Monday 9 November 2015

Impian Atikah nak jadi pensyarah agama, tapi tak ada duit nak sambung belajar (real life story)

Ingin memohon bantuan kepada Adik Atikah bakal pelajar KUIS.

#Adikkeuniversiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam pukul 630 petang (8/11/15), saya dan rakan-rakan pergi melawat rumah adik Atikah (berbaju hitam ada link Pink di bawah baju sedang duduk) yang terletak di Kg.Alor Bemban, Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan selepas ada maklumat daripada kawan-kawan tentang kesusahan adik Atikah untuk menyambung pelajaran beliau ke universiti.


Adik Atikah, berumur 19 tahun, berasal dari Tanah Merah, baru sahaja menamatkan sekolah dengan kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2014 tahun lepas di Mahaad Ahmadi Tanah Merah, dekat sahaja dengan rumah beliau. Alhamdulillah, dengan keputusan ‘Jayyid’, beliau ditawarkan untuk sambung degree ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra, Bangi.

Adik Atikah ditawarkan kursus B103-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (kepujian) dan insyaallah akan mendaftar pada 17/11/15 minggu depan pada hari Selasa. Alhamdulillah, cemerlang adik ni belajar.


Sedikit tentang biodata family adik Atikah. Family adik Atikah tinggal di Alor Pasir, Tanah Merah, ayahnya bekerja sebagai penjaja ikan dengan motor biru (ada gambar motor dan nombor plat di bawah) setiap hari. Bakul tepi motor tu selalu patah, kena welding selalu, nak beli baru tak mampu kata si ayah. Saya dan kawan-kawan semalam banyak bertanya perihal hidup mereka sekeluarga. Ayahnya lepas hantar anak sekolah (7 masih bersekolah) pada waktu pagi, terus cepat-cepat bergegas ke Pasir Mas untuk pergi ambil ikan-ikan di pasar.


Kami ada tanya, pakcik ambil ikan tu banyak ke dan bayar macam mana? Beliau kata, alhamdulillah orang yang bagi ikan tu, tak ambil duit lagi mula-mula, sebab faham ayahnya susah, hanya pada keesokan harinya sahaja beliau akan pergi dan bayar yang beliau ambil semalam.

Biasanya, ayahnya akan menjaja di sekitar Pasir Mas, Lemal, Lati dan Chicha Tinggi. Orang yang pernah datang ke area sini, mesti tahu yang kawasan-kawasan yang saya mentioned tu berdekatan, dalam daerah yang sama dan satu laluan. Alhamdulillah, ayah dia kata boleh la untung lebih kurang RM20-RM25 sehari tu dik. Kalau ikan tak habis jual, mereka makan sendiri. Dan saya tanya, maaf lah pakcik kami tanya ni, ada simpanan masa emergency ke macam mana ke? Dia kata, biasanya duit akan habis terus, satunya untuk wang saku anak-anak ke sekolah seramai enam orang, dan keduanya untuk peralatan dapur. Kalau motor rosak, emm begitulah...


Atikah ada 10 orang adik-beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan, dan beliau yang kedua, semestinya menjadi sandaran dan harapan keluarga untuk berjaya dan bantu balik adik-adik yang lain. Ibunya tidak bekerja sebab perlu menjaga adik-adiknya yang lain di rumah, makan minum dan pakai mereka seperti biasa.


Ibunya ada masalah kesihatan asma yang teruk, perlu guna sehingga 2-3 botol inhalers sebulan, tidak terkawal. Semestinya nak beli inhalers itu pun perlukan duit kan. Rm11 sebotol lebih kurang katanya kat farmasi. Kalau ibu nya pergi menoreh, boleh la dalam RM20-RM40 seminggu, tolong sikit-sikit suaminya.

Semasa Atikah di Maahad belajar dulu, dia berulang alik dari rumah. Cuma bila nak exam nak study lebih dengan kawan-kawan, perlu masuk rumah sewa. Yuran Rm20 seorang sebulan, pagi tu biasanya makan biskut macam tu sahaja, balik sekolah beli lauk skit-sikit dengan kawan, masak nasi dan makan sama-sama. Malamnya mereka tak makan. Boleh pulak tak makan malam ni? Dah biasa katanya. Kalau kita skip sekali makan, rasanya dah rasa gastrik dan sakit perut dah gamaknya kan.

