Saturday 23 April 2016

ANGAH AUTISME, ADIK DOWN SYNDROME


Pengalaman saya masuk ke kampung pada hari ini, 23 April 2016, adalah satu pengalaman yg cukup-cukup berharga. Dan saya niat nak kongsikan pengalaman yg saya dapat, dengan pembaca semua.

Setiap bulan, NGO yang saya sertai akan mengadakan satu trip ke mana-mana kg sahaja di Kelantan, untuk masuk dan memberi sumbangan apa sahaja kepada golongan asnaf yg terpilih. Nama program yg dianjurkan adalah Jalan-Jalan Masuk Kampung (JJMK). Alhamdulillah, sejak masuk dari bulan Ogos tahun sebelumnya, banyak daerah sudah kami dizinkan Allah untuk menyantuni asnaf-asnaf.

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah!

Tapi untuk (JJMK) bulan April 2016 ni, saya nak berkongsi satu cerita dengan pembaca tentang asnaf yg saya jumpa. Allahurabbi, sungguh menginsafkan hati yg berada di situ, gugurnya air mata mereka yang melihat,

Di sebuah kg di daerah Ketereh, di Kota Bharu, ada sebuah kampung yg bernama Kg.Patek. Hari ini, di Kg,Patek ini lah destinasi rumah asnaf kami yang terakhir.

Dalam banyak asnaf yg kami santuni dengan barang makanan, minuman, beras, biskut, baju dan duit sumbangan orang ramai, rumah asnaf di Kg.Patek ini lah yg terakhir. Kami ke rumah terakhir ini selepas makan dan solat Zohor, kalau ikutkan hati saya pada mulanya dah nak balik dulu dah ke HUSM, alah ada dua buah rumah sahaja lagi tinggal.

Tapi macam mana nak cakap tak tahu, hati berat sahaja nak tinggalkan. Seakan-akan Allah memberi hidayah meminta saya untuk tunggu la dulu, habiskan dua buah rumah asnaf lagi. Mana tahu ada ibrah yg lebih besar dan mendalam untuk saya jadikan bekalan dalam kehidupan in future right?

Di sebuah rumah kayu, yg mempunyai kaki rumah, tinggal seorang ibu tunggal dengan 3 orang anaknya yg comel dan baik-baik sahaja.  Sebaik sahaja kami sampai, saya terus ke tangga rumah untuk berjumpa dengan si makcik ni.

Saya ternampak anak lelakinya yg berbaju biru laut muda, baju baby yg berlubang-lubang tu untuk elak panas. Maklumlah cuaca terlalu panas. Datang seorang ahli NGO di sisi saya,

"Anak bongsu makcik ni Down Syndrome doctor"

Saya tersentak. Saya tak nampak dengan jelas adik ni. Saya perhatikan betol-betol, oh iye lah! Ada ciri-ciri Down Syndrome.

Kemudian datang seorang puan daripada group NGO kami, duduk di atas tangga rumah yg maybe 6x8 kaki itu, dan ambil adik ni duduk di atas ribanya. Saya senyum dan perhatikan ciri-ciri apa adik ni ada untuk dikatakan dia adalah Down Syndrome.


Adik ni ada flattened nasal bridge, upslanting palpebral fissure, epicanthal folds dan single transverse palmar crease. 

Ya, adik 3 tahun ni adalah pesakit Down Syndrome. (saya terangkan DS itu apa padal article yg akan datang)

Bersama adik yg  bongsu. Adik ni adalah
anak istimewa, Down Syndrome. 
Kemudian asyik saya membelek-belek telapak tangan adik yg comel ini, si makcik tadi (ibu), masuk ke dalam rumah dan mengejut seorang lagi anaknya yg sedang tidur. Dari jauh saya nampak, yg itu mesti perempuan. Sebab rambutnya panjang, lurus sampai ke bahu. Si ibu tadi, mendukung di sisi pinggang dan berjalan cepat-cepat ke arah kami yg semakin ramai di luar.

