Wednesday 30 December 2015

HE LIFTED UP HIS SHIRT TO SHOW ME HIS SCARS

When i was sitting in a pediatric ward in HUSM, while writing some notes on my book, a young boy approached me quietly. He knew that i was writing notes from computer into my note book. He stared and didn't say anthing.

I noticed him for a while, and then i turned my head to him and smile.
I said to him,

"What are you looking for young man?" He was smiling at me and say nothing.

Then I continued asking him, what is your name? How old are you big-guy?

"My name is Khairi, 8 years old"

We had some chat and i noticed that he seems really comfortable/happy/used living in the ward. So i guess, this kid might being admitted for quiet some time.

"Now tell me, what happened to you Khairi? Why are you warded here?"

He answered,
"I had stomach operation, twice"

I was shock! Oh really? Poor kid. Can i see your scars?


He lifted up his green shirt and showed me the surgical scar, from right ulbilical region to left umbilical region, maybe about 10cm long.

He smiled and seems really fine with the disease.

What happened?

First operation was for removal of his appendix, and second one due to adhesion complication of the first surgery. I was really sad at the moment. You are just 8 year-old, but already undergone 2 major surgeries. You are really strong!

I spoke to him to be a strong kid, and then we read about Historical Book provided by Pediatric Department in the ward. His knowledge was good as for normal 8 years old school boy.

We chatted, and then i walked him to his mother and i asked further detailed about his medical and surgical history. It's guiet sad isn't?

Before i left the ward, i went to his bed again. He was lying still on his bed quietly. Then i called for his name,

"Khairi, this Coki-coki is for you. You can eat by tomorrow" He smiled and i walked away while praying him be patient and syukur of what God has planned for you for your life journey. His mother was watching us also, she smiled and closed her eyes back when the conversations over.

Sometimes in life, we cannot predict or plan most of things of what are going to happen to us in future. We might be planning to become a strong gentleman and had a good salary from our job, buy maybe while we were kid, our parents died and we left school due to financial problems.

Isn't possible? Yeah for sure.

Be grateful everyone.

Regards.

Syazwan Fadeli


Friday 18 December 2015

HERDIKAN ULAMAK UNTUK MEREKA YANG MASIH ADA IBU BAPA



Andai kata syurga itu ada kunci untuk dibuka pintunya, berbuat baik kepada ibu bapa adalah kunci yang paling besar.Sebab itu, tanam niat di dalam hati supaya kita dapat menjaga ibu bapa kita semasa mereka sakit, dan jaga makan minum serta mandi mereka. Kucup pipi mereka, gosokkan baju dan bawa mereka ke masjid setiap hari.Ambilkan wuduk, sediakan sejadah untuk mereka solat, basuh kencing berak, itu semua pahala. Kunci syurga kita tu.Sebab itu ulamak ada kata, kepada mereka yang masih ada ibu bapa, macam mana mereka boleh tak dapat kunci itu dan masuk syurga?

REZEKI BUKAN HANYA DARIPADA USAHA KITA SAHAJA, BRO!

Bagaimana lah perasaan ibu bapa yang tak mampu membeli kan makanan secukupnya kepada anak-anak, bila mereka melihat kita membazir sahaja duit dengan senang.

Kita kan manusia, ada perasaan. Ada ibu terpaksa meminta sedekah atau berhutang untuk beli susu anak, ada kita boleh beli susu buat stok 5-6 tin untuk seorang anak.

Hati mana yang tak simpati, bila anak-anak tak boleh makan. Biar ibu bapa lapar, tapi bukan anak!

Kadang-kadang, mereka miskin bukan kerana mereka tak usaha, takdir tak menyebelahi mereka.


Dan kita kaya bukan dengan usaha kita sahaja, nuh doa-doa yang orang pernah hulurkan kepada kita, duit orang kampung untuk kita masuk uni, tahajjud ibu abah. Itu semua count in.

Monday 16 November 2015

AMIR, TENANGLAH DIRIMU DI SANA BERSAMA TUHAN

Berehatlah di sana dengan tenang sahabatku Amir Elyas 😔
Sudah 3 tahun mung bertarung, badan sakit, lemah, tapi senyuman di bibir tak pernah tak ada. Selalu aku tanya, sakit ke kanser ni mir? Mung kata tak sakit pun, padahal semua orang tahu mung sakit. Mung pandai tipu mung tak sakit.
Hari ini, Allah yang Maha Penyayang telah panggil mung, Allah sayang ko mung mir, Allah bagi mung berehat sepenuhnya di sana. Allah tahu lama sangat doh mung sabar, Allah tahu mung tak mengeluh pun sakit, mung tak pernah salahkan takdir, harini Allah jemput mung dengan sungguh mulia mir.

Betapa aku rindukan susuk tubuhmu Mir. Kita kenal tak lama, tapi keindahan akhlakmu sungguh baik, semua orang senang dengan perangai lembut mung. Sesiapa sahaja yang jumpa mung, mesti mereka puji mung. Mung lah tok imam solat, mung lah ajak kawan2 buat baik, mung lah pandai main bola sepak n takraw. Sampai sekarang aku ingat Gimi kata kat aku,

"Semua sukan Amir pandai, pandai power gila, especially killer takraw n main futsal"

Tapi semua tu kenangan jah loni, takpo, aku simpan memori tu mir. Aku jumpa mg first time, aku duduk di kerusi sebelah mung, mung pakai baju putih masa tu dengan kopiah hitam. Situ lah kita mula kenal, lepas tu gelak ketawa dan sedih sama-sama. Mungkin sebab tu Allah takdirkan mung duduk sebelah aku masa di rumah Cik Zah..
Sebab Allah nak suruh aku kenal mung cepat2,, sekejap sangat Allah pinjam mung ko aku.

Kita makan sama-sama masa tu, aku duduk sebelah mung di sofa, aku tanya pasal sakit mung, mung cerita macam mung kena demam jah, sungguh hebat akhlak mung. Mung tenang sangat. Di situlah aku tekad, aku nak mesej tanya khabar sokmo ko mung.


Setiap kali aku mesej ko mung tanya khabar, mesti mung jawab alhamdulillah aku sihat jah Wae, aku sihat gini jah la. Mung sokmo mintak aku doa, aku pulak malu ko mung, mung orang soleh dan baik. Tak pernah sekali pun mung oyak mung sakit..Mung oyak mung sihat, padahal mung tahu doktor kata mung tak ada harapan lama lagi dah mung dulu belajar medic di India, mung berhenti sebab kanser usus tu, mung mesti tahu apa kesudahannya bila dah merebak ke hati deh? Tapi mung tetap tenang Mir, walaupun mung tahu ajal mung nak sampai daAmir, tadi aku tanya Cik Zah, Cik Zah gi melawat mung, tapi masa tu mung dah tak sedar doh mir, mung tak berkata-kata dah, mung senyap. Badan mung habis kuning, mata pun tertutup rapat, mung tak menyahut doh ma abah mung panggil macam dulu. Allahurabbi...


Aku tanya Cik Zah, macam mana amir (mung) takdok? Cik Zah jawab,
"Amir masa nak meninggal, mulut sibuk dengan zikrullah, selalu menyebut Allah, Alhamdulillah, Laailaha illallah"
Subhanallah

😔
😔

Aku duduk sebelah mung Amir (baju putih), aku tak tahu pulak itu
terakhir kita sahabat =(

Mulianya cara mung balik jumpa Tuhan kita, Allah sayang sangat ko mung Mir, Allah sayang ko mung lebih-lebih. Allah jaga mung dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT yang sangat luas. 

Aku tahu mung sakit lama, aku tahu mung tak pernah mengadu dan mengeluh 
kepada sesiapa pun mung sakit, dengan berkat mung redha dan sabar, Allah ambik nyawa mung dengan penuh mulia.

Dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tadi, mulanya panas Mir. Sampai di Setiu hujan renyai-renyai doh. Sampai di kawasan rumah mung, suasana cukup tenang dan 
mendung. Tak panas, tak hujan, tapi mendung dan sejuk.

Allah nak bagi mung balik dengan cukup molek, jiran-jiran mung, anak -beranak mung semua ziarah tadi Mir, semua tenang dan paling penting, abah dan ma mung senyum dan suruh doakan mung mir... Allahuakbar, ya Rahman ya Rahim. Engkau selamatkan lah sahabatku Amir di sana ya Allah, dari azab kubur dan api neraka.

Tabahnya hati abah ma mung. Kuatnya hati, tengok anak sakit selama tiga tahun. 3 kali pembedahan buang usus dan buang hati, mesti cekal abah ma mung tengok anak sakit depan mata.

Amir..

Tadi aku jumpa mak mung , mak mung kata, masa mung ada dulu, mung lah mengajar Al-Quran kepada mak mung, mung lah selalu baca khutbah di masjid kalau raya. Mung lah anak soleh yang selalu dengar apa ma abah cakap. Ma mung oyak,

"Amir anak yang dengar sokmo ma abah oyak" 😔

Mung kena kanser tahap 4, tapi dalam masa tiga tahun mung bertarung, mung berulang-alik ke masjid setiap kali solat kecuali bila mung sakit sangat jah, mung baca al-Quran hari-hari di rumah, mung hidup penuh dengan ibadah dan iman di penghujung hayat mung Mir.

Allah.. Maha Suci Mu ya Allah, Engkau lah Maha Memiliki ke atas roh dan jasad kami. Daripada Mu aku datang, kepada-Mu lah kami kembali nanti.

Ya Malik, Pemilik.
Ya Muhyi, Menghidupkan
Ya Mumiiy, Mematikan

Aku minta maaf Mir, last time aku mesej mung 11 Oktober, mung reply terus sejam lepas tu. Tapi aku hok tak reply mesej mung, aku tak sempat nak reply Mir. Aku janji nak gi jalan rumah mung lagi, mung kata,

"Mari la insyaallah rmh ni open sokmo klu xdop appoinment spital 😁😁"

Aku minta maaf mir, aku tak sempat jumpa mung sebelum mung takdok. Aku melawat kubur mung tadi, masa tu tak ada orang dah, aku denganKimi jah, tenang setenangnya aku tengok kubur mung, moga mung pun gembira dalam kubur, salah satu daripada taman-taman syurga.

Di sebelah kubur mung, ada sebuah pokok yang besar, boleh meneduhi kubur mung waktu panas, boleh menjadi tanda kepada kubur mung. Tambah pula kubur mung di hujung tepi tanah kubur, mungkin nak bagi mung rehat cukup-cukup kat situ, nak bagi mung balik dengan tenang.

Bawah pokok ke, tepi tanah kubur ke, jauh dari jalan skit ke tak penting, sebab Allah Maha Mengetahui di mana kubur hamba-hamba-Nya yang soleh. Allah tahu mung dah balik Mir, Dia kan Tuhan kita, Dia lah yang panggil kita balik.
Aku minta maaf Mir, aku dapat berita mung tak sedar diri semalam, aku ingat aku gi harini rumah mung, aku sempat jumpa mung. 15 minit sebelum aku bertolak tadi, Cik Zah mesej kata mung gi doh menghadap Allah... Nasib baik aku tak pengsan drive tadi, nasib baik Kimi teman.

Mir... Aku mintak maaf, aku tak sempat nak cium pipi mung, aku tak sempat nak cium dahi mung, aku tak sempat nak peluk jenazah mung tadi, aku tak sempat nak pegang tangan mung, aku tak sempat nak ajar mung mengucap di akhir hayat, aku mintak maaf mir, aku ingat sempat tadi, tapi mung gi dulu...
Aku sampai tadi, mung dah takdop dalam rumah mung, aku naik rumah mung aku cari mung tadi Mir, aku langkah rumah mung dengan harapan mung sambut aku macam dulu turun tangga senyum...aku mintak maaf Mir. Aku mintak maaf tak reply mesej mung dulu. Mintak maaf, sebab aku janji dengan diri aku nak jaga mung, tapi mung gi dulu.

Insyaallah, aku dan sahabat-sahabat kita akan teruskan perjuangan hidup ni. Mung akan selalu dalam ingatan kami semua, kami sayang mung sebab Allah dan Rasul, aku sayang mung sebab mung sahabat aku. Family mung redha dengan pemergianmu, Allah redha dengan kematianmu sahabat, semestinya beristighfarlah makhluk-makhluk Allah di muka bumi untuk mu, perginya seorang remaja soleh menghadap Ilahi.

Allahurabbi Mir, aku minta maaf, aku tak tahan sebak ingat kepada mung. Aku tak sanggup nak menangis di depan ma abah mung. Kalau aku sempat jumpa dan peluk jenazah mung tadi, aku rasa aku takkan lepaskan pelukan tu depan mudah, aku akan menangis di bahu mung Mir, mungkin sebab tu Allah tak jumpakan kita di penghujung usia mu.

Selamat jalan fighter, selamat jalan sahabat. Selamat jalan teman, selamat jalan ahli syurga. Aku teringat lagu Hijjaz,

"Telah tiba, saat waktu kau tinggalkan kami..

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan, kau sahabatku, kau teman sejati"
Tenang lah di sana Amir. Kita jumpa di syurga nanti insyaallah. Tunggu kami semua di sisi Allah.

Amir Elyas (baju putih)
1991-2015

Tenangnya aku dan Kimi melihat pusara mu sahabat, semoga mung tenang di sana

Saturday 14 November 2015

Nurul Huda, a brave and young 19 years old girl from Tanah Merah

Harini tak jumpa puan empunya badan. But i admire her courage.
Di Kg.Padang Kijang, ada seorang adik nama Huda, umur 19 tahun, tinggal bersama dengan family dia. Dialah ayah, dialah ibu dan dialah kakak untuk keluarganya.


Nurul Huda, anak yang sangat bertanggungjawab. Anak sulong daripada 7 orang ini, terpaksa berhenti belajar di UiTM dulu sebab family tak ada duit lansung nak makan. Hasrat Huda nak sambung belajar cancel sebab family tak ada punca pendapatan.

Ibunya perlu menjaga lagi 6 orang adik beradik dia yang lain. Ayahnya pula menghilangkan diri tanpa khabar berita tambah lagi untuk kirimkan wang untuk keluarga makan.


Huda ini lah yang perlu bekerja di Pantai Timur Tanah Merah untuk sara keluarga sebagai anak sulong. Rm600 sebulan sebenarnya belum cukup untuk menampung semua keperluan.


Adik lelaki Huda kata kat saya,
"Kalau hujung bulan tak ada duit nak makan, kat nenek lah kami pinjam beras. Bila dah ada duit awal bulan, kami ganti balik"

Di rumah bekas tempat buat batu-bata itulah mereka mendirikan rumah kecil, satu bilik, satu dapur, satu ruang tamu untuk anak beranak. Tempat mandi ada di luar rumah, tandas pula perlu berjalan keliling rumah baru jumpa, itu pun dia kata selalu rosak sahaja pam tandas.

Emak, Huda dan adik perempuan tidur dalam bilik satu itu lah, yang askar lelaki pulak tidur di ruang tamu sejuk itu, kalau hujan hampir semua atap tiris air kecuali di ruang tamu.

Di ruang tamu, satu tempat lebih kurang 2 depan itu sahaja yang tak tiris, di situlah mereka duduk bilik hujan lebat, sebab yang lain tiris. Basah dan sejuk, dah la ada baby lagi keluarga miskin ni. Kesiannya..


Air dan elektrik, kongsi satu meter dengan rumah nenek dan rumah maksedare. Satu meter, tiga rumah. Rumah pulak ada satu kipas sahaja. Emak huda kata,

"Gilir-gilir lah guna kipas, kalau yang tu nak buat kerja sekolah yang tu ambik, pastu tukar-tukar"

Emak dia puji Huda. Huda tak kisah ke tak tukar handphone macam orang lain dengan duit gaji?

Dia kata tak kisah pun, asal kan adik2 boleh makan. Pernah jugak Huda pinjam duit dengan kawan, bila adik2 nak bayar yuran dan bila tak ada duit nak Makan. Sedih sungguh nasib anak sulung sorang ni.

frown emoticon
1. Huda
2. Faizal (tunggu panggilan Askar)- sambilan kerja buat masjid
3. Tingkatan 4 Faris, selalu dapat nombor satu dalam tingkatan, SMK ALOR PASIR
4. Tingkatan 2 Ilyas, selalu dapat nombor satu/dua dalam ting, SMK ALOR PASIR
5. Darjah 5
6. Tiga tahun
7. 10 bulan


Adik lelaki Huda nama Faizal sedang tunggu untuk masuk askar. Sekarang ni Faizal kerja buat rumah, dapat la duit sikit-sikit nak tampung. Mereka terima bantuan JKM RM100 sebulan, tapi percayalah tak cukup, adik2 sekolah dan keperluan makanan lagi semua, minyak motor dan api air lagi.


Kalau ada yang sudi menderma, boleh salurkan kepada account bank Huda di bawah. Moga-moga dapat mereka teruskan hidup lebih senang dan dapat bela nasib keluarga. Sedih tengok muka adik beradik tadi.

Mula-mula kami pergi sebab dengar kata Huda nak sambung belajar, tapi bila dah tahu cerita, kami bincang antara kami-kami, mungkin dia dah 'terlepas' zaman belajar dan boleh lupakan hasrat nak smbung ke universiti, tuh sapa nak bela adik-adik tu kalau bukan Huda?

Siti Nurul Huda bt Roslan
Bank Islam
03045022346655
Atau
Siti Nurul Huda bt Roslan
153056380077
Maybank

Monday 9 November 2015

Impian Atikah nak jadi pensyarah agama, tapi tak ada duit nak sambung belajar (real life story)

Ingin memohon bantuan kepada Adik Atikah bakal pelajar KUIS.

#Adikkeuniversiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam pukul 630 petang (8/11/15), saya dan rakan-rakan pergi melawat rumah adik Atikah (berbaju hitam ada link Pink di bawah baju sedang duduk) yang terletak di Kg.Alor Bemban, Alor Pasir, Tanah Merah, Kelantan selepas ada maklumat daripada kawan-kawan tentang kesusahan adik Atikah untuk menyambung pelajaran beliau ke universiti.


Adik Atikah, berumur 19 tahun, berasal dari Tanah Merah, baru sahaja menamatkan sekolah dengan kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2014 tahun lepas di Mahaad Ahmadi Tanah Merah, dekat sahaja dengan rumah beliau. Alhamdulillah, dengan keputusan ‘Jayyid’, beliau ditawarkan untuk sambung degree ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra, Bangi.

Adik Atikah ditawarkan kursus B103-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (kepujian) dan insyaallah akan mendaftar pada 17/11/15 minggu depan pada hari Selasa. Alhamdulillah, cemerlang adik ni belajar.


Sedikit tentang biodata family adik Atikah. Family adik Atikah tinggal di Alor Pasir, Tanah Merah, ayahnya bekerja sebagai penjaja ikan dengan motor biru (ada gambar motor dan nombor plat di bawah) setiap hari. Bakul tepi motor tu selalu patah, kena welding selalu, nak beli baru tak mampu kata si ayah. Saya dan kawan-kawan semalam banyak bertanya perihal hidup mereka sekeluarga. Ayahnya lepas hantar anak sekolah (7 masih bersekolah) pada waktu pagi, terus cepat-cepat bergegas ke Pasir Mas untuk pergi ambil ikan-ikan di pasar.


Kami ada tanya, pakcik ambil ikan tu banyak ke dan bayar macam mana? Beliau kata, alhamdulillah orang yang bagi ikan tu, tak ambil duit lagi mula-mula, sebab faham ayahnya susah, hanya pada keesokan harinya sahaja beliau akan pergi dan bayar yang beliau ambil semalam.

Biasanya, ayahnya akan menjaja di sekitar Pasir Mas, Lemal, Lati dan Chicha Tinggi. Orang yang pernah datang ke area sini, mesti tahu yang kawasan-kawasan yang saya mentioned tu berdekatan, dalam daerah yang sama dan satu laluan. Alhamdulillah, ayah dia kata boleh la untung lebih kurang RM20-RM25 sehari tu dik. Kalau ikan tak habis jual, mereka makan sendiri. Dan saya tanya, maaf lah pakcik kami tanya ni, ada simpanan masa emergency ke macam mana ke? Dia kata, biasanya duit akan habis terus, satunya untuk wang saku anak-anak ke sekolah seramai enam orang, dan keduanya untuk peralatan dapur. Kalau motor rosak, emm begitulah...


Atikah ada 10 orang adik-beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan, dan beliau yang kedua, semestinya menjadi sandaran dan harapan keluarga untuk berjaya dan bantu balik adik-adik yang lain. Ibunya tidak bekerja sebab perlu menjaga adik-adiknya yang lain di rumah, makan minum dan pakai mereka seperti biasa.


Ibunya ada masalah kesihatan asma yang teruk, perlu guna sehingga 2-3 botol inhalers sebulan, tidak terkawal. Semestinya nak beli inhalers itu pun perlukan duit kan. Rm11 sebotol lebih kurang katanya kat farmasi. Kalau ibu nya pergi menoreh, boleh la dalam RM20-RM40 seminggu, tolong sikit-sikit suaminya.

Semasa Atikah di Maahad belajar dulu, dia berulang alik dari rumah. Cuma bila nak exam nak study lebih dengan kawan-kawan, perlu masuk rumah sewa. Yuran Rm20 seorang sebulan, pagi tu biasanya makan biskut macam tu sahaja, balik sekolah beli lauk skit-sikit dengan kawan, masak nasi dan makan sama-sama. Malamnya mereka tak makan. Boleh pulak tak makan malam ni? Dah biasa katanya. Kalau kita skip sekali makan, rasanya dah rasa gastrik dan sakit perut dah gamaknya kan.

Abang Atikah yang sulong, dulu berhenti sekolah menengah pada tingkatan dua, sebab masalah kewangan keluarga yang meruncing. Masa tu ayah mereka bekerja menoreh getah di kebun orang, menoreh getah ni biasalah, kalau musim hujan atau tengkujuh, memang tidak boleh menoreh, dan menoreh pun hasilnya yang utama untuk pemilik kebun, lebihan barulah diberi kepada ayah Atikah ni. Alhamdulillah, bila ayahnya tukar kerja menjaja ikan di sekitar Pasir Mas ni, pelajaran adik Atikah dan adik-adiknya yang lain mampu ditampung. Tak tercicir sampai kena berhenti sekolah, tapi mereka hidup masih susah.


Dulu mereka tinggal dalam rumah kotak tanpa bilik selama berbelas-belas tahun, saya tanya la, habis tu tidur macam mana pakcik ni dengan anak-beranak? Dia kata tidur di ruang tamu dari dinding sini sampai dinding sana. Ada dapur dan bilik air sahaja. Sekarang alhamdulillah ada insan yang bermurah hati minta sumbangan daripada Bahagian Zakat Bank Rakyat, mereka diberi rumah yang mereka duduk sekarang, tak besar tapi at least ada tiga bilik, ruang tamu, dapur dan bilik air.


Di samping kesusahan hidup tu juga, ahli keluarga mereka ada yang ada masalah kesihatan. Ayahnya sendiri menghidap chronic diabetes, adik nya seorang tu ada masalah jantung (congenital heart problem), seorang lagi ada masalah kulit yang teruk dan Atikah sendiri pun ada sakit (kami akan cuba untuk bawa Atikah jumpa dr pakar secepat mungkin).
Dah jatuh, ditimpa tangga pula family ni.

Ni nama adik-beradik Atikah dan tempat belajar untuk rujukan pembaca:

Atikah – bakal ke KUIS
M.Shaharil – SMK Alor Pasir
Nurul Zayanah – SMK Alor Pasir
Nurul Huda – SK Alor Pasir
M.Arif Hakimi – SK Alor Pasir
Nur Zaheira – SK Alor Pasir (masalah jantung)
Nurul Adilah – tadika Alor Pasir
Mohd Shah Reza – sakit kulit kronik

Saya ingin membantu adik Atikah (especially sebab dia nak masuk ke universiti dalam minggu depan) sebab saya tak pernah rasa apa yang dia rasa. Ramai daripada kita tak pernah rasa, apa salahnya kita tolong sama-sama mereka untuk ringankan beban dan bagi galakan untuk belajar, bila dah berjaya, boleh dia bantu adik-adik yang masih ramai kat bawah.


Sebelum balik tu saya tanya Atikah, cita-cita nak jadi apa ni?
Dia kata sebenarnya dulu impian nak belajar di Universiti al-Azhar di Mesir, dalam bidang Syariah, tapi masalah duit dan belajar semua, dia tak mampu nak ke sana macam orang lain dan kawan-kawan. Sayu sahaja suara kali ni. Cita-cita nak jadi pensyarah agama Islam, terutama dalam Syariah atau Usuluddin.

