Friday 3 March 2017

MOHON SUMBANGAN MEMBAIKI SISTEM ELEKTRIK dan BELI MESIN BASUH rumah asnaf.

MOHON SUMBANGAN MEMBAIKI SISTEM ELEKTRIK dan BELI MESIN BASUH rumah asnaf.

Salam pembaca-pembaca yg budiman. Di sini saya ingin memohon sumbangan dan memberi peluang utk bersedekah amal jariah kepada asnaf yg sya temui di Rantau Panjang.
Kak Dah seorang ibu tunggal, yg kematian suami bulan 10 tahun lepas akibat leukemia dan kegagalan buah pinggang di HRPZ2, tinggal bersama 3 orang anak yg masih bersekolah di rumah yg usang.
First time kami ke sana, sangat menyayat hati, dengan kewangan hanya dari Kebajikan Rm400/sebulan, suami sakit 2 tahun duit simpanan habis, mereka benar2 terdesak kewangan utk makan.
Air mata dan pelukan kak Dah kpada makcik2 yg dtg bersama saya sangat lah hiba. Saya ingat kata2 nya
"Terima kasih, Allah hantar semua utk anak2 kak Dah makan 😥"

Lawatan bersama engineer, Nuruddin, ke rumah kak Dah untuk rangka
bajet berapa kos untuk baiki sistem eletrik 


Kali ke-2 pergi saya hantar sikit duit orang bagi.
Kali ke-3 utk finalize baiki sistem elektrik, saya tanya beli apa haritu dengat duit?
"Kak Dah beli tong gas dlu, nak pastikan ada utk masak, dan dapur baru sebb yg lama rosak"
Bila betol2 susah, makanan lah yg kita paling utama kan?
Rumahnya rumah kayu di dalam, batu di luar tidak siap. Kayu lantai nya ada tempah yg sudah patah dan hampir patah.
Selepas tiga kali melawat ke rumah Kak Dah, saya bersepakat dengan kawan2 utk bantu membaiki sistem elektrik rumah nya yg lama (selalu keluarga nya kena litar pintas, sebb wayar2 terjuntai) dan beli mesin basuh, mereka tak ada mesin basuh di rumah.



Anggaran yg saya perlukan
TUKAR SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK ~Rm1,500.00 (whole system)
MESIN BASUH ~ RM600 manual washing machine
(Kalau dapat duit lebih, saya beli yg automatik)



Antara wayar-wayar elektrik yg bahaya di rumah Kak Dah, dan sistem baru elektrik diperlukan

Terima kasih kepada yg sudi berkongsi cerita ni, dan sudi doa dan menderma. Minta maaf tag nama2 ni ye 🙏🏼😊
Boleh pm sya utk membantu keluarga kak Dah, insyaallah dengan bantu mereka yg sngat susah ni, Allah akan bagi keluarga kita sihat, anak2 pandai dan dengar kata, ibu bapa kita lapang di dalam kubur dan kita mati dalam husnul khatimah. Amin~

Ini account saya untuk saya kumpul bantu keluarga Kak Dah, insyaallah sumbangan nanti saya akan gunakan untuk bantu Kak Dah =)

Maybank
Mohamad Syazwan Bin Mohamad Fadeli
153131108656

1 comment:

Anonymous said...

Boleh bg bantuan lg tak?