Sunday 12 July 2015

Malu saya nak menulis #2

Malu 2.
Rasa malu lagi untuk menulis kali ini.
Semakin lama guna Facebook, semakin lama saya sedih.
Apa dah jadi dengan rasa malu anak muda-mudi kita pada hari ini?
Sehari dua ini, menjadi viral dalam FB gambar lelaki berbadan tegap dan sasa berkerja koyak durian di tepi jalan, nampak macam kedai simple, datang dengan kereta mak ayah begitu. Boleh dikatakan semua orang tahu lah agaknya, bila page yang post semestinya menjadi bualan anak muda-mudi, eh lupa nak mention, orang tua pun sama.
Saya tengok reaksi anak-anak kita, ada sebahagiannya nampak sangat tunjuk keterujaan mereka dengan gambar lelaki berkenaan. Bagi mereka, perkara biasa sahaja 'share' gambar-gambar tersebut dengan status-status gedik, sambil tag kawan-kawan kata,
"Sabariah, jangan sangap"
"Sabariah, tolonggg"
Saya mengaku, saya pun tengok gambar-gambar tersebut di FB, dah keluar dalam newsfeed kita, biasanya kita tengok aje lah. Tapi untuk share, like dan tag kawan-kawan, saya rasa malu sebab gambar lelaki tersebut tidak berbaju, dan nampak kurang sopan lah, dah aurat terdedah.
Orang kata, dah kau lelaki memang la kau tak suka dan tak share dengan kawan-kawan. Orang perempuan ni kan tertarik dengan lelaki, Tuhan sudah atur kan. Itu pun nak kena ajar, susah betol.
Masalahnya, kalau gambar perempuan sebegitu pun, saya tak rasa nak share dan tag kawan-kawan biar semua orang tahu yang kita suka lelaki tak berbaju tuh. Sebab bila saya share, beribu-ribu orang boleh lihat dalam FB, orang yang melihat akan ada 'bad thinking' dan mula bersangka yang tidak elok. Mula lah orang mengumpat yang tidak patut, kemudian kita kata 'claim' pahala la kononnya nanti di akhirat.
Bina badan tak salah pun, dalam hal ni lelaki tersebut tak salah pun, nampak bukan Muslim sahaja tuannya. Dalam Islam pun hukumnya harus bina badan kata UAI. Kalau riak dan suka duk tayang badan 6packs tu sahaja yang jadi haram. Masalahnya anak-anak muda kita yang 'riang ria' macam orang takde malu pula yang lebih-lebih.
Jaga lah sikit maruah kita, walaupun belum kahwin sekalipun (alasan common), nak ke kita duk 'menggatal' di alam maya, yang beribu orang boleh tengok dan judge kita?
Biasanya kalau saya nak tunjuk gambar-gambar yang so called 'inappropriate' ni pun, saya akan download gambar tu dulu dan share dalam Messenger secara senyap-senyap. Atau pun saya ambil 'link' status berkenaan dan share dengan kawan melalui Messenger. Kenapa?
Sebab saya malu kalau orang tahu saya tengok/share gambar sebegitu, walaupun pada asasnya tengok la juga, tapi untuk share di khalayak ramai, saya malu lah nak buat, adat kita bukan macam tu masa kita dibesarkan. Dari kecik lagi, kita diajar untuk malu, hatta nak mintak air dengan tuan rumah bila kita berkunjung ke rumah orang lain pun atau ke tandas rumah mereka pun, ibu kita dah bising-bising bila naik kereta balik. Nak air la, nak ke tandas la, macam2 lah awak sorang ni!
Begitulah biasanya dulu, asyik kita diingatkan pasal malu dan jaga maruah diri, saya bagi contoh yang simple sahaja tu, fikirlah sendiri apa yang selalu emak abah cakap suruh jaga malu. Bila besar, kebetulan emak abah takde internet dan FB, boleh la kita buat sesuka hati, lupa yang 'Tuhan ada FB/Twitter/WhatsApp'.
Kalau gambar yang buka aurat, gambar yang tulis mencarut, gambar yang kondem insan lain (walaupun mereka salah), saya nak 'Like' gambar berkenaan pun saya tak, sebab malu kalau-kalau nanti keluar dalam newsfeed orang lain Syazwan Fadeli liked this.
Pelbagai andaian manusia yang melihat akan buat, dan keluar di newsfeed orang lain. Makin ramai orang share, makin banyak ke pahala atau dosa kita kalau gambar tersebut yang tidak baik?
Contoh lagi yang saya boleh kongsikan bagaimana anak muda kita sudah terhakis sifat malu, video dubsmash yang dilakonkan lelaki kulit putih (cina melayu tak pastilah). Yang lelaki ni siap pusing-pusing kamera fon lagi nak ikut rentak lagu, kejap kiri kejap kanan, naikkan handphone atas sikit nak bagi muka nampak bujur, siap ketap bibir ala-ala nak bermanja.
Boleh sahaja anak muda kita comment,
"Nah tengok ni Sabariah, buat buka puasa kau"
"Sabariah, puas hati tengok yang ni?"
Bukannya comment dengan akaun tipu, anak muda kita komen dengan akaun betul sahaja, mereka tak kisahlah orang nak kata apa, asalkan kawan dia yang kena tag tu gelak sama-sama.
Bila saya terfikir tentang anak muda begini, saya selalu cuba untuk salahkan diri,
"Syazwan, kau tu terlalu 'syadid' sangat, janganlah semua benda kau tak suka, orang lain okay je"
Kita terlalu 'syadid' atau kita terlalu longgar sebenarnya?
Dah tu bila anak gadis kita gi peluk lelaki Korea, boleh pulak kita marah-marah dan menyampah. Yang selama ni kita duk share klip video lagu, duk share gambar laki-perempuan drama berpeluk-pelukan tu bagaimana pula?
Saya rasa ramai orang yang tak suka dengan saya menulis begini, tegur anak-anak muda-mudi kita, tapi bagi saya lebih baik kita tegur daripada berdiam, saya dah tengok ramai keluarga yang anak-anak mereka rosak akhlak, disebabkan emak dah ayah tak menegur semasa mereka kecil. Bila tegur masa besar memang melenting dan merajuk lah budak-budak tu, yang si perempuan lari ikut laki, yang laki siap bertumbuk dengan bapa kandung.
Kenapa saya prihatin dengan bangsa saya? Sebab anak saya nanti, tak mahu saya tinggalkan kepada generasi yang tidak ada rasa malu dalam diri.
Definisi malu luas, kadang-kadang berbeza mengikut bagaimana kita diajar dan dari negeri mana kita berasal, saya cuma ambil secara umum yang selalunya begitulah orang Melayu dididik.
Sabariah tak salah, tu contoh name je.

by: DrJambang

No comments: