Sunday 26 July 2015

WHY MAN SHOULD LOVE WIFE MORE [ MEDICAL VIEW ]

Assalamualaikum dan hi.
Syukur kehadrat Ilahi, dapat lagi saya menulis kali ini untuk kongsi sedikit tips
kepada abang-abang suami dan kakak-kakak isteri, kenapa suami perlu cintakan
isteri mereka lebih and more and more.

Hehehe.




Bagaimana saya boleh ada idea untuk menulis tajuk ini? Saya ada seorang kawan baik yang menuntut di UIAM dalam jurusan law syariah. Saya banyak terinpirasi daripada kawan saya sorang ni. Sekarang beliau tengah buat 'internship' di mahkamah syariah di Pasir Mas. Satu hari saya berjumpa dengan beliau di rumahnya, kami berborak berkenaan pelajaran dan juga pengalaman kerja, beliau kongsikan dengan saya betapa banyaknya kes-kes cerai setiap hari dan yang masih 'pending' dalam sesi prosedur masing-masing di mahkamah. Itu mahkamah di Pasir Mas sahaja, bukan satu Kelantan lagi, bukan satu Malaysia lagi. Kebanyakan masalah yang diceritakan oleh hakam atau anak guam sendiri, masalah banyak berpunca daripada pihak lelaki/suami. Contohnya yang paling lah common dalam masyarakat kita ni, masalah nafkah, suami memukul isteri, suami penagih dadah (habis emas isteri dijual) memutuskan hubungan kekeluargaan dan banyak lagi.

Sebab kedua pula, saya teringat satu klip video Ustaz Kazim Elias berkenaan rumah tangga. Beliau pernah didatangi oleh ibu bapa kepada seorang gadis yang kahwin seawal umur 16-18 (saya kurang ingat), mereka mengadu yang anak mereka mengalami tekanan stress dan terseksa hidupnya apabila berumah tangga. Ustaz Kazim tanya kenapa? Sebab menantu mereka tak benarkan lansung anak gadis mereka keluar rumah untuk berjalan-jalan, hubungan dengan ibu bapa diputuskan, hatta adik beradik nak datang melawat pun tak boleh. Tambah lagi, apabila si suami keluar rumah ke tempat kerja, si suami akan kunci dengan mangga dari luar dan anak kuncinya dibawa ke tempat kerja tak nak bagi isteri dia keluar lansung.

Dah kalau terbakar kau nak isteri kau mati?

Jadi dengan pelbagai masalah yang banyak saya perhatikan, rasa tergerak hati untuk saya menulis, saya nak lah kongsi pendapat saya, kenapa sepatutnya suami perlu sangat mencintai isteri mereka, daripada sudut pandangan sains yang simple-simple sahaja. Mudah-mudahan ada hidayah yang menjenguk untuk sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Selamat membaca!



1) Isteri yang mengandungkan anak kita

Antara salah satu ujian terbesar yang Allah SWT sediakan untuk kaum wanita, ialah

mereka perlu menyimpan kandungan (anak kita) di dalam rahim mereka selama 9

bulan. Merekalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk mengandung anak-anak

untuk menyambung zuriat keluarga. Tapi 9 bulan tu, agak-agaknya sekejap ke?

Percayalah saya cakap, dalam tempoh 9 bulan tersebut ada isteri yang akan rasa seronok ketika mengandung (sebab suami dia sangat memahami) dan ada juga isteri yang akan rasa makin tertekan serta perlu dapatkan rawatan psikologi (kerana suami tidak memahami kondisi si isteri). 9 bulan adalah satu tempoh yang agak lama, kalau tukar kepada minggu, akan dapat 40 minggu keseluruhannya. Kalau ada suami yang rasa kejap, cuba ikat perut kita dengan buah tembikai untuk 9 bulan, rasa lah sendiri ya! Ke kedai runcit beli barang, solat dan memasak serta kemas rumah. Saya pun lelaki, saya tak rasa saya mampu buat sehebat ibu saya buat, atau bakal isteri saya buat nanti kihkih.



Point saya yang pertama ini, saya nak buktikan kepada suami, kalau rasa nak marah isteri lebih-lebih, asyik nak memukul isteri je kalau ada salah sikit atau taknak bagi isteri balik rumah keluarga mereka lansung bila, cuba fikirkan balik sejenak, apakah sebenarnya pengorbanan isteri kita dalam mengandungkan anak kita. Ya, anak kita, bukan anak isteri  kita sorang sahaja.

Apabila zygote (ovum+sperm) diimplankan di dinding rahim si ibu, secara semulajadi

dengan kuasa Allah SWT yang Maha Menciptakan, placenta akan mula terbentuk

perlahan-lahan untuk berfungsi sebagai 'tunnel' bagi menghubungkan badan si ibu

dan si anak. Placenta tu bahasa Sains, bahasa kita ni tali pusat lah atau

bahasa kampungnya kita panggil sebagai uri.

Baby dalam kandungan tidak boleb makan macam kita makan KFC atau Kenny Rodgers (mood menulis sedang lapar), mereka perlu makan makanan yang sudah si ibu hancurkan

dan diberi zat-zat nya sahaja. Hebatnya kuasa Allah kan, segala benda ada

perancangan yang rapi dan tersusun. Rancangan Allah tu memerlukan si ibu

sebagai ‘orang tengah’ untuk memberi makan kepada si anak dalam kandungan,

hakikatnya hanya Allah SWT yang mengurniakan rezeki, itu keyakinan kita.

From that moment (placenta terbentuk), segala nutrisi-nutrisi, zat makanan seperti Calcium, Sodium, Vitamin, air dan udara serta darah akan disalurkan kepada anak kita melalui placenta tersebut. Bak kata orang, ibu dah menjadi kilang dan stor makanan, baby dalam kandungan menjadi consumer yang setia tak pernah tak guna produk tersebut.

Mengikut pengalaman senior saya, semasa beliau mengandung, bila baby dalam perut lapar, baby akan menendang perut si ibu. Fahamlah si ibu yang beliau kena makan.

Tendangan biasanya boleh dirasai pada minggu 18-20 minggu sampai lah masa untuk

melahirkan anak. Pandai pulak baby senior saya tu timing, tengahari lambat makan

sikit, terus oek oek oek dalam perut hehe.

Sakit dan tak selesa rasa tersebut, hanya isteri kita sahaja yang tahu. Waktu malam ke, waktu solat atau waktu kerja ke, mereka tendang sahaja bila lapar. Kadang-kadang isteri kita menangis tu bukan sebab mereka saja-saja, tapi perasaan naluri seorang ibu yang membawa seorang manusia dalam kandungan, perasaan sayangnya mereka kepada anak mereka, perasaan mampukah beliau menjaga kandungan itulah yang menyentuh hati dan perasaan mereka.

Perasaan perempuan senang sangat berubah, seminit tadi boleh tersenyum, seminit kemudian dah bermandi air mata. Suami kena lah pandai tengok raut wajah isteri, jangan

pentingkan kawan-kawan sokmo keluar ramai-ramai lepak di warung, tambah-tambah

masa isteri kita mengandung. Banyakkan masa gosok perut isteri kita, bacakan

al-Quran (baby akan dengar percayalah), buat matematik dan sains bersama-sama

(latihan minda untuk baby), baca buku-buku yang berfikir dan sebagainya. Sebab?

Itu semua memberi kesan kepada emosi ibu untuk terus kuat mengandung, dan

memberi getaran minda positif kepada baby dalam kandungan.

Bermula daripada awal kandungan lagi, isteri kita sudah berkorban untuk anak-anak kita, mereka lah yang supplykan segala keperluan anak sehingga mereka dilahirkan. Peringkat awal adalah peringkat pencamtuman dan pelekatan zygote pada dinding rahim, kemudian peringkat penghasilan organ dan kemudian peringkat kematangan organ. Semuanya memerlukan kudrat si ibu, betol lah kita kata Allah yang mengaturkan semua, tapi badan yang membawa dan memberi segala-galanya itu adalah isteri kita. Penat dan letih membawa kandungan adalah isteri kita, bukan sejam dua jam mereka letih kan, tapi hampir setahun mereka menjaga anak kita dengan rapi. Itu belum saya sentuh bab sakit perut sembelit si ibu alami apabila mengandung, kencing manis dalam mengandung, darah tinggi ketika mengandung, kurang darah ketika mengadung, loya dan muntaj masa mengandung, semua penyakit tu pada mulanya badan isteri kita lah yang kena dan cuba compensate balik supaya anak dapat dikandungkan dengan cermat dan sihat, kemudian kalau badanisteri kita lemah dan tidak mampu lagi melawan, barulah doktor akan memberi ubat tambahan.

Pernah dengar isteri kita perlu makan ubat Folic Acid dan Iron supplement? Itu untuk

menambah darah mereka, iya lah dah mereka berkongsi darah dengan anak. Dalam

sesetengah kes, ia boleh menjadi begitu severe.

So, kalau kita rasa asyik nak marah pada isteri, isteri minta kita urut badan mereka pun kita buat tak endah, cuba kita renung sejenak apakah pengorbanan isteri kita selama ini, ambil satu contoh sahaja, iaitu proses mengandung, betapa murninya tugas mereka menyimpan kandungan dengan baik sehinggalah mereka melahirkan. Sebab tu, lebihkan sayang kepada isteri, jangan menyakiti mereka. Selain daripada tempoh yang lama dikandungkan, si ibu yang mengandung ini sangat terdedah kepada pelbagai jangkitan yang berbahaya (terlalu panjang untuk saya bincangkan di kesempatan ini)

Sesetengah ibu pula yang mengandung pada permulaan, mereka boleh terdedah kepada penyakit 'morning sickness' yang teruk. Si ibu akan muntah dan loya, dan akan alahan kepada hampir segala jenis makanan. Saya bagi contoh kakak ipar saya, beliau hanya boleh makan burger sahaja di awal kandungan, semua nasi dan roti tidak boleh dijamah, kalau tidak mesti muntah. Badan mereka akan cepat lemah dan perlukan banyak rehat. Tapi kalau dah nak mencari rezeki untuk membantu suami, letih mana pun mereka akan paksa diri bekerja jugak. Ibu-ibu sekalian perlu ingat, keletihan dan stress adalah antara penyebab kepada keguguran, tambah-tambah di usia awal kandungan.

Inilah yang saya kata, pengorbanan isteri kita yang sangat besar dan bermakna

untuk melahirkan zuriat kita, ya zuriat kita juga. Kalau ada salah silap

sedikit, maafkan lah, jangan terus melenting dan memukul, nasihat baik-baik.

Orang perempuan sangat suka untuk dibelai dan dimanjakan, kalau salah

sikit-sikit, bagitahu mereka dengan baik, inshaallah mereka akan dengar. Kita pun

ada buat salah juga kan dalam usia rumah tangga? Ada isteri kita nak

pukul-pukul atau marah? Paling teruk pun membebel, so biar adil dan jaga

keharmonian hubungan suami isteri. Barulah tidak timbul masalah =)



2) Isteri yang melahirkan anak-anak

Dulu masa saya kecil, ibu bapa saya, cikgu-cikgu saya selalu sebut yang orang perempuan akan sakit sangat bila melahirkan anak. Kita yang masih kecil ni, dengar terlopong, mana lah tahu pasal beranak-ranak ni semua, ada ke budak lelaki kisah kan? Yang saya tahu dulu, saya suka bila masa Maghrib satu hari tu, umi cakap dia ada baby kecil dalam kandungan, yeay dapat adik, masa tu saya bongsu. (bila besar dah menyampah hehe)

Saya percaya ooo sakit ya, tapi budak-budak kan, mana lah saya faham lagi masa tu apa maksud mereka.

Bila saya mula belajar medic, perlahan-lahan belajar dan sampai di posting OnG (obstetrics and Gynecology), saya mula memahami apa maksud mereka, melahirkan anak adalah kesakitan yang paling dahsyat seorang manusia boleh alami masa hidup.

Saya faham sebab saya nampak, tapi bukan dapat rasa, jauh sama sekali untuk merasai.

Secara general nya untuk pengetahuan umum, proses kelahiran ahli perubatan pecahkan

kepada tiga fasa.

Fasa pertama: Fasa bermula dengan contraction (cemu) di bahagian perut ibu yang kuat dan lebih kerap berbanding minggu-minggu sebelumnya. Kemudian diikuti dengan bukaan jalan (dilatation and effacement) pada cervix, bukaannya bermula daripada 1cm sehingga 10cm maksimumnya. Cervix adalah kawasan di antara rahim dan faraj, so untuk melahirkan baby, cervix perlu terbuka dengan bukaan yang paling luas kerana rahim akan menolak baby ke cervix dan kemudian ke faraj, kalau salah satu tertutup, maka baby akan tersangkut. Saat ini si ibu akan rasa kesakitan yang kuat, bayangkanlah bila kulit dan daging di bahagian cervix mereka terbuka, yang selama ini tertutup rapat. Tidak ada ibu yang duduk rilek menunggu nak melahirkan anak-anak, masing-masing berpeluh dan muka merah sebab menahan sakit. Isteri kita memang kuat, sakit begitu pun mereka masih boleh berzikir dan berdoa, sabar dan tenang sahaja.

