Saturday 23 April 2016

ANGAH AUTISME, ADIK DOWN SYNDROME


Pengalaman saya masuk ke kampung pada hari ini, 23 April 2016, adalah satu pengalaman yg cukup-cukup berharga. Dan saya niat nak kongsikan pengalaman yg saya dapat, dengan pembaca semua.

Setiap bulan, NGO yang saya sertai akan mengadakan satu trip ke mana-mana kg sahaja di Kelantan, untuk masuk dan memberi sumbangan apa sahaja kepada golongan asnaf yg terpilih. Nama program yg dianjurkan adalah Jalan-Jalan Masuk Kampung (JJMK). Alhamdulillah, sejak masuk dari bulan Ogos tahun sebelumnya, banyak daerah sudah kami dizinkan Allah untuk menyantuni asnaf-asnaf.

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah!

Tapi untuk (JJMK) bulan April 2016 ni, saya nak berkongsi satu cerita dengan pembaca tentang asnaf yg saya jumpa. Allahurabbi, sungguh menginsafkan hati yg berada di situ, gugurnya air mata mereka yang melihat,

Di sebuah kg di daerah Ketereh, di Kota Bharu, ada sebuah kampung yg bernama Kg.Patek. Hari ini, di Kg,Patek ini lah destinasi rumah asnaf kami yang terakhir.

Dalam banyak asnaf yg kami santuni dengan barang makanan, minuman, beras, biskut, baju dan duit sumbangan orang ramai, rumah asnaf di Kg.Patek ini lah yg terakhir. Kami ke rumah terakhir ini selepas makan dan solat Zohor, kalau ikutkan hati saya pada mulanya dah nak balik dulu dah ke HUSM, alah ada dua buah rumah sahaja lagi tinggal.

Tapi macam mana nak cakap tak tahu, hati berat sahaja nak tinggalkan. Seakan-akan Allah memberi hidayah meminta saya untuk tunggu la dulu, habiskan dua buah rumah asnaf lagi. Mana tahu ada ibrah yg lebih besar dan mendalam untuk saya jadikan bekalan dalam kehidupan in future right?

Di sebuah rumah kayu, yg mempunyai kaki rumah, tinggal seorang ibu tunggal dengan 3 orang anaknya yg comel dan baik-baik sahaja.  Sebaik sahaja kami sampai, saya terus ke tangga rumah untuk berjumpa dengan si makcik ni.

Saya ternampak anak lelakinya yg berbaju biru laut muda, baju baby yg berlubang-lubang tu untuk elak panas. Maklumlah cuaca terlalu panas. Datang seorang ahli NGO di sisi saya,

"Anak bongsu makcik ni Down Syndrome doctor"

Saya tersentak. Saya tak nampak dengan jelas adik ni. Saya perhatikan betol-betol, oh iye lah! Ada ciri-ciri Down Syndrome.

Kemudian datang seorang puan daripada group NGO kami, duduk di atas tangga rumah yg maybe 6x8 kaki itu, dan ambil adik ni duduk di atas ribanya. Saya senyum dan perhatikan ciri-ciri apa adik ni ada untuk dikatakan dia adalah Down Syndrome.


Adik ni ada flattened nasal bridge, upslanting palpebral fissure, epicanthal folds dan single transverse palmar crease. 

Ya, adik 3 tahun ni adalah pesakit Down Syndrome. (saya terangkan DS itu apa padal article yg akan datang)

Bersama adik yg  bongsu. Adik ni adalah
anak istimewa, Down Syndrome. 
Kemudian asyik saya membelek-belek telapak tangan adik yg comel ini, si makcik tadi (ibu), masuk ke dalam rumah dan mengejut seorang lagi anaknya yg sedang tidur. Dari jauh saya nampak, yg itu mesti perempuan. Sebab rambutnya panjang, lurus sampai ke bahu. Si ibu tadi, mendukung di sisi pinggang dan berjalan cepat-cepat ke arah kami yg semakin ramai di luar.

