Monday 21 September 2015

TAAT TUHAN, BARU TAK STRESS!

Assalamualaikum dan hello-hello-hello!

Oii, hidup kau stress sangat ke? Dah tak de orang yang lebih stress dari kau?

Harap semua sihat walafiat hendaknya. Cemburu tak kita tengok orang kaya? Kadang-kadang cemburu jugak kan, tambah-tambah kalau kita ni seorang bapa atau isteri, mesti kita bandingkan apa orang kaya dapat bagi anak mereka makan berbanding apa yang kita bagi anak kita makan.

Tapi ada satu perkara yang sesiapa akan cemburu. Nikmat kesihatan =) Haa yang ni, saya rasa semua orang yang sakit, rasa cemburu dengan mereka yang sihat.

Contohnya, Ahmad, Ali dan Sabariah. Mereka ni satu sekolah dan sekelas pada tahun 1980. Sekarang masing-masing dah berumur 50 tahun. Yang bezanya, Ali kena strok, Sabariah pula kena kanser payudara, dan Ahmah sihat walafiat (macam pembaca sekarang, betol ke!?). Apa perasaan mereka?

Haa, membesar sekali, ada keluarga masing-masing, ada kereta dan harta masing-masing, tapi nikmat kesihatan tiada siapa boleh jangka, nak kata mahalnya. Tak kira, tua muda, miskin kaya, bos atau pekerja, semua boleh saaaaakit. Pegang kat situ deh.

Penulisan kali ni, saya nak kongsi sikit, tentang stress. Maklumlah sekarang tengah posting di Psychiatry, saya rasa tergerak untuk share benda simple sahaja, yang boleh mengubah gaya hidup kita. Maybe? Insyaallah, mudah-mudahan Allah yang Maha Penyembuh, boleh sembuhkan penyakit kita semua. Amin3x!


Dalam kilnik Psychiatry, atau dalam ward Psychiatry, pelbagai ragam manusia ada. Dan berbagai-bagai penyakit yang saya dan kawan-kawan belajar, boleh refer buku 'Desk Reference to the Diagnostic Criteria from DSM-5'. Pelbagai penyakit dan banyak sangat penyebab-penyebab kepada boleh timbul penyakit mental ni.



Ya, penyakit mental. Yang teruk contohnya seperti Schizophrenia, yang boleh dengar suara halus, boleh lihat benda-benda yang orang lain tak nampak ataupun kadang-kadang mereka boleh mengaku berjumpa Tuhan! Haaa macam mana tu ustaz? Mereka nabi ke?

Rilek2, mereka bukan nabi, tapi pemikiran mereka, yang kami 'Perceptual' ada masalah. Itu yang ada sampai mengaku mampu sembuhkan pelbagai penyakit dengan tangan sahaja walaupu kanser.

Kesian mereka kan?

Kalau penyakit yang biasa2 pula, antaranya ialah Generalized Anxiety Disorder. Maaf kepada pesakit, mana-mana penyakit semua ada kesan teruknya saya saja nak bagi pembaca faham ada yang teruk dan ada yang ringan sikit penyakitnya.

Nak tahu apa yang saya perasan, antara 'etiology' atau bahasa Melayunya ialah penyebab kepada penyakit-penyakit ini berlaku, adalah disebabkan oleh kehidupan yang stress!

Ya, stress. Apa sahaja lah, banyak contohnya.

Dalam penulisan saya ini, saya nak khususkan kepada 'worship to God', atau Taat Tuhan, yang mana pada pendapat saya, salah satu cara untuk kurangkan stress dalam kehidupan kita, seterusnya, menjadi ikhtiar kepada kita untuk dijauhi daripada penyakit-penyakit mental ini.

1) Bagi Muslim yang biasa, saya rasa hampir semua tahu di mana batas auratnya, untuk perempuan mahupun lelaki. Kalau katakan, Muslim ini membuka aurat, lelaki pakai seluar pendek masa main bola, perempuan tak pakai stoking ke kelas universiti, sedangkan mereka tahu mereka sepatutnya tutup, ini akan menyebabkan mereka STRESS.

Yup, stress.

Sebab, pengetahuan ilmu mereka tentang agama ada, dan bila mereka buka aurat, mula lah rasa eh tak selesa la orang nampak, eh takpe ke ni, eh aku ni rasa berdosa la. Haa tengok, kan dah bertambah masalah dan hidup jadi stress kan? So, point pertama, tutup aurat dengan sempurna. Anda boleh tolak ketepi dah soal pakaian. Buang stressor satu!



2) Selesaikan tugas kita dengan tenang dan menerima dengan baik. Contohnya soal solat kan, kita diwajibkan untuk solat 5x sehari semalam. Bila kita lambat tunaikan solat, atau sengaja nak tinggal, bagi Muslim yang ada iman walaupun sikit dalam diri mereka, mereka akan rasa bersalah dan gelisah.

Buktinya, pernah tengok cerita Hindustan hari Jumaat dari pukul 2ptg-5ptg? Kita rasa sayang nak tinggalkan cerita nak habis dah, pada masa yang sama, kita tahu eh dah masuk solat Asar la. Kita mula berfikir eh takpe ke ni solat, takpe ke ni Allah tak marah? Allah tanya tak?

Sekali lagi saya cakap, kurangkan stress kita dengan buat terus kewajipan kita (kecuali ada meeting, exam dll), sebab kita boleh buang jauh-jauh stress tu. Dah hilang stress dah kan? Hati tenang, jiwa senang! =)

3) Belajar untuk kenal Allah dengan sepenuhnya bertawakkal kepada-Nya. Yang ini pun crucial untuk kita pergi dengar majlis/ceramah di masjid, untuk faham, bagaimana nak meletakkan tawakkal kepada Allah semata-mata.

Contohnya, kita sayang isteri kita, kita sayang anak-anak kita, kerana Allah SWT semata-mata. Kalau berlaku sesuatu musibah atau kehilangan nyawa, kita boleh untuk mula bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Ada dengar kisah pelajar Mesir yang mampu tersenyum bila melahirkan anaknya yang sudah meninggal (ataupun meninggal selepas dilahirkan) ? Haa, itu orang yang betol2 menyerahkan setiap perkara yang dia ada untuk Allah sahaja.

Dia tahu semua ni Allah punya.
Iya mungkin kita ada masa berkabung untuk sedih, Nabi Muhammad SAW pun sedih sangat ibunda Siti Khadijah meninggal, tapi kita kena belajar untuk menerima slow-slow, dan dengan pertolongan kawan, insyaallah kita boleh hadapi dengan tenang.

3 contoh di atas, itu cuma ideas saya duk sorang-sorang dalam bilik sahaja. Boleh applykan kepada mana-mana konsep atau cara sendiri.

Yang pentingnya, buang atau kurangkan stress dalam hidup kita dengan lebih mentaati Allah SWT insyaallah. Itu pun ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan mental =)

Setakat ini sahaja, saya menulis ni ambil masa 15-20 minit sahaja, tak sempat nak cantikkan bahasa atau lenggokan cerita, asalkan maksud tersampai, alhamdulillah. Selamat beramal dan jangan lupa doakan saya juga!

Assalamualaikum wbt.


By: DrJambang

5 comments:

Unknown said...

Salam Dr. Ceritalah lagi pasal penyakit psikologi. Tq

Unknown said...

Salam Dr. Ceritalah lagi pasal penyakit psikologi. Tq

Unknown said...

waalaikummussalam. Nak tahu tntg penyakit apa? banyak penyakit dalam psychiatry ni =)

Unknown said...

Bipolar Disorder, Dr. :)

Unknown said...

Salam. Saya menulis pasal PCOS dalam masalah kesburuan dulu deh, Bipolar Disorder insyaallah nanti pulak =)