Thursday 17 September 2015

OI, BILA NAK BERUBAH?

Assalamualaikum dan hi pembaca =) Salam jumaat weyh.
Apa habaq oii? Hari ni rasa nak share dengan semua, bagaimana peranan diri kita sendiri untuk membangkitkan semangat dalam diri untuk berubah menjadi lebih baik! Henshin!

Asyik nak salahkan orang lain aje, nak tengok pulak peranan diri sendiri.
Orang kata, nak berubah, mesti ada hidayah Allah yang menjemput atau menyentuh pintu hati kita dulu? Betol ke? Selama ini kita nakal dan tinggal solat semua tu, sebab hidayah tak datang ya?

Ke kita aje yang stubborn yang buat2 tak nampak hidayah Allah? Heh!

Atau kita yang penuh dengan dosa di hati, susah hidayah nak gerudi masuk. Macam konkrit bangunan lah, semakin tebal, semakin besar tukul kita kena guna untuk pecahkannya.


Get it guys? Okay lets read.

Perasan atau tidak, ada perbezaan antara remaja-remaja ni. Kalau kita lihat, fikir dan tafsir, ada yang baik mudah ditegur dan ada yang liat nak solat. Kenapa ya? Macam different personality pulak dah.

Selain daripada perbezaan didikan ibu bapa yang ketara semasa anak-anak membesar, faktor diri remaja itu sendiri besar sangat nak berubah aka Henshin!
Dia nak tak ubah diri dia sebenar-benarnya ni?
Contoh usaha remaja-remaja yang nak berubah ke arah lebih baik, tengok personality mereka:

1) Remaja itu berdoa sendiri kepada Allah untuk menjadi insan yang soleh. Doa setiap kali lepas solat, dan tak pernah miss berdoa! Solat hajat, solat taubat. Minta sungguh-sungguh dengan Allah, kenapa? Nak suruh Allah memberi hidayah. Mahal kan hidayah? Nak berubah bukan senang, tapi tak mustahil beb! Takkan nak harapkan tok imam kampung sokmo datang solat Hajat dan mandikan air tawar untuk kau? Aku selam dalam sungai baru tahu, haha.

2) Usaha remaja itu sendiri ke kelas agama belajar walaupun slow-slow, walaupun dah ketinggalan 2-3 kitab ustaz dah ajar. Malu ke nak pakai kopiah n berbaju melayu ke masjid jalan kaki nak dengar kuliah agama? Kalau kita pakai seluar sendeng dan ketat bagai ke supermarket boleh pulak kan, tak pulak rasa malu jalan depan orang tua atau kawan2. Nak berkawan dengan Allah kita  malu? Apa kes ni brothers and sisters? No3, jangan malu, Allah pun tak malu dengan kita, kenapa kita nak malu?

3) Berkawan dengan kawan2 yang 'ahli syurga', yang sering tanya pasal solat, baca al-Quran, sedekah, doa kepada ibu bapa. Ini faktor yang sangat penting, kawan kita ada reflection kepada diri kita sebenarnya. Kawan kita geng kaki masjid ke, kaki hisap rokok ke, kaki pakai seluar pendek pergi  makan di kafe universiti ke, kita yang pilih. Dan kalau terpaksa duduk dengan mereka dah satu course, kita yang mempengaruhi atau kita yang dipengaruhi? Haa, sebab tu kena kuat, ada kawan2 baik yang ada di sekeliling kita.

"To creat a complete teenager, physically and emotionally, is like we are putting building blocks one by one, to creat a strong tower"
Tak ada ramuan yang spesifik, mesti campur-campur adunan sikit demi sedikit. Ibu bapa kena tentukan, mereka nak anak mereka yang macam mana.


By DrJambang

5 comments:

insyirah said...

Term "ahli syurga " Tu ermmm
Btw penulisan anta memang best
Mudah nk hadam ,xsyadid sngt

Unknown said...

term 'ahli syurga' tu sebenarnya merujuk kepada, kalau kita tengok akhlak-akhlak kwan2 kita ni, mereka ke arah membawa kita ke syurga atau sebaliknya.
Rileks, jangan stress2, term tu pun saya letak dalam titik atas, berubah mengikut keadaan =)

insyirah said...

Xstress pun
Ok 👌 faham
Anyway keep it up
Love your writing

CahayaKasih said...

Alhamdulillah, saya syukur saya sakit dulu, saya yakin dengan janji Allah, menghapuskan dosa dengañ penyakit. Doktor mainkan peranan penting, sebab doktor banyak pengaruh mind set pesakit, saya harap akan datang doktor semua boleh lebih berkreativiti dalam atur cara set minda pesakit, saya kurang setuju untuk terus melabel dan membandingkan yang sihat dan yang sakit, beri pekspektif tak baik, saya dapat kewarasan akal saya balik dengan tepis padangan masyrakat tentang bertapa teruk Nya penyakit ni. Oh ya saya salah sorang pesakit schizophrenia, yang ingin lihat ayah saya sembuh seperti biasa, niat saya untuk tahu apa yang mereka lalui termakbul, saya bukan nak kritik, cuma bila Dr baca Dari sudut pesakit, Dr akan tahu . anyway, usaha yang bagus.

CahayaKasih said...

Alhamdulillah, saya syukur saya sakit dulu, saya yakin dengan janji Allah, menghapuskan dosa dengañ penyakit. Doktor mainkan peranan penting, sebab doktor banyak pengaruh mind set pesakit, saya harap akan datang doktor semua boleh lebih berkreativiti dalam atur cara set minda pesakit, saya kurang setuju untuk terus melabel dan membandingkan yang sihat dan yang sakit, beri pekspektif tak baik, saya dapat kewarasan akal saya balik dengan tepis padangan masyrakat tentang bertapa teruk Nya penyakit ni. Oh ya saya salah sorang pesakit schizophrenia, yang ingin lihat ayah saya sembuh seperti biasa, niat saya untuk tahu apa yang mereka lalui termakbul, saya bukan nak kritik, cuma bila Dr baca Dari sudut pesakit, Dr akan tahu . anyway, usaha yang bagus.