Tiba-tiba saya tersentak apabila ahli NGO sekali lagi memberitahu saya,

"Itu adik yg si ibu dukung tu, ada Autisme"

Apa? Ada Autisme? Anak yg bongsu ni dah Down Syndrome, ada lagi anak yg istimewa? Allahuakbar. Ibu ini...!

Saya terus memalingkan muka ke arah si ibu dan anaknya di sisi. Menunggu dengan penuh sabar, untuk berjumpa dengan anak istimewa makcik ni yang ke-2.


Saya tahu.
Mesti adik yg ke-2 ni takkan layan orang yg datang. Autisme sangat special bagi saya. Anak-anak yg ada autisme, mereka mempunyai dunia sendiri untuk berkhayal dan bermain. Mereka tak suka 'jaga tepi kain orang' ayat yg mudahnya.

Asyik memandang sahaja Ain (angah) dan adik nya tu.
Apa yg dipandang entah le, ramai sangat yg datang!


Mereka ada dunia mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka OKAY kalau dibiarkan bermain sepanjang hari berseorangan tanpa teman. Sebab, diri mereka adalah teman mereka. Mereka boleh berinteraksi dengan diri mereka sendiri!

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Walaupun mereka dikategorikan anak istimewa, tapi keunikan masalah mereka adalah ilmu untuk manusia kaji dan cuba baiki. Maybe in future ada penawar kan? Apa yg saya percaya, setiap kecacatan atau penyakit yg ada pada kanak-kanak am nya kepada manusia, mesti ada hikmah yg Allah mahu kita belajar dan mendalami.

Allah kan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada satu pun perkara atau kejadian yg sia-sia. Hatta, kuman di dalam perut manusia sendiri pun, membantu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan baik. Itu kuman, yg kita anggap bahaya. Lagilah anggota badan dan lainya.

Bila adik perempuan (kakak kepada yg Down Syndrome)ni sampai di depan kami, seperti yg saya jangkakan. Beliau berpaut kepada ibunya, mata nya yg cantik itu memandang sekeliling, tapi tidak memandang anak mata yg memerhati beliau. Nama adik ni Ain =) Cantik kan? Maksud Ain itu sendiri adalah mata. Dan mata adik Ain, ada masalah bagi mereka yg tahu menilai dari sudut medikal.

Itu lah salah satu ciri Autisme. Mereka takkan pandang anak mata kita. Mereka kurang fokus untuk lihat pada satu tempat sahaja, biasanya mereka akan memandang ke sisi sambil kepada senget sedikit. Unik kan? Subhanallah, Mah Suci-Mu.

Cuba lihat cara adik Ain memandang sekeliling. Ain lebih suka
menggunakan mata di bahagian sisi. Dan biasanya, anak Autisme
tidak akan memandang anak mata yg memerhati.

Bila Ain datang kepada kami, dia duduk sahaja diam-diam dan tidak bercakap walaupun sepatah. Ya, itu memang yg saya jangkakan. Beliau memerhati keadaan sekeliling yg ramai memerhati beliau. Adiknya yg Down Syndrome pula, asyik rancak bermain mainan yg dibawa oleh ahli-ahli NGO hehe.

Comel sangat adiknya.
Saya ambil satu mainan, dan berikan kepada Ain.

Saya kata,
"Nah Ain mainan, main lah", Ain termenung sekejap dan hulurkan tangan untuk mengambil mainan, tapi tidak berkata apa-apa. Saya tersenyum melihat telatah dia, anak istimewa, yg penting anak syurga Ain!

Ain dah 6 tahun, dia ke sekolah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sekitar kg nya, berdekatan dengan klinik. Saya tahu pasal PDK kerana abah saya sendiri terlibat dengan anak-anak catat di PDK di Klinik Rantau Panjang. Seronok lihat anak-anak anugerah Allah ni! Pagi-pagi, si ibu ini akan menaiki motor menghantar anak yg sulong darjah 2 ke sekolah di sekitar rumah. Adiknya dua orang, yg autisme duduk diantara ibu dan yang sulong di belakang, yg anak bongsu Down Syndrome itu di depan.

Anak pertama, darjah 2 alhamdulillah normal
Anak kedua, 6 tahun Autisme, Ain
Anak ketiga, 3 tahun Down Syndrome

Ibu Ain mengadu, Ain kena sawan baru-baru  ni di PDK. Alhamdulillah, sudah ada appointment di hospital untuk itu. Lepas satu, satu lagi kan Allah uji? Anak-anak ibu tunggal ini, mendapat rawatan di HRPZ, di Kota Bharu. Tapi saya ada dengar si ibu kata, kadang-kadang tak pergi sebab tiada wang.

Oh ye lupa!

Ibu tunggal ini, tinggal empat beranak di rumah kayu usang itu. Ayah kepada anak-anak istimewa ini meninggal beberapa tahun lepas. Si ibu ini berniaga kuih frozen, kebetulan beliau ada peti beku untuk simpan kuih tersebut. Maybe sumbangan orang ramai, atau mereka beli semasa arwah suami ada.
Pendapatan ibu tunggal ini tak sampai RM300 pun sebulan, susah untuk beliau berniaga kerana anak-anak istimewa yg Allah anugerahkan special untuk beliau jaga.

Menyantuni anak asnaf, anak yatim dan anak istimewa
pada satu masa, sungguh menenangkan!
Allah, sayangilah mereka!


Kami tanya ada bil api tertunggak ke makcik? Beliau angguk sambil kata ada, melirik senyuman di bibir. Ada dalam RM144 hutangnya.

Ibu tunggal ini juga dapat bantuan RM100 sebulan untuk kedua-dua anak istimewa tersebut. Semestinya tidak mencukupi kan? Alhamdulillah, jiran-jiran beliau di Kg.Patek banyak membantu kata beliau. Bawa barangan makanan, beras.

Pn.Zarina, ahli NGO kami bertanya,
"Pernah ke putus beras sampai anak-anak tak makan?"

Si ibu tunggal ini jawab,
"Alhamdulillah belum pernah lagi, jiran ada yg datang membantu, mereka tahu saya susah dan anak istimewa"

Allahurabbi, bagusnya masyarakat di kg itu. Membantu ibu tunggal dengan anak-anak istimewa.
Banyaknya pahala! Jeles rasa.

Semasa kami berborak dengan si ibu, yang lain duk cubit pipi anak-anak istimewa tu hehe, ada seorang ahli NGO nasihatkan. Kak jangan risau kak, Allah bagi special kepada kak ada anak-anak istimewa. Seorang autisme, seorang lagi Down Syndrome. Allah, mereka ni kak anak-anak syurga.

Si ibu tunggal ini berair air mata dan menunduk. Sambil mengelap kelopak mata dengan tudung di kepala. Saya paling tidak boleh melihat ibu menangis, penderitaan yg dah lama ditanggung, akhirnya tertumpah juga di depan kami. Pahit getir menelan kenyataan dilanda kemiskinan tambah pula dipertanggungjawab melahirkan dan menjaga anak-anak istimewa. hanya insan yg hebat sahaja mampu atasi.

Penuh ibrah yang saya dapat pada hari ini. Bermula dengan asnaf yg kena stroke, ada yg kematian ibu, ada yg kematian ibu bapa, sehinggalah kepada anak-anak istimewa ini, saya rasa Allah nak memberi hidayah kepada saya supaya

  1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kesenangan
  2. Bantu insan lain yg memerlukan
  3. Ajak dan kongsi dengan kawan-kawan lain
Insyaallah dalam post saya yg akan datang dalam Page 'MEDICAL', saya akan huraikan apa itu Down Syndrome dan apa itu Autisme secara lebih mendalam insyaallah.

Sampai di sini sahaja dulu. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi kesihatan kepada keluarga kita dan menjauhkan diri kita daripada papa kedana. Amin

Salam.

By:
Syazwan Fadeli




Friday 22 April 2016

"DOKTOR KALAU DAPAT GAJI PUN, TAK PADAN"

"Dr kalau dapat gaji pun, tak padan"

En. Zul, pesakit yg menghidap pelbagai penyakit. Pesakit kronik, yg tabah menghadapi segala penyakit sejak 12 tahun lepas.

Saya dan kawan, Nuraizat ke rumah En.Zul pada 22 April 2016 tadi di Salor, Pasir Mas. En.Zul ni adalah pesakit CFCS kawan saya sejak beberapa bulan yg lalu.
CFCS ni adalah satu program under USM untuk pelajar perubatan, untuk follow up pesakit sehingga perlu adakan 'home visit'. Tujuannya, nak menanam perasaan cinta dan kesungguhan dalam diri pelajar perubatan, untuk merawat pesakit dari awal sampai akhir.

Antara kriteria yg perlu dalam memilih pesakit, pensyarah kami tetapkan yg pesakit tersebut mestilah pesakit kronik dan juga kalau boleh daripada golongan miskin.

Beza antara pesakit acute dan kronik adalah, acute maksudnya pesakit yg baru sahaja mengalami sakit. Manakala pesakit kronik adalah pesakit yg menghidapi penyakit tersebut sudah lama atau kesannya sudah berpanjangan. Tidak semestinya penyakit kronik itu lebih teruk, acute juga bukan calang-calang. Tengok sahaja serangan jantung, berlaku secara acute sebab cepat kan, dan kesannya boleh membawa mati.

Tengok pula kepada penyakit kencing manis, biasanya seorang pesakit kencing manis akan ada penyakit tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia, mengambil masa berpuluh tahun, barulah ada komplikasi dan meninggal dunia.

Pada tahun 2005, En.Zul menghidap Lymphoma, beliau dimasukkan ke hospital besar di Pahang. Lymphoma telah menyerang beliau, dan organ yg terlibat adalah Spleen (limpa). Lymphoma adalah sejenis penyakit ketumbuhan yg menyerang immune system manusia, ada dua kategori iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Penyakit ini berbahaya mengikut jenis Lymphoma itu sendiri dan tahap berapa pesakit datang ke hospital.

Selepas berbincang dan mencari kata putus, doktor pakar bedah bersetuju untuk membuang limpa tersebut kerana sudah rosak dan boleh merebak ke organ penting lain seperti buah pinggang dan hati. Setiap pembedahan ada risiko kan? Yes!
Walaupun oncall perlu bekerja malam, itu adalah tanggungjawab seorang doktor
bagi memastikan pesakit mereka sihat dan pulih

Jangkitan, pendarahan malah maut boleh menyerang pesakit bila-bila masa. Itu bergantung kepada tahap kesihatan pesakit dan juga susceptibility beliau utk menerima penyakit lain. Selebihnya of course lah, rezeki daripada Allah SWT.
Maybe kehidupan En.Zul ini, Allah sediakan dengan penuh berliku dan pancaroba. Allah nak beliau tabah dan cekal!

Kenapa?


Pada tahun yg sama juga, En.Zul di diagnoskan dengan penyakit Schawannoma, penyakit ketumbuhan yang kena pada urat saraf. Nauzubillah... Kepala En.Zul juga dibedah (di HUSM) dan terdapat komplikasi yg tidak diingini iaitu beliau hilang pendengaran dan kesimbangan badan.

Suasana dalam biilik bedah. Bergantung kepada minor
atau major sesuatu pembedahan, masa pembedahn
adalah berbeza.
Besar sungguh ujian En.Zul
Masa rancak bercerita tadi, En,.Zul memberitahu kami, betapa doktor yg merawat beliau sungguh-sungguh mahu beliau sembuh. Jaga sejaga-jaga nya lah.

Beliau masih ingat, sebelum beliau di transferkan ke HUSM, pada pukul 2-3 pagi doktor yg bertanggungjawab menjaga beliau datang dan pastikan semua stabil sebelum beliau dinaikkan ke atas ambulan dan dipindahkan.


Beliau begitu teruja dan rasa bersyukur sangat kerana, bagi beliau, doktor dan nurse adalah insan yang tak pernah kenal erti penat lelah untuk membantu pesakit. Pagi ke, petang atau malah malam, hubungi sahaja mereka, mereka mesti datang untuk selamatkan nyawa, especially kes-kes kecemasan

Beliau kata,

"Doktor kalau dapat gaji pun, tak padan!"

Semasa di HUSM pula, beliau menjalani rawatan chemotherapy daripada Jabatan Onkologi. Ini adalah rawatan untuk Schannoma beliau sendiri. Tapi tak lengkap cycle chemo kerana beliau developed complication.

Beliau juga rasa bersyukur, semasa di HUSM, doktor adakan pelbagai ujian untuk sahkan penyakit, datang review beliau pagi malam, untuk pastikan beliau sihat.
Bayangkan lah, pesakit di hospital ni mencecah ribu, mana nak dan doktor nak lihat dan berborak lama, tapi at least! Mereka tahu perkembangan setiap pesakit mereka.

Saya dengar kata-kata En.Zul, saya termenung dan berfikir sejenak.
Besarnya pengorbanan seorang doktor.

Di sini saya ingin kongsikan, kenapa seorang insan yg bergelar doktor, adalah insan yg tabah dan berjiwa besar.

Setiap pagi, doktor akan datang awal ke hospital untuk mulakan sesi 'ward round' untuk melihat semua pesakit yang mereka rawat bergantung kepada bidang kepakaran masing-masing. Sebagai contohnya, walaupun seorang pakar bedah perut berada di wad 2, kalau ada pesakit yg ada masalah perut di wad tulang (sebab ada dua penyakit),mereka akan pergi dan review segala penyakit. Itu adalah tanggungjawab mereka. Hampir setiap pagi mereka lakukan utk melihat perkembangan pesakit, sama ada perlu tukar ubat, tukar bandage dan sebagainya. Sehari, boleh berbelas malah berpuluh pesakit mereka akan lihat dan rawat.

Doktor akan terlibat dalam keputusan yg boleh meragut nyawa. Contohnya, pesakit yg kena stroke malah maybe serangan jantung, mereka perlu berfikir dengan cepat dan betul utk bagi ubat dan sama ada perlu pembedahan atau tidak. Membuat keputusan yg bermain dengan hidup dan mati, bukanlah sesenang nak buat. Ini adalah nyawa! Kalau untuk ibu yg mengandung, lagi lah bermain dengan dua nyawa.

Istimewanya tugas seorang doktor, mereka ada oncall atau bekerja malam walaupun seharian sudah bekerja. Sebagai contohnya, seorang houseman (HO) dalam posting surgery, beliau perlu bekerja 36 jam. Maksudnya, 7 pagi hari ini mula, dan habis dalam pukul 12 tengahari esoknya. Jadi doktor, bukannya kita duduk di kaunter atau lihat orang berjalan, kita yg terkejar-kejar ke sana ke mari, ambil darah, masuk bilik pembedahan, cuci luka berpuluh-puluh pesakit setiap hari. Bayangkan.

Pembedahan-pembedahan yg doktor lakukan, biasanya mengambil masa berjam-jam untuk sudahkan. Contohnya pembedahan hati kawan saya dalam bab kanser, doktor ambil masa selama 13 jam untuk potong separuh daripada hatinya. Itu kalau satu sahaja pembedahan, kalau ada 2-3 pembedahan, memang malam lah pakar bedah akan balik. 


