sahaja gelagat-gelagat ahli rumah berkenaan, bermula daripada si ayah, emak dan anak-anak.

Si emak complaint,
"Dr! Anak saya cakap tiada hormat kepada saya, kasar dan ganas. 
Suka bergaduh dengan kawan dan marah-marah!"

Bila si ayah balik kerja penat-penat, anak buat masalah, cepat si ayah marah dan tengking.
Si ibu yang juga letih dengan urusan rumah, juga sama.

Logik bukan?

Kita balik letih-letih, anak buah sepah rumah atau bergaduh antara adik beradik. Cepat benar kita
naik tangan untuk pulas telinga dan nak rotan.

Suatu hari..

Kamera doktor pakar berkenaan 'zoom' kan kepada muka si anak ini pula. Si anak ni ada benda yang tidak berpuas hati. Si anak marah-marah dan riak muka dan nada suara yg tinggi, ada tempat di tekan, ada tempat dia rendahkan. Bila doktor ini balik dan lihat semula pita rakaman tersebut, doktor tersebut bandingkan wajah si anak dengan si ibu dan si bapa.

Sama.
Absolutely same.

Wajah riak wajah mereka ketika marah, dengan kening diangkat, dengan nada suara naik turun, dengan berkerut dahi dan ciri-ciri semua, sama antara anak beranak ini.

Jawapan doktor tersebut kepada si ibu dan ayah tadi,

"Kalau kamu mahu anak kamu tidak marah, maka kamu jangan marah, sebab anak 
ikut perangai kamu berdua, lihat cara anak kamu marah"

Dan kisah mereka tersebut di bentangkan di perbentangan doktor-doktor pakar seluruh dunia yang hadir ketika conference. Begitu lah sebenarnya anak kita, mereka akan ikut apa yang kita ajar mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka memerhati, mereka menilai dan mereka akan ambil tindakan.

Tapi doktor, saya ajar anak saya okay semua, bercakap tidak mencarut dan tidak marah-marah, kenapa anak saya tetap bengis atau guna perkataan kesat juga?

Kemudian kamu lihat kepada adik-beradik anak kamu yg sudah besar, ada atau tidak mereka guna perkataan kasar sebegitu dengan adik yg kecil ini. Kemudian kami lihat kawan anak-anak kamu pula. Benda yg sama kamu nilai. Mereka ganas? Kasar percakapan?
Kenapa kita kena buat?

Sebab anak-anak akan ikut apa yg mereka dengar, lihat dan rasa. Anak-anak Allah bagi anugerah utk mempunyai perasaan ingin tahu semua perkara. Itu kelebihan mereka, subhanallah. So kalau kita ibu bapa kasar memarahi mereka, asyik marah atau bengis dengan isteri/suami, maka anak-anak akan ikut perangai kita juga.

Bapa borek anak rintik.
Jom kita sama-sama ubah keadaan ini.

Banyakkan hadir kelas agama di masjid-masjid untuk dengar ustaz ustazah cerita tentang sirah nabi mendidik anak-anak kecil dan cucu baginda. Boleh juga hadir seminar atau talk berkenaan mendidik anak dari psychologist dan pediatrician, insyaallah banyak juga ilmu mampu dicedok.

Anak-anak adalah seperti kain putih, mereka akan dicorakkan seperti mana tangan kita
mencanting batik di atasnya ðŸ˜Š

Monday 16 May 2016

BUSINESS SIMPLE TAPI REZEKI DUIT BERIBU!

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli a'la Muhammad.

Segala puji-pujian saya panjatkan kesyukuran kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan belas kasihan Allah, masih lagi mampu untuk menulis berkongsi setitis ilmu dengan pembaca sekalian.

Apa khabar iman kita hari ini? Sihat kah iman kita wahai pembaca?
Sama ada iman kita makin dibina jitu, atau sudah longlai dihempap dosa?
Selalu orang tanya, dah makan ke, demam ke, kadang-kadang tanya lah diri kita,
apa khabar iman ku hari ini?

Kerana kita diminta untuk hisab diri kita, sebelum kita dihisab di hadapan Allah SWT.

Pada kesempatan artikel yang pendek kali ini saya menulis, saya nak berkongsi satu kisah benar tentang indahnya berkongsi rezeki dengan insan atau mahkluk lain. Cukup awesome, beribu-ribu rezeki Allah bagi.

Ustaz-ustaz kata, kalau kita kongsi rezeki, Allah akan tambah-tambah lagi rezeki kita.

Betol ke ni ustaz?

Haa harini, bukan ustaz nak cerita, tapi orang sains nak kongsi sedikit ilmu yang cetek hehe.
Profesor pakar bedah saya dari sebuah jabatan di HUSM pernah bercerita kepada saya, selalu kalau ada majlis makan-makan di jabatannya, wajib ada makanan lebih pada petangnya. Biasa lah, sebagai penganjur, mentality kita tak apa lebih asal jangan tak cukup kepada tetamu kan. Jadi kalau peserta conference, meeting atau exam itu seramai 20 orang pensyarah contohnya, mereka tempah la makanan untuk 25 orang.

Sebelum profesor saya ni balik, beliau akan pergi ke tong sampah dalam jabatan untuk ambil balik sisa-sisa makanan yang dibuang, dimasukkan ke dalam plastik dan bawa balik ke rumah.

Sampai di rumah, sekitar jam 600 petang begitu, ada lah kucing-kucing di sekitar taman perumahannya, datang ke rumahnya meraih simpati untuk makanan. Jadi profesor saya tadi, beri kucing-kucing tersebut makan. Cerita beliau lagi...

Hari pertama beliau lakukan, selang sejam sahaja daripada beri kucing tadi makan, sampai satu mesej melalui phone nya meminta beliau datang ambil cek di salah satu jabatan di HUSM untuk seminar yang beliau sendiri hadiri sebagai salah seorang pembentang. Eh, iya? Beliau sendiri sudah lupa tentang bayaran itu.

Subhanallah, cantik kan? Allah Maha Kaya. Kutip makanan dalam tong sampah bagi kepada kucing-kucing sahaja, Allah balas dengan Rm400. Ke hanya accidently sahaja?
Kebetulan sahaja tu doc!
Okay lah.

Onom onom

Sambung prof saya lagi.

Kali kedua beliau buat perkara yang sama, ada makanan lebih lagi kali ni, beliau bagi lagi kucing makan. Pada malam nya itu, beliau dapat satu panggilan daripada sebuah hospital swasta, untuk datang keesokan harinya ke hospital berkenaan untuk mengambil satu cek bernilai Rm4500, sempena beliau buat pembedahan yang dia sendiri sudah lupa tentang hal berkenaan.

Allahurabbi, lihatlah betapa pemurahnya Allah kan? Subhanallah, mana mungkin itu satu kebetulan, sebab dalam Islam sebenarnya, setiap perkara yang berlaku tiada yang kebetulan, semua nya ditetapkan oleh Allah SWT.

Allah janji dalam al-Quran dalam surah al-Zalzalah muka surat 599 pada ayat ke-7,

"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya  dia akan melihat (balasan)nya "

Haa, Allah dah janji kan?
Allah bukan sahaja menampakkan balasan kepada kita, malah bagi kita rasa, sentuh, guna dan banyak lagi lah. Allah kan Maha Pemurah kepada semua mahkluk-Nya? Dan Allah juga Maha Mengasihani kepada semua hamba-Nya yang muslim di akhirat kelak.

Kita berkongsi rezeki dengan insan malah mahkluk Allah yang lain, Allah balas terus rezeki kepada kita, itu yang kita nampak kan. Padahal kalau kedua-dua jabatan tersebut kalau tidak hubungi profesor saya pun, profesor saya pun tak ingat dah. Nak tipu bila-bila masa. Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil, alhamdulilah..

So pembaca dan of course diri saya ini, try lah cuba untuk berkongsi rezeki dengan adik-beradik (paling utama), jiran-jiran, fakis miskin malah maybe orang yang bekerja di sebelah meja di pejabat kita. Kita jumpa atau ada orang begitu di sekeliling bukan saja-saja tau!
(Lepas ni, kena berani la sikit dengan kucing ya doc. Adoi hai)

Sebab, insyaallah Allah akan reply balasan kita terus di dunia, kalau tidak pun di dunia, wajib di akhirat kelak. Amin. Balasan akhirat laaagi dahsyat Allah bagi, siapa taknak oii syurga Allah!

Saya harap, dengan artikel pendek yang saya tulis, dengan satu nilai untuk berkongsi dengan pembaca sekalian, dapat kita amalkan pada masa akan datang dan sebarkan kepada orang lain. Bagi tahu bini, jangan buang sisa makanan cepat-cepat, biar abang round dengan motor kapcai dulu sekeliling kampung nak cari kucing bagi, business Rm4500 nie hehe.

Assalamualaikum n keep healthy guys!

