Friday 3 June 2016

DUA SAYAP: KETAKUTAN DAN PENGHARAPAN

Saya jumpa pakcik ni depan Maybank pukul 1145malam tadi sekitar Kota Bharu. Bersandar di cermin dan bersila di atas kotak buruk. Baju berlapis-lapis sebab sejuk barangkali. Gelas duit tu kosong, cuma dia ada genggam duit rm1 kat tangan.

Lepas bank-in kan duit, saya terus menyapa dia. Banyak soalan bermain di fikiran saya, bertubi-tubi saya tanya.

Umurnya 63 tahun, pekerjaan setiap hari sekarang mengutip plastik dan kotak buruk untuk dijual balik. Tapi katanya susah, sebab 45sen sekilo sekarang. Isterinya tak bekerja dari dulu lagi. Bayangkan berapa puluh kilo untuk dapat rm10 sehari?

Pakcik ni ada anak 9 orang. Saya tanya anak2 bagi duit tak setiap bulan? Dia kata bagi kat emak dia aje, untuk bekalan dapur, anak2 pun kerja biasa (pengawal, pelayan kedai) susah untuk bagi banyak2, mereka pun kena bawa diri juga. Pakcik kena kerja cari lagi, kalau tak, tak cukup.

Selama 33 tahun di bekerja penarik beca di Kota Bharu, tapi disebabkan bas dan teksi semakin banyak, servisnya merudum jatuh. Pernah dia kata sebab tak ada duit, pergi ke hospital untuk minum air paip. 

Allahurabbi...










Oleh sebab tu dia tukar pekerjaan dengan mengutip kotak2 kosong dan plastik kitar semula. Bermula pagi, sehinggalah 12 malam baru dia akan pulang ke rumah, tak kira berapa yang dia dapat. (kutip sedekah ini bukan kerja utama dia, mungkin waktu terdesak sahaja).

Lagi satu, dia juga ada masalah kesihatan, saya cuba nak faham apa masalahnya, tapi cara dia terangkan, dia pun tak faham penyakit dia. Pernah ambil ubat di hospital, lepas tu tak ambik dah lagi. Bunyi macam darah tinggi n kencing manis. Pastu ada kaki bengkak bertahun2, dia pilih untuk makan herba2 yg kawan lain cakap. Aduhai, dah la rm48 satu botol.

Dia tinggal jauh dari bandar KB, dulu setiap pukul 7pagi dia akan bawa becanya ke kawasan bandaraya Islam ini. Malamnya pula pukul 12malam hingga 2pagi barulah mengayuh balik ke rumah. Dulu mereka konvoi beca dalam 7-8 sekali gus, tapi bila kawan2 dia dah ada motor, dia pula tiada, dia tak mampu lagu 'gatih' sorang2 pada waktu malam.

Pengajarnnya, ramainya insan susah di luar sana yang kurang bernasib baik berbanding kita. Pakai, makan dan tidur mereka, kalau ada duit adalah, kalau tak mesti berlapar. Betapa kita patut mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kita sihat, kita ada rumah, kita ada kereta dan motor, kita mungkin ada segala-galanya, tapi Tuhan boleh berbuat apa2 kepada kita. Jangan sombong teman2.


Kita hidup, kadang-kadang dalam ketakutan sebab kita tak tahu apa yang bakal kita tempuhi esok. Tapi di situ lah ada pengharapan, supaya Allah memberi rezeki dan rahmat untuk membantu kita hidup sebagai hamba-Nya. 

Mampu kah kita nak hidup tanpa bantuan dan belas kasihan Allah SWT?
Sudah tentu tidak, apa kan nak kelip mata pun tak mampu.


Kita perlukan Allah dalam setiap perkara. Allahu, bantu lah kami. Kami berharap kepada-Mu dalam semua perkara, tiada daya kami untuk hidup tanpa belas kasihan dari-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

p/s: Saya dah mintak izin nak ambil gambar dan kongsikan cerita ni. Supaya kita boleh dapat manfaatnya. Amin.

By:
Syazwan Fadeli