Tiba-tiba saya tersentak apabila ahli NGO sekali lagi memberitahu saya,

"Itu adik yg si ibu dukung tu, ada Autisme"

Apa? Ada Autisme? Anak yg bongsu ni dah Down Syndrome, ada lagi anak yg istimewa? Allahuakbar. Ibu ini...!

Saya terus memalingkan muka ke arah si ibu dan anaknya di sisi. Menunggu dengan penuh sabar, untuk berjumpa dengan anak istimewa makcik ni yang ke-2.


Saya tahu.
Mesti adik yg ke-2 ni takkan layan orang yg datang. Autisme sangat special bagi saya. Anak-anak yg ada autisme, mereka mempunyai dunia sendiri untuk berkhayal dan bermain. Mereka tak suka 'jaga tepi kain orang' ayat yg mudahnya.

Asyik memandang sahaja Ain (angah) dan adik nya tu.
Apa yg dipandang entah le, ramai sangat yg datang!


Mereka ada dunia mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka OKAY kalau dibiarkan bermain sepanjang hari berseorangan tanpa teman. Sebab, diri mereka adalah teman mereka. Mereka boleh berinteraksi dengan diri mereka sendiri!

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Walaupun mereka dikategorikan anak istimewa, tapi keunikan masalah mereka adalah ilmu untuk manusia kaji dan cuba baiki. Maybe in future ada penawar kan? Apa yg saya percaya, setiap kecacatan atau penyakit yg ada pada kanak-kanak am nya kepada manusia, mesti ada hikmah yg Allah mahu kita belajar dan mendalami.

Allah kan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada satu pun perkara atau kejadian yg sia-sia. Hatta, kuman di dalam perut manusia sendiri pun, membantu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan baik. Itu kuman, yg kita anggap bahaya. Lagilah anggota badan dan lainya.

Bila adik perempuan (kakak kepada yg Down Syndrome)ni sampai di depan kami, seperti yg saya jangkakan. Beliau berpaut kepada ibunya, mata nya yg cantik itu memandang sekeliling, tapi tidak memandang anak mata yg memerhati beliau. Nama adik ni Ain =) Cantik kan? Maksud Ain itu sendiri adalah mata. Dan mata adik Ain, ada masalah bagi mereka yg tahu menilai dari sudut medikal.

Itu lah salah satu ciri Autisme. Mereka takkan pandang anak mata kita. Mereka kurang fokus untuk lihat pada satu tempat sahaja, biasanya mereka akan memandang ke sisi sambil kepada senget sedikit. Unik kan? Subhanallah, Mah Suci-Mu.

Cuba lihat cara adik Ain memandang sekeliling. Ain lebih suka
menggunakan mata di bahagian sisi. Dan biasanya, anak Autisme
tidak akan memandang anak mata yg memerhati.

Bila Ain datang kepada kami, dia duduk sahaja diam-diam dan tidak bercakap walaupun sepatah. Ya, itu memang yg saya jangkakan. Beliau memerhati keadaan sekeliling yg ramai memerhati beliau. Adiknya yg Down Syndrome pula, asyik rancak bermain mainan yg dibawa oleh ahli-ahli NGO hehe.

Comel sangat adiknya.
Saya ambil satu mainan, dan berikan kepada Ain.

Saya kata,
"Nah Ain mainan, main lah", Ain termenung sekejap dan hulurkan tangan untuk mengambil mainan, tapi tidak berkata apa-apa. Saya tersenyum melihat telatah dia, anak istimewa, yg penting anak syurga Ain!

Ain dah 6 tahun, dia ke sekolah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sekitar kg nya, berdekatan dengan klinik. Saya tahu pasal PDK kerana abah saya sendiri terlibat dengan anak-anak catat di PDK di Klinik Rantau Panjang. Seronok lihat anak-anak anugerah Allah ni! Pagi-pagi, si ibu ini akan menaiki motor menghantar anak yg sulong darjah 2 ke sekolah di sekitar rumah. Adiknya dua orang, yg autisme duduk diantara ibu dan yang sulong di belakang, yg anak bongsu Down Syndrome itu di depan.

Anak pertama, darjah 2 alhamdulillah normal
Anak kedua, 6 tahun Autisme, Ain
Anak ketiga, 3 tahun Down Syndrome

Ibu Ain mengadu, Ain kena sawan baru-baru  ni di PDK. Alhamdulillah, sudah ada appointment di hospital untuk itu. Lepas satu, satu lagi kan Allah uji? Anak-anak ibu tunggal ini, mendapat rawatan di HRPZ, di Kota Bharu. Tapi saya ada dengar si ibu kata, kadang-kadang tak pergi sebab tiada wang.

Oh ye lupa!

Ibu tunggal ini, tinggal empat beranak di rumah kayu usang itu. Ayah kepada anak-anak istimewa ini meninggal beberapa tahun lepas. Si ibu ini berniaga kuih frozen, kebetulan beliau ada peti beku untuk simpan kuih tersebut. Maybe sumbangan orang ramai, atau mereka beli semasa arwah suami ada.
Pendapatan ibu tunggal ini tak sampai RM300 pun sebulan, susah untuk beliau berniaga kerana anak-anak istimewa yg Allah anugerahkan special untuk beliau jaga.

Menyantuni anak asnaf, anak yatim dan anak istimewa
pada satu masa, sungguh menenangkan!
Allah, sayangilah mereka!


Kami tanya ada bil api tertunggak ke makcik? Beliau angguk sambil kata ada, melirik senyuman di bibir. Ada dalam RM144 hutangnya.

Ibu tunggal ini juga dapat bantuan RM100 sebulan untuk kedua-dua anak istimewa tersebut. Semestinya tidak mencukupi kan? Alhamdulillah, jiran-jiran beliau di Kg.Patek banyak membantu kata beliau. Bawa barangan makanan, beras.

Pn.Zarina, ahli NGO kami bertanya,
"Pernah ke putus beras sampai anak-anak tak makan?"

Si ibu tunggal ini jawab,
"Alhamdulillah belum pernah lagi, jiran ada yg datang membantu, mereka tahu saya susah dan anak istimewa"

Allahurabbi, bagusnya masyarakat di kg itu. Membantu ibu tunggal dengan anak-anak istimewa.
Banyaknya pahala! Jeles rasa.

Semasa kami berborak dengan si ibu, yang lain duk cubit pipi anak-anak istimewa tu hehe, ada seorang ahli NGO nasihatkan. Kak jangan risau kak, Allah bagi special kepada kak ada anak-anak istimewa. Seorang autisme, seorang lagi Down Syndrome. Allah, mereka ni kak anak-anak syurga.

Si ibu tunggal ini berair air mata dan menunduk. Sambil mengelap kelopak mata dengan tudung di kepala. Saya paling tidak boleh melihat ibu menangis, penderitaan yg dah lama ditanggung, akhirnya tertumpah juga di depan kami. Pahit getir menelan kenyataan dilanda kemiskinan tambah pula dipertanggungjawab melahirkan dan menjaga anak-anak istimewa. hanya insan yg hebat sahaja mampu atasi.

Penuh ibrah yang saya dapat pada hari ini. Bermula dengan asnaf yg kena stroke, ada yg kematian ibu, ada yg kematian ibu bapa, sehinggalah kepada anak-anak istimewa ini, saya rasa Allah nak memberi hidayah kepada saya supaya

  1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kesenangan
  2. Bantu insan lain yg memerlukan
  3. Ajak dan kongsi dengan kawan-kawan lain
Insyaallah dalam post saya yg akan datang dalam Page 'MEDICAL', saya akan huraikan apa itu Down Syndrome dan apa itu Autisme secara lebih mendalam insyaallah.

Sampai di sini sahaja dulu. Semoga Allah merahmati kita semua, memberi kesihatan kepada keluarga kita dan menjauhkan diri kita daripada papa kedana. Amin

Salam.

By:
Syazwan Fadeli




1 comment:

Cik Hati ® said...

mungkin blh amati keadaan seorg anak autisme dlm crita Redha wlaupun sy sndri pun blom menonton...Alhamdulillah muhasabah.