Keep healthy and feed me guys! lol haha


By:
Syazwan Fadeli

Saturday 23 April 2016

ANGAH AUTISME, ADIK DOWN SYNDROME


Pengalaman saya masuk ke kampung pada hari ini, 23 April 2016, adalah satu pengalaman yg cukup-cukup berharga. Dan saya niat nak kongsikan pengalaman yg saya dapat, dengan pembaca semua.

Setiap bulan, NGO yang saya sertai akan mengadakan satu trip ke mana-mana kg sahaja di Kelantan, untuk masuk dan memberi sumbangan apa sahaja kepada golongan asnaf yg terpilih. Nama program yg dianjurkan adalah Jalan-Jalan Masuk Kampung (JJMK). Alhamdulillah, sejak masuk dari bulan Ogos tahun sebelumnya, banyak daerah sudah kami dizinkan Allah untuk menyantuni asnaf-asnaf.

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah!

Tapi untuk (JJMK) bulan April 2016 ni, saya nak berkongsi satu cerita dengan pembaca tentang asnaf yg saya jumpa. Allahurabbi, sungguh menginsafkan hati yg berada di situ, gugurnya air mata mereka yang melihat,

Di sebuah kg di daerah Ketereh, di Kota Bharu, ada sebuah kampung yg bernama Kg.Patek. Hari ini, di Kg,Patek ini lah destinasi rumah asnaf kami yang terakhir.

Dalam banyak asnaf yg kami santuni dengan barang makanan, minuman, beras, biskut, baju dan duit sumbangan orang ramai, rumah asnaf di Kg.Patek ini lah yg terakhir. Kami ke rumah terakhir ini selepas makan dan solat Zohor, kalau ikutkan hati saya pada mulanya dah nak balik dulu dah ke HUSM, alah ada dua buah rumah sahaja lagi tinggal.

Tapi macam mana nak cakap tak tahu, hati berat sahaja nak tinggalkan. Seakan-akan Allah memberi hidayah meminta saya untuk tunggu la dulu, habiskan dua buah rumah asnaf lagi. Mana tahu ada ibrah yg lebih besar dan mendalam untuk saya jadikan bekalan dalam kehidupan in future right?

Di sebuah rumah kayu, yg mempunyai kaki rumah, tinggal seorang ibu tunggal dengan 3 orang anaknya yg comel dan baik-baik sahaja.  Sebaik sahaja kami sampai, saya terus ke tangga rumah untuk berjumpa dengan si makcik ni.

Saya ternampak anak lelakinya yg berbaju biru laut muda, baju baby yg berlubang-lubang tu untuk elak panas. Maklumlah cuaca terlalu panas. Datang seorang ahli NGO di sisi saya,

"Anak bongsu makcik ni Down Syndrome doctor"

Saya tersentak. Saya tak nampak dengan jelas adik ni. Saya perhatikan betol-betol, oh iye lah! Ada ciri-ciri Down Syndrome.

Kemudian datang seorang puan daripada group NGO kami, duduk di atas tangga rumah yg maybe 6x8 kaki itu, dan ambil adik ni duduk di atas ribanya. Saya senyum dan perhatikan ciri-ciri apa adik ni ada untuk dikatakan dia adalah Down Syndrome.


Adik ni ada flattened nasal bridge, upslanting palpebral fissure, epicanthal folds dan single transverse palmar crease. 

Ya, adik 3 tahun ni adalah pesakit Down Syndrome. (saya terangkan DS itu apa padal article yg akan datang)

Bersama adik yg  bongsu. Adik ni adalah
anak istimewa, Down Syndrome. 
Kemudian asyik saya membelek-belek telapak tangan adik yg comel ini, si makcik tadi (ibu), masuk ke dalam rumah dan mengejut seorang lagi anaknya yg sedang tidur. Dari jauh saya nampak, yg itu mesti perempuan. Sebab rambutnya panjang, lurus sampai ke bahu. Si ibu tadi, mendukung di sisi pinggang dan berjalan cepat-cepat ke arah kami yg semakin ramai di luar.

Tiba-tiba saya tersentak apabila ahli NGO sekali lagi memberitahu saya,

"Itu adik yg si ibu dukung tu, ada Autisme"

Apa? Ada Autisme? Anak yg bongsu ni dah Down Syndrome, ada lagi anak yg istimewa? Allahuakbar. Ibu ini...!

Saya terus memalingkan muka ke arah si ibu dan anaknya di sisi. Menunggu dengan penuh sabar, untuk berjumpa dengan anak istimewa makcik ni yang ke-2.


Saya tahu.
Mesti adik yg ke-2 ni takkan layan orang yg datang. Autisme sangat special bagi saya. Anak-anak yg ada autisme, mereka mempunyai dunia sendiri untuk berkhayal dan bermain. Mereka tak suka 'jaga tepi kain orang' ayat yg mudahnya.

