Monday 16 November 2015

AMIR, TENANGLAH DIRIMU DI SANA BERSAMA TUHAN

Berehatlah di sana dengan tenang sahabatku Amir Elyas 😔
Sudah 3 tahun mung bertarung, badan sakit, lemah, tapi senyuman di bibir tak pernah tak ada. Selalu aku tanya, sakit ke kanser ni mir? Mung kata tak sakit pun, padahal semua orang tahu mung sakit. Mung pandai tipu mung tak sakit.
Hari ini, Allah yang Maha Penyayang telah panggil mung, Allah sayang ko mung mir, Allah bagi mung berehat sepenuhnya di sana. Allah tahu lama sangat doh mung sabar, Allah tahu mung tak mengeluh pun sakit, mung tak pernah salahkan takdir, harini Allah jemput mung dengan sungguh mulia mir.

Betapa aku rindukan susuk tubuhmu Mir. Kita kenal tak lama, tapi keindahan akhlakmu sungguh baik, semua orang senang dengan perangai lembut mung. Sesiapa sahaja yang jumpa mung, mesti mereka puji mung. Mung lah tok imam solat, mung lah ajak kawan2 buat baik, mung lah pandai main bola sepak n takraw. Sampai sekarang aku ingat Gimi kata kat aku,

"Semua sukan Amir pandai, pandai power gila, especially killer takraw n main futsal"

Tapi semua tu kenangan jah loni, takpo, aku simpan memori tu mir. Aku jumpa mg first time, aku duduk di kerusi sebelah mung, mung pakai baju putih masa tu dengan kopiah hitam. Situ lah kita mula kenal, lepas tu gelak ketawa dan sedih sama-sama. Mungkin sebab tu Allah takdirkan mung duduk sebelah aku masa di rumah Cik Zah..
Sebab Allah nak suruh aku kenal mung cepat2,, sekejap sangat Allah pinjam mung ko aku.

Kita makan sama-sama masa tu, aku duduk sebelah mung di sofa, aku tanya pasal sakit mung, mung cerita macam mung kena demam jah, sungguh hebat akhlak mung. Mung tenang sangat. Di situlah aku tekad, aku nak mesej tanya khabar sokmo ko mung.


Setiap kali aku mesej ko mung tanya khabar, mesti mung jawab alhamdulillah aku sihat jah Wae, aku sihat gini jah la. Mung sokmo mintak aku doa, aku pulak malu ko mung, mung orang soleh dan baik. Tak pernah sekali pun mung oyak mung sakit..Mung oyak mung sihat, padahal mung tahu doktor kata mung tak ada harapan lama lagi dah mung dulu belajar medic di India, mung berhenti sebab kanser usus tu, mung mesti tahu apa kesudahannya bila dah merebak ke hati deh? Tapi mung tetap tenang Mir, walaupun mung tahu ajal mung nak sampai daAmir, tadi aku tanya Cik Zah, Cik Zah gi melawat mung, tapi masa tu mung dah tak sedar doh mir, mung tak berkata-kata dah, mung senyap. Badan mung habis kuning, mata pun tertutup rapat, mung tak menyahut doh ma abah mung panggil macam dulu. Allahurabbi...


Aku tanya Cik Zah, macam mana amir (mung) takdok? Cik Zah jawab,
"Amir masa nak meninggal, mulut sibuk dengan zikrullah, selalu menyebut Allah, Alhamdulillah, Laailaha illallah"
Subhanallah

😔
😔

Aku duduk sebelah mung Amir (baju putih), aku tak tahu pulak itu
terakhir kita sahabat =(

Mulianya cara mung balik jumpa Tuhan kita, Allah sayang sangat ko mung Mir, Allah sayang ko mung lebih-lebih. Allah jaga mung dengan kasih sayang dan rahmat Allah SWT yang sangat luas. 

Aku tahu mung sakit lama, aku tahu mung tak pernah mengadu dan mengeluh 
kepada sesiapa pun mung sakit, dengan berkat mung redha dan sabar, Allah ambik nyawa mung dengan penuh mulia.

Dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu tadi, mulanya panas Mir. Sampai di Setiu hujan renyai-renyai doh. Sampai di kawasan rumah mung, suasana cukup tenang dan 
mendung. Tak panas, tak hujan, tapi mendung dan sejuk.

Allah nak bagi mung balik dengan cukup molek, jiran-jiran mung, anak -beranak mung semua ziarah tadi Mir, semua tenang dan paling penting, abah dan ma mung senyum dan suruh doakan mung mir... Allahuakbar, ya Rahman ya Rahim. Engkau selamatkan lah sahabatku Amir di sana ya Allah, dari azab kubur dan api neraka.

Tabahnya hati abah ma mung. Kuatnya hati, tengok anak sakit selama tiga tahun. 3 kali pembedahan buang usus dan buang hati, mesti cekal abah ma mung tengok anak sakit depan mata.

Amir..

Tadi aku jumpa mak mung , mak mung kata, masa mung ada dulu, mung lah mengajar Al-Quran kepada mak mung, mung lah selalu baca khutbah di masjid kalau raya. Mung lah anak soleh yang selalu dengar apa ma abah cakap. Ma mung oyak,

"Amir anak yang dengar sokmo ma abah oyak" 😔

Mung kena kanser tahap 4, tapi dalam masa tiga tahun mung bertarung, mung berulang-alik ke masjid setiap kali solat kecuali bila mung sakit sangat jah, mung baca al-Quran hari-hari di rumah, mung hidup penuh dengan ibadah dan iman di penghujung hayat mung Mir.

Allah.. Maha Suci Mu ya Allah, Engkau lah Maha Memiliki ke atas roh dan jasad kami. Daripada Mu aku datang, kepada-Mu lah kami kembali nanti.

Ya Malik, Pemilik.
Ya Muhyi, Menghidupkan
Ya Mumiiy, Mematikan

Aku minta maaf Mir, last time aku mesej mung 11 Oktober, mung reply terus sejam lepas tu. Tapi aku hok tak reply mesej mung, aku tak sempat nak reply Mir. Aku janji nak gi jalan rumah mung lagi, mung kata,

"Mari la insyaallah rmh ni open sokmo klu xdop appoinment spital 😁😁"

Aku minta maaf mir, aku tak sempat jumpa mung sebelum mung takdok. Aku melawat kubur mung tadi, masa tu tak ada orang dah, aku denganKimi jah, tenang setenangnya aku tengok kubur mung, moga mung pun gembira dalam kubur, salah satu daripada taman-taman syurga.

Di sebelah kubur mung, ada sebuah pokok yang besar, boleh meneduhi kubur mung waktu panas, boleh menjadi tanda kepada kubur mung. Tambah pula kubur mung di hujung tepi tanah kubur, mungkin nak bagi mung rehat cukup-cukup kat situ, nak bagi mung balik dengan tenang.

Bawah pokok ke, tepi tanah kubur ke, jauh dari jalan skit ke tak penting, sebab Allah Maha Mengetahui di mana kubur hamba-hamba-Nya yang soleh. Allah tahu mung dah balik Mir, Dia kan Tuhan kita, Dia lah yang panggil kita balik.
Aku minta maaf Mir, aku dapat berita mung tak sedar diri semalam, aku ingat aku gi harini rumah mung, aku sempat jumpa mung. 15 minit sebelum aku bertolak tadi, Cik Zah mesej kata mung gi doh menghadap Allah... Nasib baik aku tak pengsan drive tadi, nasib baik Kimi teman.

Mir... Aku mintak maaf, aku tak sempat nak cium pipi mung, aku tak sempat nak cium dahi mung, aku tak sempat nak peluk jenazah mung tadi, aku tak sempat nak pegang tangan mung, aku tak sempat nak ajar mung mengucap di akhir hayat, aku mintak maaf mir, aku ingat sempat tadi, tapi mung gi dulu...
Aku sampai tadi, mung dah takdop dalam rumah mung, aku naik rumah mung aku cari mung tadi Mir, aku langkah rumah mung dengan harapan mung sambut aku macam dulu turun tangga senyum...aku mintak maaf Mir. Aku mintak maaf tak reply mesej mung dulu. Mintak maaf, sebab aku janji dengan diri aku nak jaga mung, tapi mung gi dulu.

Insyaallah, aku dan sahabat-sahabat kita akan teruskan perjuangan hidup ni. Mung akan selalu dalam ingatan kami semua, kami sayang mung sebab Allah dan Rasul, aku sayang mung sebab mung sahabat aku. Family mung redha dengan pemergianmu, Allah redha dengan kematianmu sahabat, semestinya beristighfarlah makhluk-makhluk Allah di muka bumi untuk mu, perginya seorang remaja soleh menghadap Ilahi.

Allahurabbi Mir, aku minta maaf, aku tak tahan sebak ingat kepada mung. Aku tak sanggup nak menangis di depan ma abah mung. Kalau aku sempat jumpa dan peluk jenazah mung tadi, aku rasa aku takkan lepaskan pelukan tu depan mudah, aku akan menangis di bahu mung Mir, mungkin sebab tu Allah tak jumpakan kita di penghujung usia mu.

Selamat jalan fighter, selamat jalan sahabat. Selamat jalan teman, selamat jalan ahli syurga. Aku teringat lagu Hijjaz,

"Telah tiba, saat waktu kau tinggalkan kami..

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan, kau sahabatku, kau teman sejati"
Tenang lah di sana Amir. Kita jumpa di syurga nanti insyaallah. Tunggu kami semua di sisi Allah.

Amir Elyas (baju putih)
1991-2015

Tenangnya aku dan Kimi melihat pusara mu sahabat, semoga mung tenang di sana

2 comments:

AlFaqiiroh Ilallah said...

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Menghadaplah Pencipta dgn tenang..
Saudara Amir, seorang ex-senior BRaInS yg disayangi semua junior , guru2 n semua warga sekolah.. tenanglah di sana...

Unknown said...

semestinya sesiapa yg pernah mengenali peribadi arwah, mesti akan lebih merasai kehilangan kali ini =(

innalillahiwainnailaihirajiun

semoga mung tenang dengan Pencipta di sana amir
al-fatihah