Abang Atikah yang sulong, dulu berhenti sekolah menengah pada tingkatan dua, sebab masalah kewangan keluarga yang meruncing. Masa tu ayah mereka bekerja menoreh getah di kebun orang, menoreh getah ni biasalah, kalau musim hujan atau tengkujuh, memang tidak boleh menoreh, dan menoreh pun hasilnya yang utama untuk pemilik kebun, lebihan barulah diberi kepada ayah Atikah ni. Alhamdulillah, bila ayahnya tukar kerja menjaja ikan di sekitar Pasir Mas ni, pelajaran adik Atikah dan adik-adiknya yang lain mampu ditampung. Tak tercicir sampai kena berhenti sekolah, tapi mereka hidup masih susah.


Dulu mereka tinggal dalam rumah kotak tanpa bilik selama berbelas-belas tahun, saya tanya la, habis tu tidur macam mana pakcik ni dengan anak-beranak? Dia kata tidur di ruang tamu dari dinding sini sampai dinding sana. Ada dapur dan bilik air sahaja. Sekarang alhamdulillah ada insan yang bermurah hati minta sumbangan daripada Bahagian Zakat Bank Rakyat, mereka diberi rumah yang mereka duduk sekarang, tak besar tapi at least ada tiga bilik, ruang tamu, dapur dan bilik air.


Di samping kesusahan hidup tu juga, ahli keluarga mereka ada yang ada masalah kesihatan. Ayahnya sendiri menghidap chronic diabetes, adik nya seorang tu ada masalah jantung (congenital heart problem), seorang lagi ada masalah kulit yang teruk dan Atikah sendiri pun ada sakit (kami akan cuba untuk bawa Atikah jumpa dr pakar secepat mungkin).
Dah jatuh, ditimpa tangga pula family ni.

Ni nama adik-beradik Atikah dan tempat belajar untuk rujukan pembaca:

Atikah – bakal ke KUIS
M.Shaharil – SMK Alor Pasir
Nurul Zayanah – SMK Alor Pasir
Nurul Huda – SK Alor Pasir
M.Arif Hakimi – SK Alor Pasir
Nur Zaheira – SK Alor Pasir (masalah jantung)
Nurul Adilah – tadika Alor Pasir
Mohd Shah Reza – sakit kulit kronik

Saya ingin membantu adik Atikah (especially sebab dia nak masuk ke universiti dalam minggu depan) sebab saya tak pernah rasa apa yang dia rasa. Ramai daripada kita tak pernah rasa, apa salahnya kita tolong sama-sama mereka untuk ringankan beban dan bagi galakan untuk belajar, bila dah berjaya, boleh dia bantu adik-adik yang masih ramai kat bawah.


Sebelum balik tu saya tanya Atikah, cita-cita nak jadi apa ni?
Dia kata sebenarnya dulu impian nak belajar di Universiti al-Azhar di Mesir, dalam bidang Syariah, tapi masalah duit dan belajar semua, dia tak mampu nak ke sana macam orang lain dan kawan-kawan. Sayu sahaja suara kali ni. Cita-cita nak jadi pensyarah agama Islam, terutama dalam Syariah atau Usuluddin.

Bagus sungguh impian. Semalam saya dan kawan-kawan, ada cerita kepada beliau tentang negara Mesir, belajar Syariah dan Usuluddin macam mana kat sana (based on pengalaman kawan yang dah grade), bersinar mata tak berkelip adik Atikah dengar sungguh-sungguh. Tak pe lah dik, kat mana-mana belajar pun its okay, insyaallah semua ada rezeki kalau kita ikhlas nak bantu family dan orang lain.
Kepada pembaca yang budiman yang ingin menyumbang, di bawah saya sertakan nombor akaun adik Atikah

BANK ISLAM MALAYSIA BERHADSITI NOT ATIKAH BT ZAIDI03054020367518



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 013-2571382
Kepada rakan-rakan yang lain, jom kita share kisah Adik Atikah kepada ahli keluarga kita serta kawan-kawan untuk sama-sama bantu mengikut kemampuan masing-masing. Makin ramai yang sudi membantu, Insyallah makin kurang bebanan Atikah di sana untuk belajar untuk ubah nasib keluarga.
By:

Syazwan Fadeli (Pokwe)

No comments: