Saturday 21 May 2016

DR, KALAU DIDIK ANAK DENGAN BENGIS MACAM MANA?

DIDIK ANAK DENGAN BENGIS
Seorang doktor pakar di negara Barat, pergi ke rumah sebuah keluarga yang kucar-kacir hidup mereka. Porak-peranda, hidup tidak tenang dan selalu bertengkar. Doktor pakar psikologi ini, datang dengan membawa kamera dan perhatikan sahaja gelagat-gelagat ahli rumah berkenaan, bermula daripada si ayah, emak dan anak-anak.

Si emak complaint,
"Dr! Anak saya cakap tiada hormat kepada saya, kasar dan ganas. 
Suka bergaduh dengan kawan dan marah-marah!"

Bila si ayah balik kerja penat-penat, anak buat masalah, cepat si ayah marah dan tengking.
Si ibu yang juga letih dengan urusan rumah, juga sama.

Logik bukan?

Kita balik letih-letih, anak buah sepah rumah atau bergaduh antara adik beradik. Cepat benar kita
naik tangan untuk pulas telinga dan nak rotan.

Suatu hari..

Kamera doktor pakar berkenaan 'zoom' kan kepada muka si anak ini pula. Si anak ni ada benda yang tidak berpuas hati. Si anak marah-marah dan riak muka dan nada suara yg tinggi, ada tempat di tekan, ada tempat dia rendahkan. Bila doktor ini balik dan lihat semula pita rakaman tersebut, doktor tersebut bandingkan wajah si anak dengan si ibu dan si bapa.

Sama.
Absolutely same.

Wajah riak wajah mereka ketika marah, dengan kening diangkat, dengan nada suara naik turun, dengan berkerut dahi dan ciri-ciri semua, sama antara anak beranak ini.

Jawapan doktor tersebut kepada si ibu dan ayah tadi,

"Kalau kamu mahu anak kamu tidak marah, maka kamu jangan marah, sebab anak 
ikut perangai kamu berdua, lihat cara anak kamu marah"

Dan kisah mereka tersebut di bentangkan di perbentangan doktor-doktor pakar seluruh dunia yang hadir ketika conference. Begitu lah sebenarnya anak kita, mereka akan ikut apa yang kita ajar mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka memerhati, mereka menilai dan mereka akan ambil tindakan.

Tapi doktor, saya ajar anak saya okay semua, bercakap tidak mencarut dan tidak marah-marah, kenapa anak saya tetap bengis atau guna perkataan kesat juga?

Kemudian kamu lihat kepada adik-beradik anak kamu yg sudah besar, ada atau tidak mereka guna perkataan kasar sebegitu dengan adik yg kecil ini. Kemudian kami lihat kawan anak-anak kamu pula. Benda yg sama kamu nilai. Mereka ganas? Kasar percakapan?
Kenapa kita kena buat?

Sebab anak-anak akan ikut apa yg mereka dengar, lihat dan rasa. Anak-anak Allah bagi anugerah utk mempunyai perasaan ingin tahu semua perkara. Itu kelebihan mereka, subhanallah. So kalau kita ibu bapa kasar memarahi mereka, asyik marah atau bengis dengan isteri/suami, maka anak-anak akan ikut perangai kita juga.

Bapa borek anak rintik.
Jom kita sama-sama ubah keadaan ini.

Banyakkan hadir kelas agama di masjid-masjid untuk dengar ustaz ustazah cerita tentang sirah nabi mendidik anak-anak kecil dan cucu baginda. Boleh juga hadir seminar atau talk berkenaan mendidik anak dari psychologist dan pediatrician, insyaallah banyak juga ilmu mampu dicedok.

Anak-anak adalah seperti kain putih, mereka akan dicorakkan seperti mana tangan kita
mencanting batik di atasnya ðŸ˜Š

No comments: