Malu saya nak menulis kali ini.
Maaf saya kata, saya rasa orang kita sudah mula hilang malu dalam diri. Dulu masa kecil, saya masih ingat, selalu dengar orang kata, yang orang Melayu keistimewaan kita adalah, kita lemah lembut dan pemalu. Tapi harini, dunia cukup berbeza. Saya tak rasa generasi akan datang akan dapat memahami lagi.
Besar tajuk kalau nak dicoretkan, oleh itu saya menulis coretan luahan hati bukan sebab membenci, tapi sayang kepada anak bangsa sendiri, yang tak sedar, negara makin ‘terhakis’.
Saya bagi contoh yang simple sahaja. Kita mulakan dengan Facebook (FB), hampir setiap orang ada FB, malah ada yang ada dua-tiga accounts FB lagi. Besarnya fitnah di akhir zaman, hanya disebabkan internet.
Ada seorang kawan saya yang sudah berkahwin, tukar ‘profile picture’ facebook, perkara biasa sahaja kalau diikutkan. Apa yang saya terkejutnya, orang-orang yang komen, masyaAllah, macam tiada lansung perasaan malu. Nak baca pun malu. Ada sesetengah komen,
“Mata awak ni sama cam ex saya”
“Tkda lah comel pun”
Walhal, perempuan tersebut sudah berkahwin dan mempunyai suami yang sah. Dan yang komen tersebut, bukan menggunakan ‘account’ facebook yang tipu untuk sembunyikan identiti yang palsu, semua menggunakan account yang betul. Mana pergi rasa malu dalam diri masyarakat kita? Itu si perempuan menutup aurat dengan sempurna siap bertudung labuh lagi, kalau yang menayang badan tukar DP, agak-agaknya apa komen pemuda kita? Asyik nak komen kepada dada, bentuk badan dan geram-geram. Situasi yang semua orang pernah baca saya rasa, komen mintak nombor telefon atau memuji-muji walaupun sesetengah perempuan itu berpurdah.
Bukan kah, bila kita dah tahu si perempuan itu sudah bersuami, maka kita patut lah nak menjaga ikhtilat, nak bermesej pun kita tak berani, dah bini orang.
Bukankah sepatutnya, bila kita sudah bersuami/beristeri, kita perlu lebih menjaga ikhtilat kita dengan yang bukan muhrim? Mana sifat malu yang kita bangga-bangga kan sangat dulu tu?
Yang paling menyedihkan juga, dalam FB sudah wujud group-group yang memang mengajak anak-anak remaja kita kepada maksiat. Kepada ibu abah yang ada anak, percayalah, apa yang saya lihat di dalam group-group seperti,
‘Jom Couple’
‘Men Plu’
..semuanya memusnahkan akhlak anak muda-mudi kita. Semuanya mahu ‘mengawan’ sahaja lebih, maaflah kasar bahasa saya, kalau ibu abah baca, mungkin akan terkejut sampai tak sedarkan diri agaknya. Semua orang harini mahu mendapat tarikan, walaupun mereka memperbodohkan diri di depan ribuan pembaca. Itu belum saya bicarakan perihal group WhatsApp yang makin mudah menjalar antara anak muda-mudi kita, group couple, group mencari cinta, group suka sejenis dan sebagainya.
Ibu bapa..
Nak tahu macam mana anak gadis kita tarik perhatian sekarang?
Pakai cantik-cantik, belit tudung biar nampak serabut sedikit, warna-warni pakaian, buat mulut muncung gincu kemerahan, mata berair sikit dan ‘post’ dalam FB cakap baru putus cinta, perlukan seseorang yang memahami. Dan lihatlah sendiri, betapa ramai muda-muda akan komen untuk minta nombor telefon, minta bermesej, minta couple dan sebagainya. Sikit pun tiada rasa malu, sama ada si gadis tersebut, tambah-tambah yang memberi komen. Berpuluh-puluh lelaki akan komen, bunyinya sangat manis, tapi hakikatnya, semua mahu mengambil kesempatan.
Apa semua kecelaruan ini?
Mana pergi agama dalam diri anak-anak? Sifat malu dah dibuang dalam tong sampah agaknya. Yang bina badan cara bina badan, dapat badan segak sikit, mula buka baju dan ambil gambar ‘selfie’ kononya ‘6 packs’ la. Yang gaya ala-ala suka sejenis, bertaburan duk post gambar tak berbaju dan tidak berseluar dalam group-group sejenis mereka minta untuk lelaki cari mereka di tempat sekian-sekian. Percayalah ibu bapa, adik-adik semua, mereka yang terlibat ini bukan golongan biasa-biasa, malah golongan professional pun ramai.
Sebab itu, antara MSM (men who sexs with men) ini banyak sahaja yang kena pada golongan yang terpelajar, malah kalau diikutkan kepada seorang penceramah doktor dari Anti-Dadah Kebangsaan (kalau tidak silap saya) yang datang ke universiti saya tempoh hari, golongan yang suka sejenis ini, ramai sahaja yang sudah berkahwin, cuma kadang-kadang dalam 2-3 bulan, mereka tukar ‘selera’ untuk sejenis pula. Mereka bercakap dengan fakta nombor yang mereka catatkan, golongan-golongan yang sudah terkena AIDS dalam kalangan lelaki terutamanya. Ini bukan auta, ini fakta.
Allahurabbi, musibah apakah yang Engkau timpakan kepada umat kami? Kenapa sampai begini?
