Wednesday 10 August 2016

ABANG SULONG JAGA 9 ADIK-BERADIK SELEPAS IBU BAPA MENINGGAL

Ini Faizul. Abang kandung yg cukup hebat. 

Faizul (berbaju hitam) di samping empat lagi adik-adiknya
semasa lawatan kami ke rumah mereka

Abang sulong berumur 29 tahun, yg menyara 9 adik-beradik di bawahnya. Abah mereka meninggal 4 tahun lepas disebabkan pendarahan usus, ibu nya meninggal tahun lepas disebabkan kencing manis.

Sejak daripada parents mereka meninggal, semua tanggungjawab makan minum pakaian dan sekolah, Faizul lah yg uruskan utk adik-adik nya. Nasib baik arwah ada tinggalkan rumah utk mereka berteduh.

Dengan isteri dan seorang anak kecil, hidup penuh sederhana di kawasan kg.

Kelihatan ada satu bangsal kecil di tepi rumahnya, tapi tidak berbumbung/tiada zink. Bulan Ramadhan haritu ribut kuat, tercabut penggal habis semua. Nak ganti zink tak mampu utk bangsal buruk itu.

Adiknya 3 orang yg sekoleh menengah tinggal di PERKAYA, rumah utk anak2 yatim. Setiap tiga minggu mereka balik. Dalam gambar tu, itu lah mereka. Yang sekolah rendah pun ada.

Faizul dah macam 'orang besi'. Demi nak jaga adik-adik. Dia kerja:

Menoreh getah
Cat kereta
Bertukang
Buat rumah
Tebas semak-samun
Racun rokk
Semua lah kerja kg dia boleh buat

Saya terkejut bila dengar cerita beliau. Nampak penat dan tenang sahaja muka Faizul. Selalu tak sihat katanya sebab terlalu letih bekerja dan bantu adik-adik.

Semoga Allah bersamamu Faizul (berbaju hitam). Insyaallah syurga utk mu yg menjaga adik-adik.

Allah ambil ibu bapa, Allah ganti dengan abang yg bertanggungjawab 


Kepada yg ingin menyumbang meringankan beban keluarga tidak bernasib baik ini, bolehlah menyumbang terus ke akaun Faizul seperti di bawah:

CIMB BANK
7614755910

Faizul bin Mohamad Radzali

Untuk lihat kisah lain, sila kelik di bawah:
#adikkeuniversiti
#beyondhope

13 comments:

Unknown said...

Pasal no akaun cimb tak cukup angka?

Unknown said...

Mcm mana nak bagi sumbangan no akaun tu tak cukup?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Betul dah tu no akaun cimb mmg 10digit sahaja

Unknown said...

Insyaallah nombor akaun Faizul sudah betol
sya dah double check
itu sahaja bilangan nombor akaun nya

terima kasih kepada yg bertanya ya

Unknown said...

Cimb no akaun 14 angka bukan 10. 4 angka lagi mana?

Unknown said...

Orang lain yg ada akaun cimb, bolih tolong sahkan

roslieahmad said...

Salam..boleh tahu alamat mereka x..??saya ingin membuat sumbangan pakaian kepada mereka.

Anonymous said...

No acc cimb yg baru mmg 10 angka shj

Unknown said...

Ya ke,nanti saya cuba buat transfer kalau tak lepas, najib lah takde rezeki. Terima kasih

Unknown said...

Ya ke,nanti saya cuba buat transfer kalau tak lepas, nasib lah takde rezeki. Terima kasih

Anonymous said...

Mmg 10 angka saje no akaun CIMB....dh lama tukar pon

Unknown said...

dah boleh bank in. Betul no akaun tu