Friday 12 August 2016

UMUR 29 TAHUN KANSER PAYUDARA, MENINGGALKAN 2 ORANG ANAK LELAKI

Bila kita bicara perihal insan yg sakit kronik. Kadang-kadang doktor pun terdiam.

Semalam dapat satu mesej, kawan minta melawat seorang ibu yg sakit kanser. Umur kakak ni baru 29 tahun, masih muda lagi, mempunyai anak dua orang lelaki.

Kak Zuraini tinggal di Kg.Lati, tepi parit air bersebelahan Sekolah Kebangsaan Lati di Pasir Mas. Pada tahun 2015, selepas bah besar melanda, masa itu lah beliau disahkan menghidap kanser payudara stage 4.



Semalam saya belek-belek surat yg doktor tulis daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII), diagnosis kak Zuraini ialah Breast Cancer stage 4 with metastasis to brain, peritoneal, lung, liver and bones
.
Dah di tahap akhir nampaknya, kanser sudah pecah dan merebak ke otak, dinding perut, paru-paru, hati dan tulang. Allah lah yang Maha Mengetahui apa yg dirancang.

Kak Zu sudah buat chemo 6x, complete cycles di HRPZII pada bulan Jun. Gugur rambut dan rapuh gigi, biasalah itu antara kesan yg pesakit bakal rasa. Badan panas dan rasa 'mengecut'.

Sekarang beliau terlantar di atas tilam yg lama tu. Pakai pampers agaknya, sebab dia tak mampu bangun dah. Ada dua bayar di badan, satu Ryle's Tube untuk pemakanan susu Ensure Fos dan satu lagi urine catheter.

Ramai yg tidak tahu berapa susu Ensure Fos bukan? Satu tin yg seberat 850mg itu berharga RM73.60 paling murah saya beli di Pantai Timur. Kalau di tempat lain, harganya RM78-80/tin. Dan satu tin itu, hanya tahan untuk 3-4 hari sahaja.

Bayangkan, hampir RM700 sebulan perlu dihabiskan hanya untuk susu semata-mata. Belum termasuk pampers, ubat atau pengankutan ke hospital dll.

Saya tegur dia selepas bercakap dengan ibunya, alhamdulillah nampak dia bercakap baik sahaja dengan saya. Saya selitkan nasihat-nasihat untuk istighfar dan basahkan mulut dengan nama Allah, sepanjang masa.

Kak Zu tak menangis pun, malah dia angguk dan tanya saya nak zikir apa dan apa. Amazing, just amazing. Kuat betol jiwa dia.

Sekarang ni, Kak Zu dijaga sepenuh masa oleh ibunya. Baru seminggu dua mereka pulang ke rumah selepas masuk hospital. Ibunya kini tidak lagi menjual mee celup sebab nak jaga kak Zu, terputus duit bulanan.

Di sini saya sertakan nombor akaun adik kak Zu, jika ada pembaca ingin menghulurkan bantuan terutama untuk membeli susu:
BSN
03102-29-00029660-2
Nur Nasyirah

Sebelum saya pulang, saya bersalam dengan anaknya Hakiem,8 dan Haikal, 5. Saya tahu mereka belum faham apa yg berlaku. Tapi itulah yg perlu dihadapi kan? Semoga Allah merahmati dan menjaga kedua-dua mereka ni.

Insyaallah dengan apa sahaja jenis bantuan kita bagi, Allah akan balas kebaikan kita di kemudian hari dengan nikmat yg kita tidak sangka-sangka. Amin amin.

Boleh baca kisah-kisah lain dengan klik di hashtag:
‪#‎adikkeuniversiti‬
‪#‎beyondhope‬

Wednesday 10 August 2016

ABANG SULONG JAGA 9 ADIK-BERADIK SELEPAS IBU BAPA MENINGGAL

Ini Faizul. Abang kandung yg cukup hebat. 

Faizul (berbaju hitam) di samping empat lagi adik-adiknya
semasa lawatan kami ke rumah mereka

Abang sulong berumur 29 tahun, yg menyara 9 adik-beradik di bawahnya. Abah mereka meninggal 4 tahun lepas disebabkan pendarahan usus, ibu nya meninggal tahun lepas disebabkan kencing manis.

Sejak daripada parents mereka meninggal, semua tanggungjawab makan minum pakaian dan sekolah, Faizul lah yg uruskan utk adik-adik nya. Nasib baik arwah ada tinggalkan rumah utk mereka berteduh.

Dengan isteri dan seorang anak kecil, hidup penuh sederhana di kawasan kg.

Kelihatan ada satu bangsal kecil di tepi rumahnya, tapi tidak berbumbung/tiada zink. Bulan Ramadhan haritu ribut kuat, tercabut penggal habis semua. Nak ganti zink tak mampu utk bangsal buruk itu.

Adiknya 3 orang yg sekoleh menengah tinggal di PERKAYA, rumah utk anak2 yatim. Setiap tiga minggu mereka balik. Dalam gambar tu, itu lah mereka. Yang sekolah rendah pun ada.

Faizul dah macam 'orang besi'. Demi nak jaga adik-adik. Dia kerja:

Menoreh getah
Cat kereta
Bertukang
Buat rumah
Tebas semak-samun
Racun rokk
Semua lah kerja kg dia boleh buat

Saya terkejut bila dengar cerita beliau. Nampak penat dan tenang sahaja muka Faizul. Selalu tak sihat katanya sebab terlalu letih bekerja dan bantu adik-adik.

Semoga Allah bersamamu Faizul (berbaju hitam). Insyaallah syurga utk mu yg menjaga adik-adik.

Allah ambil ibu bapa, Allah ganti dengan abang yg bertanggungjawab 


Kepada yg ingin menyumbang meringankan beban keluarga tidak bernasib baik ini, bolehlah menyumbang terus ke akaun Faizul seperti di bawah:

CIMB BANK
7614755910

Faizul bin Mohamad Radzali

Untuk lihat kisah lain, sila kelik di bawah:
#adikkeuniversiti
#beyondhope