Asyik memandang sahaja Ain (angah) dan adik nya tu.
Apa yg dipandang entah le, ramai sangat yg datang!


Mereka ada dunia mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka OKAY kalau dibiarkan bermain sepanjang hari berseorangan tanpa teman. Sebab, diri mereka adalah teman mereka. Mereka boleh berinteraksi dengan diri mereka sendiri!

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Walaupun mereka dikategorikan anak istimewa, tapi keunikan masalah mereka adalah ilmu untuk manusia kaji dan cuba baiki. Maybe in future ada penawar kan? Apa yg saya percaya, setiap kecacatan atau penyakit yg ada pada kanak-kanak am nya kepada manusia, mesti ada hikmah yg Allah mahu kita belajar dan mendalami.

Allah kan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada satu pun perkara atau kejadian yg sia-sia. Hatta, kuman di dalam perut manusia sendiri pun, membantu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan baik. Itu kuman, yg kita anggap bahaya. Lagilah anggota badan dan lainya.

Bila adik perempuan (kakak kepada yg Down Syndrome)ni sampai di depan kami, seperti yg saya jangkakan. Beliau berpaut kepada ibunya, mata nya yg cantik itu memandang sekeliling, tapi tidak memandang anak mata yg memerhati beliau. Nama adik ni Ain =) Cantik kan? Maksud Ain itu sendiri adalah mata. Dan mata adik Ain, ada masalah bagi mereka yg tahu menilai dari sudut medikal.

Itu lah salah satu ciri Autisme. Mereka takkan pandang anak mata kita. Mereka kurang fokus untuk lihat pada satu tempat sahaja, biasanya mereka akan memandang ke sisi sambil kepada senget sedikit. Unik kan? Subhanallah, Mah Suci-Mu.

Cuba lihat cara adik Ain memandang sekeliling. Ain lebih suka
menggunakan mata di bahagian sisi. Dan biasanya, anak Autisme
tidak akan memandang anak mata yg memerhati.

Bila Ain datang kepada kami, dia duduk sahaja diam-diam dan tidak bercakap walaupun sepatah. Ya, itu memang yg saya jangkakan. Beliau memerhati keadaan sekeliling yg ramai memerhati beliau. Adiknya yg Down Syndrome pula, asyik rancak bermain mainan yg dibawa oleh ahli-ahli NGO hehe.

Comel sangat adiknya.
Saya ambil satu mainan, dan berikan kepada Ain.

Saya kata,
"Nah Ain mainan, main lah", Ain termenung sekejap dan hulurkan tangan untuk mengambil mainan, tapi tidak berkata apa-apa. Saya tersenyum melihat telatah dia, anak istimewa, yg penting anak syurga Ain!

Ain dah 6 tahun, dia ke sekolah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sekitar kg nya, berdekatan dengan klinik. Saya tahu pasal PDK kerana abah saya sendiri terlibat dengan anak-anak catat di PDK di Klinik Rantau Panjang. Seronok lihat anak-anak anugerah Allah ni! Pagi-pagi, si ibu ini akan menaiki motor menghantar anak yg sulong darjah 2 ke sekolah di sekitar rumah. Adiknya dua orang, yg autisme duduk diantara ibu dan yang sulong di belakang, yg anak bongsu Down Syndrome itu di depan.

Anak pertama, darjah 2 alhamdulillah normal
Anak kedua, 6 tahun Autisme, Ain
Anak ketiga, 3 tahun Down Syndrome

Ibu Ain mengadu, Ain kena sawan baru-baru  ni di PDK. Alhamdulillah, sudah ada appointment di hospital untuk itu. Lepas satu, satu lagi kan Allah uji? Anak-anak ibu tunggal ini, mendapat rawatan di HRPZ, di Kota Bharu. Tapi saya ada dengar si ibu kata, kadang-kadang tak pergi sebab tiada wang.

Oh ye lupa!

Ibu tunggal ini, tinggal empat beranak di rumah kayu usang itu. Ayah kepada anak-anak istimewa ini meninggal beberapa tahun lepas. Si ibu ini berniaga kuih frozen, kebetulan beliau ada peti beku untuk simpan kuih tersebut. Maybe sumbangan orang ramai, atau mereka beli semasa arwah suami ada.
Pendapatan ibu tunggal ini tak sampai RM300 pun sebulan, susah untuk beliau berniaga kerana anak-anak istimewa yg Allah anugerahkan special untuk beliau jaga.

Menyantuni anak asnaf, anak yatim dan anak istimewa
pada satu masa, sungguh menenangkan!
Allah, sayangilah mereka!


Kami tanya ada bil api tertunggak ke makcik? Beliau angguk sambil kata ada, melirik senyuman di bibir. Ada dalam RM144 hutangnya.

Ibu tunggal ini juga dapat bantuan RM100 sebulan untuk kedua-dua anak istimewa tersebut. Semestinya tidak mencukupi kan? Alhamdulillah, jiran-jiran beliau di Kg.Patek banyak membantu kata beliau. Bawa barangan makanan, beras.

Pn.Zarina, ahli NGO kami bertanya,
"Pernah ke putus beras sampai anak-anak tak makan?"

Si ibu tunggal ini jawab,
"Alhamdulillah belum pernah lagi, jiran ada yg datang membantu, mereka tahu saya susah dan anak istimewa"

Allahurabbi, bagusnya masyarakat di kg itu. Membantu ibu tunggal dengan anak-anak istimewa.
Banyaknya pahala! Jeles rasa.

Semasa kami berborak dengan si ibu, yang lain duk cubit pipi anak-anak istimewa tu hehe, ada seorang ahli NGO nasihatkan. Kak jangan risau kak, Allah bagi special kepada kak ada anak-anak istimewa. Seorang autisme, seorang lagi Down Syndrome. Allah, mereka ni kak anak-anak syurga.

Si ibu tunggal ini berair air mata dan menunduk. Sambil mengelap kelopak mata dengan tudung di kepala. Saya paling tidak boleh melihat ibu menangis, penderitaan yg dah lama ditanggung, akhirnya tertumpah juga di depan kami. Pahit getir menelan kenyataan dilanda kemiskinan tambah pula dipertanggungjawab melahirkan dan menjaga anak-anak istimewa. hanya insan yg hebat sahaja mampu atasi.

Penuh ibrah yang saya dapat pada hari ini. Bermula dengan asnaf yg kena stroke, ada yg kematian ibu, ada yg kematian ibu bapa, sehinggalah kepada anak-anak istimewa ini, saya rasa Allah nak memberi hidayah kepada saya supaya

  1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kesenangan
  2. Bantu insan lain yg memerlukan
  3. Ajak dan kongsi dengan kawan-kawan lain
Insyaallah dalam post saya yg akan datang dalam Page 'MEDICAL', saya akan huraikan apa itu Down Syndrome dan apa itu Autisme secara lebih mendalam insyaallah.

Sampai di sini sahaja dulu. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi kesihatan kepada keluarga kita dan menjauhkan diri kita daripada papa kedana. Amin

Salam.

By:
Syazwan Fadeli




Friday 22 April 2016

"DOKTOR KALAU DAPAT GAJI PUN, TAK PADAN"

"Dr kalau dapat gaji pun, tak padan"

En. Zul, pesakit yg menghidap pelbagai penyakit. Pesakit kronik, yg tabah menghadapi segala penyakit sejak 12 tahun lepas.

Saya dan kawan, Nuraizat ke rumah En.Zul pada 22 April 2016 tadi di Salor, Pasir Mas. En.Zul ni adalah pesakit CFCS kawan saya sejak beberapa bulan yg lalu.
CFCS ni adalah satu program under USM untuk pelajar perubatan, untuk follow up pesakit sehingga perlu adakan 'home visit'. Tujuannya, nak menanam perasaan cinta dan kesungguhan dalam diri pelajar perubatan, untuk merawat pesakit dari awal sampai akhir.

Antara kriteria yg perlu dalam memilih pesakit, pensyarah kami tetapkan yg pesakit tersebut mestilah pesakit kronik dan juga kalau boleh daripada golongan miskin.

Beza antara pesakit acute dan kronik adalah, acute maksudnya pesakit yg baru sahaja mengalami sakit. Manakala pesakit kronik adalah pesakit yg menghidapi penyakit tersebut sudah lama atau kesannya sudah berpanjangan. Tidak semestinya penyakit kronik itu lebih teruk, acute juga bukan calang-calang. Tengok sahaja serangan jantung, berlaku secara acute sebab cepat kan, dan kesannya boleh membawa mati.

Tengok pula kepada penyakit kencing manis, biasanya seorang pesakit kencing manis akan ada penyakit tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia, mengambil masa berpuluh tahun, barulah ada komplikasi dan meninggal dunia.

Pada tahun 2005, En.Zul menghidap Lymphoma, beliau dimasukkan ke hospital besar di Pahang. Lymphoma telah menyerang beliau, dan organ yg terlibat adalah Spleen (limpa). Lymphoma adalah sejenis penyakit ketumbuhan yg menyerang immune system manusia, ada dua kategori iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Penyakit ini berbahaya mengikut jenis Lymphoma itu sendiri dan tahap berapa pesakit datang ke hospital.

Selepas berbincang dan mencari kata putus, doktor pakar bedah bersetuju untuk membuang limpa tersebut kerana sudah rosak dan boleh merebak ke organ penting lain seperti buah pinggang dan hati. Setiap pembedahan ada risiko kan? Yes!
Walaupun oncall perlu bekerja malam, itu adalah tanggungjawab seorang doktor
bagi memastikan pesakit mereka sihat dan pulih

Jangkitan, pendarahan malah maut boleh menyerang pesakit bila-bila masa. Itu bergantung kepada tahap kesihatan pesakit dan juga susceptibility beliau utk menerima penyakit lain. Selebihnya of course lah, rezeki daripada Allah SWT.
Maybe kehidupan En.Zul ini, Allah sediakan dengan penuh berliku dan pancaroba. Allah nak beliau tabah dan cekal!

Kenapa?


Pada tahun yg sama juga, En.Zul di diagnoskan dengan penyakit Schawannoma, penyakit ketumbuhan yang kena pada urat saraf. Nauzubillah... Kepala En.Zul juga dibedah (di HUSM) dan terdapat komplikasi yg tidak diingini iaitu beliau hilang pendengaran dan kesimbangan badan.

Suasana dalam biilik bedah. Bergantung kepada minor
atau major sesuatu pembedahan, masa pembedahn
adalah berbeza.
Besar sungguh ujian En.Zul
Masa rancak bercerita tadi, En,.Zul memberitahu kami, betapa doktor yg merawat beliau sungguh-sungguh mahu beliau sembuh. Jaga sejaga-jaga nya lah.

Beliau masih ingat, sebelum beliau di transferkan ke HUSM, pada pukul 2-3 pagi doktor yg bertanggungjawab menjaga beliau datang dan pastikan semua stabil sebelum beliau dinaikkan ke atas ambulan dan dipindahkan.


Beliau begitu teruja dan rasa bersyukur sangat kerana, bagi beliau, doktor dan nurse adalah insan yang tak pernah kenal erti penat lelah untuk membantu pesakit. Pagi ke, petang atau malah malam, hubungi sahaja mereka, mereka mesti datang untuk selamatkan nyawa, especially kes-kes kecemasan

Beliau kata,

"Doktor kalau dapat gaji pun, tak padan!"

Semasa di HUSM pula, beliau menjalani rawatan chemotherapy daripada Jabatan Onkologi. Ini adalah rawatan untuk Schannoma beliau sendiri. Tapi tak lengkap cycle chemo kerana beliau developed complication.

Beliau juga rasa bersyukur, semasa di HUSM, doktor adakan pelbagai ujian untuk sahkan penyakit, datang review beliau pagi malam, untuk pastikan beliau sihat.
Bayangkan lah, pesakit di hospital ni mencecah ribu, mana nak dan doktor nak lihat dan berborak lama, tapi at least! Mereka tahu perkembangan setiap pesakit mereka.

Saya dengar kata-kata En.Zul, saya termenung dan berfikir sejenak.
Besarnya pengorbanan seorang doktor.

Di sini saya ingin kongsikan, kenapa seorang insan yg bergelar doktor, adalah insan yg tabah dan berjiwa besar.

Setiap pagi, doktor akan datang awal ke hospital untuk mulakan sesi 'ward round' untuk melihat semua pesakit yang mereka rawat bergantung kepada bidang kepakaran masing-masing. Sebagai contohnya, walaupun seorang pakar bedah perut berada di wad 2, kalau ada pesakit yg ada masalah perut di wad tulang (sebab ada dua penyakit),mereka akan pergi dan review segala penyakit. Itu adalah tanggungjawab mereka. Hampir setiap pagi mereka lakukan utk melihat perkembangan pesakit, sama ada perlu tukar ubat, tukar bandage dan sebagainya. Sehari, boleh berbelas malah berpuluh pesakit mereka akan lihat dan rawat.

Doktor akan terlibat dalam keputusan yg boleh meragut nyawa. Contohnya, pesakit yg kena stroke malah maybe serangan jantung, mereka perlu berfikir dengan cepat dan betul utk bagi ubat dan sama ada perlu pembedahan atau tidak. Membuat keputusan yg bermain dengan hidup dan mati, bukanlah sesenang nak buat. Ini adalah nyawa! Kalau untuk ibu yg mengandung, lagi lah bermain dengan dua nyawa.