Bagus sungguh impian. Semalam saya dan kawan-kawan, ada cerita kepada beliau tentang negara Mesir, belajar Syariah dan Usuluddin macam mana kat sana (based on pengalaman kawan yang dah grade), bersinar mata tak berkelip adik Atikah dengar sungguh-sungguh. Tak pe lah dik, kat mana-mana belajar pun its okay, insyaallah semua ada rezeki kalau kita ikhlas nak bantu family dan orang lain.
Kepada pembaca yang budiman yang ingin menyumbang, di bawah saya sertakan nombor akaun adik Atikah

BANK ISLAM MALAYSIA BERHADSITI NOT ATIKAH BT ZAIDI03054020367518



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 013-2571382
Kepada rakan-rakan yang lain, jom kita share kisah Adik Atikah kepada ahli keluarga kita serta kawan-kawan untuk sama-sama bantu mengikut kemampuan masing-masing. Makin ramai yang sudi membantu, Insyallah makin kurang bebanan Atikah di sana untuk belajar untuk ubah nasib keluarga.
By:

Syazwan Fadeli (Pokwe)

Friday 30 October 2015

IBU MARAH SEBAB NAK ADIK MASUK SYURGA

Salam n hi everyone.

Dah baca al-Quran harini? Dah berselawat kepada Nabi? Kalau belum lagi, selawat dan bacalah al-Quran cepat-cepat, nanti dah masuk hari esok, rugi catatan kita pada harini, kosong dalam score untuk al-Quran dan selawat.
Allahumma solli ala sayyidina muhammad 3x =)

Saya nak kongsi pendapat sedikit, saya suka nak ajak pembaca untuk berfikir dan sama-sama buat keputusan. Banyak yang saya ingin kongsi, sebenarnya daripada pengalaman saya yang sedikit dan biasa ini sahaja. Tapi insyaallah kalau kita melihat daripada kaca mata agama, kita akan lihat hikamhnya, Boleh?
Jom!

Semalam saya ke sebuah supermarket besar di bandar Kota Bharu, nak beli accessories hand phone sahaja, itu pun beli yang paling murah dan simple. Tak nak membazir sangat, takdan nak ikut perkembangan teknologi selalu. Kena simpan duit nak kahwin, beli rumah, semua kena plan dah ni huhu.

Dalam berjalan-jalan tu, saya terserempak lah dengan seorang makcik dengan anaknya. Saya lihat makciknya berpakaian elok dah, bertudung dan berseluar ok (elok besarkan sikit seluar tu makcik deh supaya tidak ketat sangat menampakkan susuk tubuh), tapi tengok kepada anak nya di tepi beliau, baju jenis ada koyak-koyak di bahu, nampak kulit bahu, tidak bertudung. Umur dengan tubuh sebesar itu, saya jangka dah masuk sekolah menengah lah.

Sedih sebenarnya melihat situasi ini. Kita lupakan kisah makcik dan anak tadi. Kita bincang secara general. Kenapa ya kita taknak suruh anak kita tutup aurat dengan sempurna dari awal-awal lagi?
Pepatah kata, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dah cantik dah orang tua-tua kita buat peribahasa tu, kita kena didik anak-anak ni masa rebung lah. Masa mereka masih cantik untuk kita lurut, kita penyet dan kita basuh. Bukan masa dah jadi buluh yang gah besar, yang tu memang tak jadi.

Kenapa agak-agaknya boleh berlaku situasi ni? Kita nak salahkan siapa?
1) Anak-anak yang budak lagi tu ke
2) Ibu bapa yang tidak prihatin dalam mendidik

Kalau tanya saya secara ikhlas, dengan usia adik tadi baru nak menjejak remaja, saya lebih cenderung untuk salahkan didikan ibu bapa yang tidak tegaslah yang menyebabkan anak-anak tak nak ikut perintah Allah SWT. Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu ini menulis. Saya belum ada anak lagi, tapi insyaallah ini sebagai preparation untuk jadi abah sado dan mampu didik anak2 =)

Besarnya tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan anak dia syurga mahupun neraka.

Orang complaint, eh Tuhan sahaja yang boleh decides perkara ghaib dan akan terjadi. Ini memang betol pun.


Tapi Allah ada sebut, jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa pedih api neraka. (surah al-Tahrim: 6)



Anak perempuan kita kalau kecil umur 3-9 tahun tak pakai tudung, takpe lagi, ini jumpa yang dah konfem umur 12 tahun ke atas, pakai baju koyak-koyak di bahu tidak bertudung sedangkan emak di sebelah berjalan pakai tudung pula.
Tugas emak ayah ni, bukan nak suruh lahirkan anak sahaja. Jaga anak tu, tutup badan anak tu, bagi didikan agama. Anak-anak mereka rezeki kita, tapi Allah tak bagi percuma, Allah suruh kita bagi mereka makan, bagi mereka pakai dan tempat tinggal, dan paling penting bagi ilmu. Ilmu pulak ada dunia, ilmu agama dan ada ilmu dunia untuk hidup.

Jangan bagi ilmu dunia macam mana nak survive cari makan berniaga semua sahaja, ilmu nak survive dengan Tuhan nanti macam mana?

Kalau anak-anak bagi alasan panas lah, tak selesa lah, atau tak nak pakai tudung, ambil selipar lempang terus anak tu. Ramai ibu bapa tak perlu rotan pun, dengan syarat mula didik anak-anak dari awal. Semua pilihan ada di tangan ibu bapa.
Kecil-kecil lagi kita nak suruh pakai seluar ketat, baju koyak, rambut perang pakai rantai semua, itu hak kita untuk tentukan. Anak-anak masa kecil konfem akan ikut mak ayah, mereka bodoh lagi masa kecil, mana ada mereka minta nak pakai tu pakai ni masa kecil, mereka pakai apa yang ibu bapa mereka pakaikan.

Aku nak jaga kau dari neraka, bukan nak jaga kehormatan kau kat dunia sahaja.

Ibu bapa yang pengecut sahaja tak mampu nak lawan kehendak anak. Kita dah jadi ibu dan bapa, kena bertegaslah dengan anak-anak. Anak-anak ni mentah, kurang ilmu, fikiran singkat, sebab tu mereka bawah jagaan kita. Jangan bagi apa yang mereka nak kalau Tuhan kata sebaliknya.
Sayang anak ni, bukan nak sayang di dunia jah, nuhh kita fikir nak bawak anak-anak kita masuk syurga sama-sama. Lembu pun sayang anak-anak, tapi kita sayang anak-anak ni lain, kita nak bawak mereka masuk syurga, kita ada akal dan boleh membaca kan. Darjat kita lebih mulia dan tinggi.

Sebab itu, ulamak kata ada anak-anak ni menentukan kita (ibu bapa) dua benda:
1) Sebab anak-anak kita masuk syurga
2) Sebab anak-anak mereka heret kita masuk neraka

Kalau semuaa kita dah buat. Dari kecil kita didik mereka dengan agama dan pergi kelas al-Quran, ajak solat sama-sama, tapi mereka tetap juga degil dan bila mereka masuk universiti, mereka berubah jadi orang yang tak baik, itu namanya dugaan penghapus dugaan kepada ibu bapa.
Itu its okay, tak semua kita sebagai manusia mampu jaga dan kawal kan. Sebab tu kita lemah, Allah tahu batas kita.
Ibu bapa dah terlepas dah Allah nak tanya nanti, we had give everything and tell them about akhirat, biar anak yang pilih laluan hidup tu sendiri yang jawab nanti.

Ilmu dan discussion yang ringkas ini, saya harap dapat membuka sedikit sebanyak kesedaran kita dalam diri untuk lebih menjaga agama kita dengan baik. Agama tak perlukan kita, tapi kita perlukan agama.
Kuasa Allah tak bertambah atau berkurang pun kalau kita tak taat Dia, tapi kita yang akan rugi kalau tak taat. Nuh, Allah janji api neraka bagi mereka yang tak taat. Nak ke kita masuk? Nauzubillah kan.
Kepada ibu bapa kat luar sana, saya tahu bukan senang nak mendidik anak-anak, tambah-tambah dengan pesatnya teknologi dan masa zaman kita ini berlalu, sebab tu kita kena didik awal-awal dan banyakkan berdoa, supaya anak kita tak terlepas daripada menjadi orang yang rugi.
Insyaallah, ibu bapa, setiap kali kita usaha untuk didik anak-anak, dan berdoa untuk anak-anak, setiap kali itu lah Allah redha kepada kita dan bagi kita pahala yang sangat besar. Amin3x.

Salam dan selamat berubah!

By:

Syazwan Fadeli (pokwe)