Thursday 17 September 2015

RAHSIA KEJAYAAN

Tokoh-tokoh ulamak, pelajar-pelajar cemerlang SPM sehingga yang menjadi jutawan business, ada persamaan yang common antara mereka bila saya baca adunan kejayaan mereka
 1) Solat Dhuha2) Qiamullai 
Semasa saya sekolah dahulu, saya perasan yang pelajar yang dapat 11A+ seramai 3 orang ni, persamaan yang mereka ada ialah apabila tiba sahaja waktu rehat, mesti mereka ke surau Sekolah untuk solat Dhuha. Mereka mesti mencari masa lapang untuk solat dan berdoa, solat Dhuha pembuat rezeki daripada Allah. Dengan usaha dan doa, tambah pula dengan kuasa solat Dhuha, Alhamdulillah mereka berjaya dapat keputusan tertinggi!

Qiamullai pula adalah sunnah Nabi Muhammad setiap malam, sehingga ada hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah RA, sampai bengkak kaki baginda solat, lama nya berdiri menghadap Ilahi. Sultan Muhammad al-Fateh, raja yang masih muda sekitar unit 21-23 tahun, sudah mampu membawa tentera untuk menawan Kota Konstantinopal. Selain daripada perancangan yang rapi, Sultan terkenal dengan amalan Qiamullainya setiap hari sejak beliau sampai Aqil baligh.


Silap kita sekarang, kita asyik fikir nanti kahwin baru nak praktikkan Qiamullai dan jadi orang yang lebih 'mesra ibadah', padahal sepatutnya masa remaja ini lah diasah untuk menjadi rutin harian. Biar masuk gerbang perkahwinan dengan yang dah sedia, bukan baru nak merangkak.

Consistency itu perlukan inertia, inertia pulak dalam hukum Fizik nya, bergantung kepada betapa berat atau banyak usaha kita untuk ke hadapan 

No comments: