Monday 16 November 2015

AMIR, TENANGLAH DIRIMU DI SANA BERSAMA TUHAN

Berehatlah di sana dengan tenang sahabatku Amir Elyas 😔
Sudah 3 tahun mung bertarung, badan sakit, lemah, tapi senyuman di bibir tak pernah tak ada. Selalu aku tanya, sakit ke kanser ni mir? Mung kata tak sakit pun, padahal semua orang tahu mung sakit. Mung pandai tipu mung tak sakit.
Hari ini, Allah yang Maha Penyayang telah panggil mung, Allah sayang ko mung mir, Allah bagi mung berehat sepenuhnya di sana. Allah tahu lama sangat doh mung sabar, Allah tahu mung tak mengeluh pun sakit, mung tak pernah salahkan takdir, harini Allah jemput mung dengan sungguh mulia mir.

Betapa aku rindukan susuk tubuhmu Mir. Kita kenal tak lama, tapi keindahan akhlakmu sungguh baik, semua orang senang dengan perangai lembut mung. Sesiapa sahaja yang jumpa mung, mesti mereka puji mung. Mung lah tok imam solat, mung lah ajak kawan2 buat baik, mung lah pandai main bola sepak n takraw. Sampai sekarang aku ingat Gimi kata kat aku,

"Semua sukan Amir pandai, pandai power gila, especially killer takraw n main futsal"

Tapi semua tu kenangan jah loni, takpo, aku simpan memori tu mir. Aku jumpa mg first time, aku duduk di kerusi sebelah mung, mung pakai baju putih masa tu dengan kopiah hitam. Situ lah kita mula kenal, lepas tu gelak ketawa dan sedih sama-sama. Mungkin sebab tu Allah takdirkan mung duduk sebelah aku masa di rumah Cik Zah..
Sebab Allah nak suruh aku kenal mung cepat2,, sekejap sangat Allah pinjam mung ko aku.

Kita makan sama-sama masa tu, aku duduk sebelah mung di sofa, aku tanya pasal sakit mung, mung cerita macam mung kena demam jah, sungguh hebat akhlak mung. Mung tenang sangat. Di situlah aku tekad, aku nak mesej tanya khabar sokmo ko mung.


Setiap kali aku mesej ko mung tanya khabar, mesti mung jawab alhamdulillah aku sihat jah Wae, aku sihat gini jah la. Mung sokmo mintak aku doa, aku pulak malu ko mung, mung orang soleh dan baik. Tak pernah sekali pun mung oyak mung sakit..Mung oyak mung sihat, padahal mung tahu doktor kata mung tak ada harapan lama lagi dah mung dulu belajar medic di India, mung berhenti sebab kanser usus tu, mung mesti tahu apa kesudahannya bila dah merebak ke hati deh? Tapi mung tetap tenang Mir, walaupun mung tahu ajal mung nak sampai daAmir, tadi aku tanya Cik Zah, Cik Zah gi melawat mung, tapi masa tu mung dah tak sedar doh mir, mung tak berkata-kata dah, mung senyap. Badan mung habis kuning, mata pun tertutup rapat, mung tak menyahut doh ma abah mung panggil macam dulu. Allahurabbi...


Aku tanya Cik Zah, macam mana amir (mung) takdok? Cik Zah jawab,
"Amir masa nak meninggal, mulut sibuk dengan zikrullah, selalu menyebut Allah, Alhamdulillah, Laailaha illallah"
Subhanallah

😔
😔

Aku duduk sebelah mung Amir (baju putih), aku tak tahu pulak itu
terakhir kita sahabat =(

Mulianya cara mung balik jumpa Tuhan kita, Allah sayang sangat ko mung Mir, Allah sayang ko mung lebih-lebih. Allah jaga mung dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT yang sangat luas. 

Aku tahu mung sakit lama, aku tahu mung tak pernah mengadu dan mengeluh 
kepada sesiapa pun mung sakit, dengan berkat mung redha dan sabar, Allah ambik nyawa mung dengan penuh mulia.

Dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tadi, mulanya panas Mir. Sampai di Setiu hujan renyai-renyai doh. Sampai di kawasan rumah mung, suasana cukup tenang dan 
mendung. Tak panas, tak hujan, tapi mendung dan sejuk.

Allah nak bagi mung balik dengan cukup molek, jiran-jiran mung, anak -beranak mung semua ziarah tadi Mir, semua tenang dan paling penting, abah dan ma mung senyum dan suruh doakan mung mir... Allahuakbar, ya Rahman ya Rahim. Engkau selamatkan lah sahabatku Amir di sana ya Allah, dari azab kubur dan api neraka.

Tabahnya hati abah ma mung. Kuatnya hati, tengok anak sakit selama tiga tahun. 3 kali pembedahan buang usus dan buang hati, mesti cekal abah ma mung tengok anak sakit depan mata.

Amir..

Tadi aku jumpa mak mung , mak mung kata, masa mung ada dulu, mung lah mengajar Al-Quran kepada mak mung, mung lah selalu baca khutbah di masjid kalau raya. Mung lah anak soleh yang selalu dengar apa ma abah cakap. Ma mung oyak,

"Amir anak yang dengar sokmo ma abah oyak" 😔

Mung kena kanser tahap 4, tapi dalam masa tiga tahun mung bertarung, mung berulang-alik ke masjid setiap kali solat kecuali bila mung sakit sangat jah, mung baca al-Quran hari-hari di rumah, mung hidup penuh dengan ibadah dan iman di penghujung hayat mung Mir.

Allah.. Maha Suci Mu ya Allah, Engkau lah Maha Memiliki ke atas roh dan jasad kami. Daripada Mu aku datang, kepada-Mu lah kami kembali nanti.

Ya Malik, Pemilik.
Ya Muhyi, Menghidupkan
Ya Mumiiy, Mematikan

Aku minta maaf Mir, last time aku mesej mung 11 Oktober, mung reply terus sejam lepas tu. Tapi aku hok tak reply mesej mung, aku tak sempat nak reply Mir. Aku janji nak gi jalan rumah mung lagi, mung kata,

"Mari la insyaallah rmh ni open sokmo klu xdop appoinment spital 😁😁"

Aku minta maaf mir, aku tak sempat jumpa mung sebelum mung takdok. Aku melawat kubur mung tadi, masa tu tak ada orang dah, aku denganKimi jah, tenang setenangnya aku tengok kubur mung, moga mung pun gembira dalam kubur, salah satu daripada taman-taman syurga.

Di sebelah kubur mung, ada sebuah pokok yang besar, boleh meneduhi kubur mung waktu panas, boleh menjadi tanda kepada kubur mung. Tambah pula kubur mung di hujung tepi tanah kubur, mungkin nak bagi mung rehat cukup-cukup kat situ, nak bagi mung balik dengan tenang.

Bawah pokok ke, tepi tanah kubur ke, jauh dari jalan skit ke tak penting, sebab Allah Maha Mengetahui di mana kubur hamba-hamba-Nya yang soleh. Allah tahu mung dah balik Mir, Dia kan Tuhan kita, Dia lah yang panggil kita balik.
Aku minta maaf Mir, aku dapat berita mung tak sedar diri semalam, aku ingat aku gi harini rumah mung, aku sempat jumpa mung. 15 minit sebelum aku bertolak tadi, Cik Zah mesej kata mung gi doh menghadap Allah... Nasib baik aku tak pengsan drive tadi, nasib baik Kimi teman.

Mir... Aku mintak maaf, aku tak sempat nak cium pipi mung, aku tak sempat nak cium dahi mung, aku tak sempat nak peluk jenazah mung tadi, aku tak sempat nak pegang tangan mung, aku tak sempat nak ajar mung mengucap di akhir hayat, aku mintak maaf mir, aku ingat sempat tadi, tapi mung gi dulu...
Aku sampai tadi, mung dah takdop dalam rumah mung, aku naik rumah mung aku cari mung tadi Mir, aku langkah rumah mung dengan harapan mung sambut aku macam dulu turun tangga senyum...aku mintak maaf Mir. Aku mintak maaf tak reply mesej mung dulu. Mintak maaf, sebab aku janji dengan diri aku nak jaga mung, tapi mung gi dulu.

Insyaallah, aku dan sahabat-sahabat kita akan teruskan perjuangan hidup ni. Mung akan selalu dalam ingatan kami semua, kami sayang mung sebab Allah dan Rasul, aku sayang mung sebab mung sahabat aku. Family mung redha dengan pemergianmu, Allah redha dengan kematianmu sahabat, semestinya beristighfarlah makhluk-makhluk Allah di muka bumi untuk mu, perginya seorang remaja soleh menghadap Ilahi.

Allahurabbi Mir, aku minta maaf, aku tak tahan sebak ingat kepada mung. Aku tak sanggup nak menangis di depan ma abah mung. Kalau aku sempat jumpa dan peluk jenazah mung tadi, aku rasa aku takkan lepaskan pelukan tu depan mudah, aku akan menangis di bahu mung Mir, mungkin sebab tu Allah tak jumpakan kita di penghujung usia mu.