Masa seorang doktor cukup special. Masa yg ada bersama keluarga, memang sangat terhad dan itulah satu-satunya masa mereka ada. Selebihnya, hidup mereka adalah di hospital bagi bertarung menyelamatkan insan lain. Makan pun kadang-kadang tak memilih, ikut apa yg ada dan sempat dibeli sahaja.

Doktor bedah menunaikan solat di bilik khas
di dewan bedah.
Ada tu, sehingga anak-anak merajuk, abah atau ibu atau kedua-duanya selalu tiada di rumah. Nenek atau bibik lah menjadi peneman setiap.

Apa yg saya kongsikan di sini, sebenarnya adalah utk menyatakan kesyukuran kepada Allah, bukan gaji yang menjadi buruan utama doktor yg berdedikasi untuk merawat pesakit, tapi adalah kesihatan pesakit yg paling utama.

Dan juga bukan untuk mengangkat martabat seorang doktor. Ilmu yg mereka ada juga adalah pinjaman Allah. Kerja apa sahaja pun ada cabarannya kan?

Niat untuk Allah akan buat hati kita lebih tenang dan tenteram..





Bukan senang kita nak dedikasikan banyak daripada masa dalam hidup kita untuk insan lain. Kita jaga kesihatan mereka, rawat dan bedah mereka, itu semua adalah kerana TANGGUNGJAWAB yang lebih diutamakan.

Biasanya, utk family sahaja kan kita buat yg terbaik dan habiskan segalanya, ini untuk insan lain. Itu satu pengorbanan yg cukup besar.

Besar perbezaan gaji antara doktor di hospital kerajaan dan swasta, gaji berbeza beribu, belasan ribu malah berpuluh ribu. Sebab itu saya rasa, doktor-doktor yg masih bekerja di hospital kerajaann walaupun sudah menerima tawaran berkali-kali daripada swatsa, adalah hero. Di hospital kerajaan, rata-rata pesakit adalah yg miskin dan tak mampu bayar bil di wad pun ada.

Di hospital kerajaan, regardless of how many surgeries we do, our payments are still the same. Contohnya gaji RM15000 bagi seorang pakar bedah, Manakala di hospital swatsa pula bergantung kepada berapa surgeri mereka lakukan, kalau makin banyak, maka makin meningkat lah payments mereka.

Di mana pun mereka bekerja, mereka adalah insan yg memang sanggup bersusah-payah untuk insan lain. Profesor saya, sekejap berada di HUSM, sekejap terbang ke Penang atau KL, sekejap ke London. Saya pun sendiri pelik, bagaimanalah beliau membahagikan masa untuk family dan untuk diri sendiri.

Dr pakar yg saya jumpa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pula, setiap hari Ahad dan Isnin, beliau akan ada di Kota Bharu, Selasa dan Rabu pula beliua akan berada di Penang. Dan cycle ini akan berlaku setiap minggu ke minggu.

Allahurabbi, besarnya pahala yg beliau dapat kan? Bekerja utk membantu orang sakit ke sana ke mari, letih tak payah kira. Tapi untuk insan yg sakit dan kerana tanggungjawab serta pinjaman ilmu yg Allah bagi, beliau sanggup lakukan jua. Semoga Allah merahmati guru-guru saya yg sangat berdedikasi dan pemurah ini! Amin2. 

Ini cuma satu pekerjaan saya bagi sebagai example, banyak lagi pekerjaan yg memang menggadaikan masa dan tenaga.

Saya pernah ikut tukang rumah membina rumah untuk seorang nenek tua secara percuma dengan barang-barang diberi oleh NGO, sangat letih dan memerlukan pengorbanan jugak kan? Kerja ke laut, bahaya dengan laut, ikan dan petir semua. Bekerja sebagai askar, berkorban berminggu-minggu masuk hutan untuk jaga sempadan negara dan mengatasi penjenayah. 

=)

Semoga saya, terutamanya, akan menjadi seorang doktor yg menyayangi pesakit, dan merawat dengan sepenuh hati untuk memberi yg terbaik =) Azam dan tekad, mestilah tinggi, amin2!
Salam.

By:

Syazwan Fadeli

Monday 11 April 2016

YA BAARI', ALLAH MAHA MENYUSUN AGENDA HIDUP KITA

Kalau harini kita rasa dengan bersedekah kepada fakir miskin itu rugi, maka percayalah tiada sesiapa mampu mengjangka rezeki balasan apa Allah akan balas kepada kita nanti.

Pernah dengar kisah orang jutawan yg berjaya dan makin berjaya kerana sifat pemurahnya kepada orang ramai? Especially kepada ahli keluarga, rakan dan fakir miskin. Derma Rm50 sehaja setiao bulan. Kesian ibu tunggal, anak-anak nak sekolah. Itu sahaja kita mampu.
Mungkin dengan istiqamah nya kita bersedekah, Allah bagi ganjaran yang berlipat kepada kita. Kereta, rumah sendiri, anak berjaya, tiada hutang dan sihat etc.

Rezeki yang Allah 'pinjam'kan kepada kita, ada juga bahagiannya kepada insan lain. Dalam Rm1000 gaji kita, maybe Rm20 itu milik fakir miskin dan tabung masjid (terus ke anak yatim), kan? Kalau lahirnya seorang anak antara kita dan isteri, dan dia makan nasi dan lauk ayam, maka nasi dan ayam itu sudah lama ditulis untuk anak kita tu. Itu memang rezeki dia, tak mampu mana-mana tangan boleh halang urusan rezeki Allah.

Saya nak kongsi satu cerita di mana, dengan perkenalan dengan sahabat, selama bertahun-tahun, akhirnya membawa kepada tolong seorang nenek yang miskin hidup di pinggir bandar di sekitar Kota Bharu.

Dengan perkenalan tahun 2006, sekarang mampu menolong seorang nenek yang asing pada tahun 2016.

2006 Mula berkenalan dengan kawan bernama Nazreen

2009 Berpisah sekolah sementara, aku ke Klang, dia di Kelantan.

2012 Aku belajar di Kelantan. Nazreen ke Mesir.

2014 Nazreen balik dari Mesir, kata ada dermawan minta sedekahkan Rm1000 kepada mana-mana rumah anak yatim.
2014 Mula kenal Wawa dan Sal kakaknya di rumah anak yatim. Dan juga anak-anak lain. Seronok!

3/2016 Pengurus rumah anak yatim share gambar rumah nenek kepada dua orang anak yatim yg kesan banjir teruk sejak 2014. Cuci tak habis.

1/4/ 2016 Ke rumah nenek kepada dua adik ni di Kg.Kubang Kacang. Bersihkan rumah dan susun barang.


8/4/2016 Mula menampal simen di dinding-dinding rumah nenek Wawa.


Kadang-kadang begitulah kehidupan kan, kita nampak kecil sesuatu perkara yg Allah susun dahulu, padahal nuh di depan banyak lagi hikmah Allah nak bagi.

Alhamdulillah, kelmarin dapat ke rumah nenek Wawa sekali lagi, kali ni pergi dengan tukang-tukang rumah, untuk menampal dinding rumah yang separuh siap tu.

Sekali lagi menangis. Alahai nenek, sedihnya hati melihat.



Terima kasih semua yang terlibat. Kawan-kawan yg di sisi.



Especially tukang-tukang rumah yang bermurah hati buat kerja dengan free untuk nenek Wawa. Pakcik-pakcik memang hebat! Semoga Allah susun hidup pakcik semua dengan rezeki yg berkat, sihat walafiat dan anak cucu yang sihat.


Allah Maha Merancang urusan kita. Ya Baari, Engkau laah sebaik-baik perancang hidupku. Engkau berikanlah kerahmatan dan kemuliaan kepada kami semasa hidup di dunia sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.




Ya Baari', Allah lah sebaik-baik menyusun agenda hidup kita.
Salam.

By: Syazwan Fadeli