Istimewanya tugas seorang doktor, mereka ada oncall atau bekerja malam walaupun seharian sudah bekerja. Sebagai contohnya, seorang houseman (HO) dalam posting surgery, beliau perlu bekerja 36 jam. Maksudnya, 7 pagi hari ini mula, dan habis dalam pukul 12 tengahari esoknya. Jadi doktor, bukannya kita duduk di kaunter atau lihat orang berjalan, kita yg terkejar-kejar ke sana ke mari, ambil darah, masuk bilik pembedahan, cuci luka berpuluh-puluh pesakit setiap hari. Bayangkan.

Pembedahan-pembedahan yg doktor lakukan, biasanya mengambil masa berjam-jam untuk sudahkan. Contohnya pembedahan hati kawan saya dalam bab kanser, doktor ambil masa selama 13 jam untuk potong separuh daripada hatinya. Itu kalau satu sahaja pembedahan, kalau ada 2-3 pembedahan, memang malam lah pakar bedah akan balik. 


Masa seorang doktor cukup special. Masa yg ada bersama keluarga, memang sangat terhad dan itulah satu-satunya masa mereka ada. Selebihnya, hidup mereka adalah di hospital bagi bertarung menyelamatkan insan lain. Makan pun kadang-kadang tak memilih, ikut apa yg ada dan sempat dibeli sahaja.

Doktor bedah menunaikan solat di bilik khas
di dewan bedah.
Ada tu, sehingga anak-anak merajuk, abah atau ibu atau kedua-duanya selalu tiada di rumah. Nenek atau bibik lah menjadi peneman setiap.

Apa yg saya kongsikan di sini, sebenarnya adalah utk menyatakan kesyukuran kepada Allah, bukan gaji yang menjadi buruan utama doktor yg berdedikasi untuk merawat pesakit, tapi adalah kesihatan pesakit yg paling utama.

Dan juga bukan untuk mengangkat martabat seorang doktor. Ilmu yg mereka ada juga adalah pinjaman Allah. Kerja apa sahaja pun ada cabarannya kan?

Niat untuk Allah akan buat hati kita lebih tenang dan tenteram..





Bukan senang kita nak dedikasikan banyak daripada masa dalam hidup kita untuk insan lain. Kita jaga kesihatan mereka, rawat dan bedah mereka, itu semua adalah kerana TANGGUNGJAWAB yang lebih diutamakan.

Biasanya, utk family sahaja kan kita buat yg terbaik dan habiskan segalanya, ini untuk insan lain. Itu satu pengorbanan yg cukup besar.

Besar perbezaan gaji antara doktor di hospital kerajaan dan swasta, gaji berbeza beribu, belasan ribu malah berpuluh ribu. Sebab itu saya rasa, doktor-doktor yg masih bekerja di hospital kerajaann walaupun sudah menerima tawaran berkali-kali daripada swatsa, adalah hero. Di hospital kerajaan, rata-rata pesakit adalah yg miskin dan tak mampu bayar bil di wad pun ada.

Di hospital kerajaan, regardless of how many surgeries we do, our payments are still the same. Contohnya gaji RM15000 bagi seorang pakar bedah, Manakala di hospital swatsa pula bergantung kepada berapa surgeri mereka lakukan, kalau makin banyak, maka makin meningkat lah payments mereka.

Di mana pun mereka bekerja, mereka adalah insan yg memang sanggup bersusah-payah untuk insan lain. Profesor saya, sekejap berada di HUSM, sekejap terbang ke Penang atau KL, sekejap ke London. Saya pun sendiri pelik, bagaimanalah beliau membahagikan masa untuk family dan untuk diri sendiri.

Dr pakar yg saya jumpa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pula, setiap hari Ahad dan Isnin, beliau akan ada di Kota Bharu, Selasa dan Rabu pula beliua akan berada di Penang. Dan cycle ini akan berlaku setiap minggu ke minggu.

Allahurabbi, besarnya pahala yg beliau dapat kan? Bekerja utk membantu orang sakit ke sana ke mari, letih tak payah kira. Tapi untuk insan yg sakit dan kerana tanggungjawab serta pinjaman ilmu yg Allah bagi, beliau sanggup lakukan jua. Semoga Allah merahmati guru-guru saya yg sangat berdedikasi dan pemurah ini! Amin2. 

Ini cuma satu pekerjaan saya bagi sebagai example, banyak lagi pekerjaan yg memang menggadaikan masa dan tenaga.

Saya pernah ikut tukang rumah membina rumah untuk seorang nenek tua secara percuma dengan barang-barang diberi oleh NGO, sangat letih dan memerlukan pengorbanan jugak kan? Kerja ke laut, bahaya dengan laut, ikan dan petir semua. Bekerja sebagai askar, berkorban berminggu-minggu masuk hutan untuk jaga sempadan negara dan mengatasi penjenayah. 

=)

Semoga saya, terutamanya, akan menjadi seorang doktor yg menyayangi pesakit, dan merawat dengan sepenuh hati untuk memberi yg terbaik =) Azam dan tekad, mestilah tinggi, amin2!
Salam.

By:

Syazwan Fadeli

Monday 11 April 2016

YA BAARI', ALLAH MAHA MENYUSUN AGENDA HIDUP KITA

Kalau harini kita rasa dengan bersedekah kepada fakir miskin itu rugi, maka percayalah tiada sesiapa mampu mengjangka rezeki balasan apa Allah akan balas kepada kita nanti.

Pernah dengar kisah orang jutawan yg berjaya dan makin berjaya kerana sifat pemurahnya kepada orang ramai? Especially kepada ahli keluarga, rakan dan fakir miskin. Derma Rm50 sehaja setiao bulan. Kesian ibu tunggal, anak-anak nak sekolah. Itu sahaja kita mampu.
Mungkin dengan istiqamah nya kita bersedekah, Allah bagi ganjaran yang berlipat kepada kita. Kereta, rumah sendiri, anak berjaya, tiada hutang dan sihat etc.

Rezeki yang Allah 'pinjam'kan kepada kita, ada juga bahagiannya kepada insan lain. Dalam Rm1000 gaji kita, maybe Rm20 itu milik fakir miskin dan tabung masjid (terus ke anak yatim), kan? Kalau lahirnya seorang anak antara kita dan isteri, dan dia makan nasi dan lauk ayam, maka nasi dan ayam itu sudah lama ditulis untuk anak kita tu. Itu memang rezeki dia, tak mampu mana-mana tangan boleh halang urusan rezeki Allah.

Saya nak kongsi satu cerita di mana, dengan perkenalan dengan sahabat, selama bertahun-tahun, akhirnya membawa kepada tolong seorang nenek yang miskin hidup di pinggir bandar di sekitar Kota Bharu.

Dengan perkenalan tahun 2006, sekarang mampu menolong seorang nenek yang asing pada tahun 2016.

2006 Mula berkenalan dengan kawan bernama Nazreen

2009 Berpisah sekolah sementara, aku ke Klang, dia di Kelantan.

2012 Aku belajar di Kelantan. Nazreen ke Mesir.

2014 Nazreen balik dari Mesir, kata ada dermawan minta sedekahkan Rm1000 kepada mana-mana rumah anak yatim.
2014 Mula kenal Wawa dan Sal kakaknya di rumah anak yatim. Dan juga anak-anak lain. Seronok!

3/2016 Pengurus rumah anak yatim share gambar rumah nenek kepada dua orang anak yatim yg kesan banjir teruk sejak 2014. Cuci tak habis.

1/4/ 2016 Ke rumah nenek kepada dua adik ni di Kg.Kubang Kacang. Bersihkan rumah dan susun barang.


8/4/2016 Mula menampal simen di dinding-dinding rumah nenek Wawa.


Kadang-kadang begitulah kehidupan kan, kita nampak kecil sesuatu perkara yg Allah susun dahulu, padahal nuh di depan banyak lagi hikmah Allah nak bagi.

Alhamdulillah, kelmarin dapat ke rumah nenek Wawa sekali lagi, kali ni pergi dengan tukang-tukang rumah, untuk menampal dinding rumah yang separuh siap tu.

Sekali lagi menangis. Alahai nenek, sedihnya hati melihat.



Terima kasih semua yang terlibat. Kawan-kawan yg di sisi.



Especially tukang-tukang rumah yang bermurah hati buat kerja dengan free untuk nenek Wawa. Pakcik-pakcik memang hebat! Semoga Allah susun hidup pakcik semua dengan rezeki yg berkat, sihat walafiat dan anak cucu yang sihat.


Allah Maha Merancang urusan kita. Ya Baari, Engkau laah sebaik-baik perancang hidupku. Engkau berikanlah kerahmatan dan kemuliaan kepada kami semasa hidup di dunia sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.




Ya Baari', Allah lah sebaik-baik menyusun agenda hidup kita.
Salam.

By: Syazwan Fadeli