Selamat jalan fighter, selamat jalan sahabat. Selamat jalan teman, selamat jalan ahli syurga. Aku teringat lagu Hijjaz,

"Telah tiba, saat waktu kau tinggalkan kami..

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan, kau sahabatku, kau teman sejati"
Tenang lah di sana Amir. Kita jumpa di syurga nanti insyaallah. Tunggu kami semua di sisi Allah.

Amir Elyas (baju putih)
1991-2015

Tenangnya aku dan Kimi melihat pusara mu sahabat, semoga mung tenang di sana

Saturday 14 November 2015

Nurul Huda, a brave and young 19 years old girl from Tanah Merah

Harini tak jumpa puan empunya badan. But i admire her courage.
Di Kg.Padang Kijang, ada seorang adik nama Huda, umur 19 tahun, tinggal bersama dengan family dia. Dialah ayah, dialah ibu dan dialah kakak untuk keluarganya.


Nurul Huda, anak yang sangat bertanggungjawab. Anak sulong daripada 7 orang ini, terpaksa berhenti belajar di UiTM dulu sebab family tak ada duit lansung nak makan. Hasrat Huda nak sambung belajar cancel sebab family tak ada punca pendapatan.

Ibunya perlu menjaga lagi 6 orang adik beradik dia yang lain. Ayahnya pula menghilangkan diri tanpa khabar berita tambah lagi untuk kirimkan wang untuk keluarga makan.


Huda ini lah yang perlu bekerja di Pantai Timur Tanah Merah untuk sara keluarga sebagai anak sulong. Rm600 sebulan sebenarnya belum cukup untuk menampung semua keperluan.


Adik lelaki Huda kata kat saya,
"Kalau hujung bulan tak ada duit nak makan, kat nenek lah kami pinjam beras. Bila dah ada duit awal bulan, kami ganti balik"

Di rumah bekas tempat buat batu-bata itulah mereka mendirikan rumah kecil, satu bilik, satu dapur, satu ruang tamu untuk anak beranak. Tempat mandi ada di luar rumah, tandas pula perlu berjalan keliling rumah baru jumpa, itu pun dia kata selalu rosak sahaja pam tandas.

Emak, Huda dan adik perempuan tidur dalam bilik satu itu lah, yang askar lelaki pulak tidur di ruang tamu sejuk itu, kalau hujan hampir semua atap tiris air kecuali di ruang tamu.

Di ruang tamu, satu tempat lebih kurang 2 depan itu sahaja yang tak tiris, di situlah mereka duduk bilik hujan lebat, sebab yang lain tiris. Basah dan sejuk, dah la ada baby lagi keluarga miskin ni. Kesiannya..


Air dan elektrik, kongsi satu meter dengan rumah nenek dan rumah maksedare. Satu meter, tiga rumah. Rumah pulak ada satu kipas sahaja. Emak huda kata,

"Gilir-gilir lah guna kipas, kalau yang tu nak buat kerja sekolah yang tu ambik, pastu tukar-tukar"

Emak dia puji Huda. Huda tak kisah ke tak tukar handphone macam orang lain dengan duit gaji?

Dia kata tak kisah pun, asal kan adik2 boleh makan. Pernah jugak Huda pinjam duit dengan kawan, bila adik2 nak bayar yuran dan bila tak ada duit nak Makan. Sedih sungguh nasib anak sulung sorang ni.

frown emoticon
1. Huda
2. Faizal (tunggu panggilan Askar)- sambilan kerja buat masjid
3. Tingkatan 4 Faris, selalu dapat nombor satu dalam tingkatan, SMK ALOR PASIR
4. Tingkatan 2 Ilyas, selalu dapat nombor satu/dua dalam ting, SMK ALOR PASIR
5. Darjah 5
6. Tiga tahun
7. 10 bulan


Adik lelaki Huda nama Faizal sedang tunggu untuk masuk askar. Sekarang ni Faizal kerja buat rumah, dapat la duit sikit-sikit nak tampung. Mereka terima bantuan JKM RM100 sebulan, tapi percayalah tak cukup, adik2 sekolah dan keperluan makanan lagi semua, minyak motor dan api air lagi.


Kalau ada yang sudi menderma, boleh salurkan kepada account bank Huda di bawah. Moga-moga dapat mereka teruskan hidup lebih senang dan dapat bela nasib keluarga. Sedih tengok muka adik beradik tadi.

Mula-mula kami pergi sebab dengar kata Huda nak sambung belajar, tapi bila dah tahu cerita, kami bincang antara kami-kami, mungkin dia dah 'terlepas' zaman belajar dan boleh lupakan hasrat nak smbung ke universiti, tuh sapa nak bela adik-adik tu kalau bukan Huda?

Siti Nurul Huda bt Roslan
Bank Islam
03045022346655
Atau
Siti Nurul Huda bt Roslan
153056380077
Maybank

Monday 9 November 2015

Impian Atikah nak jadi pensyarah agama, tapi tak ada duit nak sambung belajar (real life story)

Ingin memohon bantuan kepada Adik Atikah bakal pelajar KUIS.

#Adikkeuniversiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam pukul 630 petang (8/11/15), saya dan rakan-rakan pergi melawat rumah adik Atikah (berbaju hitam ada link Pink di bawah baju sedang duduk) yang terletak di Kg.Alor Bemban, Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan selepas ada maklumat daripada kawan-kawan tentang kesusahan adik Atikah untuk menyambung pelajaran beliau ke universiti.


Adik Atikah, berumur 19 tahun, berasal dari Tanah Merah, baru sahaja menamatkan sekolah dengan kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2014 tahun lepas di Mahaad Ahmadi Tanah Merah, dekat sahaja dengan rumah beliau. Alhamdulillah, dengan keputusan ‘Jayyid’, beliau ditawarkan untuk sambung degree ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra, Bangi.

Adik Atikah ditawarkan kursus B103-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (kepujian) dan insyaallah akan mendaftar pada 17/11/15 minggu depan pada hari Selasa. Alhamdulillah, cemerlang adik ni belajar.


Sedikit tentang biodata family adik Atikah. Family adik Atikah tinggal di Alor Pasir, Tanah Merah, ayahnya bekerja sebagai penjaja ikan dengan motor biru (ada gambar motor dan nombor plat di bawah) setiap hari. Bakul tepi motor tu selalu patah, kena welding selalu, nak beli baru tak mampu kata si ayah. Saya dan kawan-kawan semalam banyak bertanya perihal hidup mereka sekeluarga. Ayahnya lepas hantar anak sekolah (7 masih bersekolah) pada waktu pagi, terus cepat-cepat bergegas ke Pasir Mas untuk pergi ambil ikan-ikan di pasar.


Kami ada tanya, pakcik ambil ikan tu banyak ke dan bayar macam mana? Beliau kata, alhamdulillah orang yang bagi ikan tu, tak ambil duit lagi mula-mula, sebab faham ayahnya susah, hanya pada keesokan harinya sahaja beliau akan pergi dan bayar yang beliau ambil semalam.

Biasanya, ayahnya akan menjaja di sekitar Pasir Mas, Lemal, Lati dan Chicha Tinggi. Orang yang pernah datang ke area sini, mesti tahu yang kawasan-kawasan yang saya mentioned tu berdekatan, dalam daerah yang sama dan satu laluan. Alhamdulillah, ayah dia kata boleh la untung lebih kurang RM20-RM25 sehari tu dik. Kalau ikan tak habis jual, mereka makan sendiri. Dan saya tanya, maaf lah pakcik kami tanya ni, ada simpanan masa emergency ke macam mana ke? Dia kata, biasanya duit akan habis terus, satunya untuk wang saku anak-anak ke sekolah seramai enam orang, dan keduanya untuk peralatan dapur. Kalau motor rosak, emm begitulah...


Atikah ada 10 orang adik-beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan, dan beliau yang kedua, semestinya menjadi sandaran dan harapan keluarga untuk berjaya dan bantu balik adik-adik yang lain. Ibunya tidak bekerja sebab perlu menjaga adik-adiknya yang lain di rumah, makan minum dan pakai mereka seperti biasa.


Ibunya ada masalah kesihatan asma yang teruk, perlu guna sehingga 2-3 botol inhalers sebulan, tidak terkawal. Semestinya nak beli inhalers itu pun perlukan duit kan. Rm11 sebotol lebih kurang katanya kat farmasi. Kalau ibu nya pergi menoreh, boleh la dalam RM20-RM40 seminggu, tolong sikit-sikit suaminya.

Semasa Atikah di Maahad belajar dulu, dia berulang alik dari rumah. Cuma bila nak exam nak study lebih dengan kawan-kawan, perlu masuk rumah sewa. Yuran Rm20 seorang sebulan, pagi tu biasanya makan biskut macam tu sahaja, balik sekolah beli lauk skit-sikit dengan kawan, masak nasi dan makan sama-sama. Malamnya mereka tak makan. Boleh pulak tak makan malam ni? Dah biasa katanya. Kalau kita skip sekali makan, rasanya dah rasa gastrik dan sakit perut dah gamaknya kan.

Abang Atikah yang sulong, dulu berhenti sekolah menengah pada tingkatan dua, sebab masalah kewangan keluarga yang meruncing. Masa tu ayah mereka bekerja menoreh getah di kebun orang, menoreh getah ni biasalah, kalau musim hujan atau tengkujuh, memang tidak boleh menoreh, dan menoreh pun hasilnya yang utama untuk pemilik kebun, lebihan barulah diberi kepada ayah Atikah ni. Alhamdulillah, bila ayahnya tukar kerja menjaja ikan di sekitar Pasir Mas ni, pelajaran adik Atikah dan adik-adiknya yang lain mampu ditampung. Tak tercicir sampai kena berhenti sekolah, tapi mereka hidup masih susah.


Dulu mereka tinggal dalam rumah kotak tanpa bilik selama berbelas-belas tahun, saya tanya la, habis tu tidur macam mana pakcik ni dengan anak-beranak? Dia kata tidur di ruang tamu dari dinding sini sampai dinding sana. Ada dapur dan bilik air sahaja. Sekarang alhamdulillah ada insan yang bermurah hati minta sumbangan daripada Bahagian Zakat Bank Rakyat, mereka diberi rumah yang mereka duduk sekarang, tak besar tapi at least ada tiga bilik, ruang tamu, dapur dan bilik air.


Di samping kesusahan hidup tu juga, ahli keluarga mereka ada yang ada masalah kesihatan. Ayahnya sendiri menghidap chronic diabetes, adik nya seorang tu ada masalah jantung (congenital heart problem), seorang lagi ada masalah kulit yang teruk dan Atikah sendiri pun ada sakit (kami akan cuba untuk bawa Atikah jumpa dr pakar secepat mungkin).
Dah jatuh, ditimpa tangga pula family ni.

Ni nama adik-beradik Atikah dan tempat belajar untuk rujukan pembaca:

Atikah – bakal ke KUIS
M.Shaharil – SMK Alor Pasir
Nurul Zayanah – SMK Alor Pasir
Nurul Huda – SK Alor Pasir
M.Arif Hakimi – SK Alor Pasir
Nur Zaheira – SK Alor Pasir (masalah jantung)
Nurul Adilah – tadika Alor Pasir
Mohd Shah Reza – sakit kulit kronik

Saya ingin membantu adik Atikah (especially sebab dia nak masuk ke universiti dalam minggu depan) sebab saya tak pernah rasa apa yang dia rasa. Ramai daripada kita tak pernah rasa, apa salahnya kita tolong sama-sama mereka untuk ringankan beban dan bagi galakan untuk belajar, bila dah berjaya, boleh dia bantu adik-adik yang masih ramai kat bawah.


Sebelum balik tu saya tanya Atikah, cita-cita nak jadi apa ni?
Dia kata sebenarnya dulu impian nak belajar di Universiti al-Azhar di Mesir, dalam bidang Syariah, tapi masalah duit dan belajar semua, dia tak mampu nak ke sana macam orang lain dan kawan-kawan. Sayu sahaja suara kali ni. Cita-cita nak jadi pensyarah agama Islam, terutama dalam Syariah atau Usuluddin.

Bagus sungguh impian. Semalam saya dan kawan-kawan, ada cerita kepada beliau tentang negara Mesir, belajar Syariah dan Usuluddin macam mana kat sana (based on pengalaman kawan yang dah grade), bersinar mata tak berkelip adik Atikah dengar sungguh-sungguh. Tak pe lah dik, kat mana-mana belajar pun its okay, insyaallah semua ada rezeki kalau kita ikhlas nak bantu family dan orang lain.
Kepada pembaca yang budiman yang ingin menyumbang, di bawah saya sertakan nombor akaun adik Atikah

BANK ISLAM MALAYSIA BERHADSITI NOT ATIKAH BT ZAIDI03054020367518



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 013-2571382
Kepada rakan-rakan yang lain, jom kita share kisah Adik Atikah kepada ahli keluarga kita serta kawan-kawan untuk sama-sama bantu mengikut kemampuan masing-masing. Makin ramai yang sudi membantu, Insyallah makin kurang bebanan Atikah di sana untuk belajar untuk ubah nasib keluarga.
By:

Syazwan Fadeli (Pokwe)