Fasa kedua: Fasa kedua bermula dengan apabila bukaan cervix sudah pada tahap maksimumnya iaitu 10cm, sehinggalah baby keluar sepenuhnya. Fasa ini adalah fasa yang paling sakit (hanya Allah SWT dan ibu sahaja yang tahu kesakitannya), bayangkan seorang manusia nak dikeluarkan daripada faraj seorang perempuan yang selama ini tertutup. Segala kulit dan isi di faraj akan 'stretch' sehingga muat untuk si anak lalu. Darah akan berlumurah di atas katil pesakit, isteri kita meraung macam Hulk (the avengers), nasib baik tak pecah cermin aje dalam labor room. Sakitnya tidak terperi, tapi itulah tanggungjawab isteri kita kan, tugas melahirkan seorang khalifah adalah tugas mulia seorang perempuan. Sebab tu hati ibu kita mudah tersentuh, bila anak-anak lawan cakap dan buat kesalahan, mereka cepat menangis bila mereka mengenangkan detik-detik melahirkan anak mereka masa kecil dulu.

Fasa ketiga: Fasa yang terakhir ini adalah fasa selepas selesai anak dikeluarkan sehingga ke proses penerimaan placenta (uri). Doktor yang bertugas akan menarik perlahan-lahan uri supaya ianya keluar dengan cermat tidak ada major bleedingberlaku (controlled cord traction). Isteri kita masa ni sudah mula kurang sakitnya, tapi penangan fasa kedua dan ketiga tadi, bukannya sekejap rasa sakit, sebab itu mereka perlu berpantang dan tidak boleh bekerja berbulan-bulan!



Untuk suami di luar sana, isteri kita banyak berkorban untuk diri kita dan keluarga, ini saya baru sahaja menulis beberapa perkara yang senang untuk difahami kepada pembaca. So, kalau isteri kita kadang-kadang rasa stress, tiba-tiba marah-marah atau nak balik kampung jumpa ibu bapa mereka, pertimbangkanlah hasrat mereka dan perasaan mereka. Jangan lepaskan sangat nafsu amarah kita, asyik nak explode sahaja, cuba fikirkan apa yang isteri kita sudah berkorban. Kalau kita ada masalah kewangan atau memang tak boleh cuti masa raya, bagitahu elok-elok dan minta maaf, cakap ke balik lain kali ya sayang.

Itu saya cerita belum details sepenuhnya dan belum lagi saya cerita ibu yang perlu menjalani pembedahan semasa melahirkan anak, anak yang tersangkut bahu di

tulang punggung isteri (shoulder dystocia), placenta yang tercabut (placenta

abruption), isteri yang meninggal semasa melahirkan anak, atau anak yang mati

ibu selamat, dan berpuluh lagi.

Hormati dan cintailah isteri kita, jangan tengking mereka senang-senang, jaga perasaan dan hati mereka. Benda yang kita perku didik, didik dengan betol dan cakap elok-elok, jangan terus nak memukul dan menengking sahaja.  Rahsia perempuan ni, mereka akan cepat cair (melting) bila kita cakap dengan baik-baik dan manis, so gunalah kelebihan tu hehehe.





3) Isteri kita selepas bersalin



Point saya yang terakhir ni, saya nak kongsi sedikit apa kesan kepada isteri kita dalam tempoh isteri kita berpantang selepas bersalin.



Isteri kita pun manusia biasa seperti insan lain, seperti kita juga, normal. Tempoh berpantang selama 2-3 bulan sebenarnya adalah tempoh yang penting untuk isteri kita recover daripada proses melahirkan anak dan tempoh yang penting untuk menjaga anak yang baru lahir.



Dalam psikologi wanita selepas bersalin, isteri kita boleh terdedah kepada dua kondisi yang bahaya menggugat emosi mereka, dalam medical kami panggil;



i) Postpartum ‘blues’ (PPB)

PPB adalah lebih merujuk kepada kondisi pesakit yang berubah emosi sementara, dan ia bukanlah penyakit mental. PPB akan memberi kesan emosi kepada si ibu yang baru melahirkan anak apabila si ibu mula merasa tidak suka diganggu, cepat marah apabila ditegur, tidur yang tidak terjaga, rasa tidak ada harapan dan mood yang sentiasa berubah mengikut situasi di sekeliling. PPB berlaku kepada hampir 50% wanita yang baru melahirkan anak ataupun kurang, biasanya bermula pada hari ketiga selepas kelahiran. Tempohnya berbeza mengikut individu, ada yang hanya mengalaminya beberapa jam dan ada yang beberapa hari. Biasanya mereka (si ibu) akan sembuh dan berubah kepada asal dengan sendiri, tapi sokongan moral daripada suami dan ahli keluarga sangat diperlukan untuk mempercepatkan proses ‘healing’.





ii) Puerperal Psychosis (PP)

PP adalah merujuk kepada masalah mental pesakit, ia bukan lagi biasa, ia sudah serius. Si ibu mula akan muram yang lama dan teruk, boleh melihat perkara yang orang biasa tidak mampu lihat, dengar suara yang tiada, dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat serta suka menyendiri. PP adalah sangat berbahaya bagi ibu dan juga si anak kerana si ibu boleh ada ‘suicidal thought’. Mereka boleh membunuh diri atau membunuh anak mereka. Ada kes yang dilaporkan si ibu tidak hiraukan lansung anaknya lapar serta kebersihan diri anak. Mereka mengabaikan. Kondisi ini serius dan perlu berjumpa dengan pakar sakit jiwa untuk rawatan lanjut. Biasanya apabila si ibu mula mengalamai kondisi PP ini untuk kandungan pertama, mereka akan mudah mendapatnya semula untuk anak-anak seterusnya selepas si ibu bersalin.



Dua contoh di atas iaitu PPB dan PP itu, hanyalah dua jenis penyakit atau kondisi yang boleh menyerang isteri kita selepas melahirkan anak kita, sedangkan ada berpuluh lagi yang boleh kena seperti Postpartum Haemorrhage (pendarah selepas bersalin),  Puerperal Infection (jangkitan selepas bersalin yang ada pelbagai jenis), Puerperal Pyrexia (demam selepas bersalin) dan banyak lagi.



Ini semua adalah pengorbanan isteri kita, kita sebagai suami sepatunya mencinta isteri dengan baik dan hargai mereka. Betol lah kita kata isteri saya tak kena pun, tapi mereka sangat terdedah kepada penyakit-penyakit berkenaan, kita yang lelaki ada terdedah? Beranak pun tidak, mana lah kita dapat.



Suami biasanya suka untuk mengikut emosi dalam melayani isteri, kalau nak kata penat bekerja, ramai sahaja yang isteri bekerja sekarang, mereka pun penat juga. Kalau nak kata suami banyak berfikir, isteri pun selalu berfikir contohnya nak masak apa tengahari ni, malam ni dan esok pagi. Jadi jalan yang terbaik adalah, sama-sama mengawal perasaan dan suppress kan emosi kita supaya tidak tersembur kata-kata nista serta cacian. Kita hargai isteri kita, bukan dengan duit semata-mata, tapi dengan menolong mereka sidai baju di ampaian, basuh baju, tolong jagakan anak semasa isteri sedang memasak, urut mereka ketika mereka letih bekerja seharian dan tolong sapukan lantai rumah.



Kan hebat suami begitu, isteri konfem sayang dan rindu kepada suami, tambah-tambah bila suami outstation berjauhan =)

Saya belum sentuh tentang pengorbanan ibu dalam menyusu anak-anak selama 2 tahun (maksimum biasanya untuk susu dada ibu), jaga tidur mandi pakaian anak yang masih kecil dan 1001 satu perkara lagi.



Kesimpulan yang saya ingin katakan, para suami sekalian, cintailah isteri masing-masing, belai dan manjakan mereka seperti mana kita nak mereka buat kepada kita. Kurangkan pergaduhan atau bergaduh mulut, mengalah dengan isteri memang susah gila bagi lelaki kan (aku tahu le), tapi sekali kita mengalah dan pergi minta maaf dengan isteri, penangan kita berbuat begitu isteri kita akan ingat sampai bila-bila, maklumlah perempuan akan ingat segala benda hehehe



Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan daripada sudut pandangan medical, dapat memberi inspirasi kepada suami untuk lebih mencintai isteri masing-masing. Tulisan saya ini hanya menyentuh perkara asas dalam mengandung, melahirkan dan selepas kelahiran. Insyaallah nanti lain masa, saya menulis pula KENAPA SUAMI PERLU SAYANGKAN ISTERI daripada sudut general life.



Amin, mudah-mudahan ya!

Selamat beramal!





By: DrJambang Pokwe

2 comments:

cik tebuan comot said...

Moga lelaki diluar sana lebih memahami prempuan atau seorg ibu.. mudah2an =)

Unknown said...

suami sepatutnya, lebih tunjukkan kasih sayang kat isteri mereka
Suami ni terkenal dengan awkwardness, kena kikis benda tu
takde tanda pun xleh, kena tunjuk jugak