Dunia kita harini dah diserang dengan penyakit yang terlalu buruk. Tengok sahaja di Amerika, apabila mereka meluluskan perkahwinan sejenis, tahu lah kita dunia akan kiamat. Ingat apa yang berlaku kepada umat Nabi Luth yang Allah binasakan disebakan pelbagai maksiat terutamanya homoseks?
Berlambak-lambak group FB/WhatsApp/WeChat mempromosikan yang Gay dan Lesbian. Tidak perlu buat ‘secret’ group lagi sebagai ‘setting’, sebab semua orang sudah boleh terima dengan cinta sejenis. Maksud saya boleh terima, macam mana sekali pun kita menentang, akan ada orang yang cuba membela,
“Kasihannya mereka”
“Jangan berburuk sangka, mungkin Tuhan yang jadikan macam tu”.
Kalau yang tidak seagama saya boleh terima, sebab mereka tak kisah, kalau yang seagama, terkedu mendengar pembelaan mereka terhadap perkara yang Allah haramkan terang-terang. Beraninya mereka lawan hukum agama Allah.
Mereka kata.
Rakyat dah ‘open minded’ bro, tak perlu nak bising-bising kalau tak suka, tak suka boleh berambus, unlike, unfollow. Aku post, asal kau pulak panas? Itulah bahasa-bahasa dan gelagak mereka biasanya. Kadang-kadang saya fikir mereka sengaja mahu letak gambar yang orang benci, supaya nak tulis “Haters are everywhere”, “Its my life, dont judge me easily” dan mula mendapat sokongan daripada kawan yang tidak faham agama juga.
Kasihannya kepada adik, adik belajar pun belum habis, nak membela kawan sampai lawan hukum Allah SWT? Adik tahu apa tu neraka? Ingat api mancis ke?
Apakah yang melanda anak-anak kita pada harini wahai ibu bapa?
Musibah apa yang Allah turunkan? Mana pergi pendidikan Islam yang belajar di sekolah? Atau kita nak salahkan sistem pembelajaran sekolah gagal mendidik anak-anak kita menjadi orang berguna dan beragama? Asyik-asyik sekolah yang kena, guru lah menjadi tempat selalu orang menunding jari bila dah tak tahu kepada siapa nak disalahkan.
Takkan salah sekolah sahaja. Didikan ibu bapa yang memberi handphone pada usia muda kepada anak-anak macam mana?
Dalam setiap diri insan ada nafsu (tak kisah la ustaz, pelajar, muda atau tua) dah ibu bapa bagi pada usia muda, boleh lah mereka layan video lucah, gambar lucah, cerita lucah dan sebagainya sejak kecil lagi. Bila besar, masing-masing dah terbiasa dengan kelucahan, pergaulan bebas, lawak jenaka berunsur seks dan banyak lagi tak termampu nak saya cakap. Sebab tu anak muda kita tak kisah ke kelab malam berjoget dan main dadah, memang itu yang mereka selalu tengok dalam internet dan dalam movie Melayu, bila dah berani sikit, mula masuk ke dalam kancah penzinaan dan minuman arak.
Kawan saya orang kampung macam saya, pergi menuntut ilmu di universiti terkenal dengan orang Melayu di Selangor, terkejut bukan main! Mana tak nya, kawan-kawan hujung minggu keluar ‘clubbing’ di kelab-kelab malam. Beliau balik kampung dengan bersungguh-sungguh cerita kepada saya kehidupan di sana macam mana, saya dengar pun terlopong.
Masyaallah remaja kita.. Jauhnya terpesong dari agama.
Terdiam saya mendengar. Ingat lagi kes remaja kita mati disebabkan terlebih dos dadah ketika berpesta di FMFA di Bukit Jalil? Betapa tragisnya kematian mereka, gambar-gambar yang disebarkan, mengaibkan mangsa. Itu belum lagi gambar anak muda-mudi kita hanya bercoli berpesta ala-ala orang tidak waras, penuh dengan minuman keras. Pada asasnya, kalau negara kita betol negara Islam, tak sepatut lulus pun pesta liar sedemikian.
Di sini saya juga ingin ketengahkan satu contoh yang penting memberi kesan negatif kepada rakyat amnya.
Saya tidak kisah kalau orang tidak boleh terima contoh saya. Contoh saya ialah rancangan ‘Lawak Ke Der 2’ yang ditayangkan beberapa tahun lepas. Pada mulanya saya teringin sangat nak tonton, sebab rancangan lawak kan. Tapi harapan saya hancur apabila betapa banyaknya unsur-unsur seks yang diketengahkan oleh pelawak yang tidak tahu malu dan buruk maksudnya. Saya tengok sekejap, saya pelik, kenapa dalam hampir setiap lawak yang mereka nak lakon atau cakap, mesti ada unsur-unsur ‘double meanings’, yang kalau kita fikir lain sikit, dah dimaksudkan lucah. Kenapa asyik pasal sexs dan lelaki-perempuan sahaja? Siap bunyi emmm emmm lagi!
Dah takada idea nak buat lawak biasa? Itu sahaja cara nak cari makan? Yang hadir di dewan tersebut, kihkih duk gelak buat malu-malu, malu buat apa? Dah kamu suka dengan lawak, tak payah gelak malu-malu tunduk. Saya tengok pun tak sanggup, lebih baik layan Kung Fu Panda.
Sebab tu ustaz pernah kata, movie kita orang Melayu Islam yang berlakon, tapi nilai Islam tiada. Baik tengok cerita Kung Fu Panda , ada nilai-nilai Islam walaupun pelakonnya tidak.
Saya tak mahu secara jelas sebut nama dua pelakon terkenal tersebut, tapi semua yang pernah menonton, mesti akan faham dan kenal mereka berdua. Saya kesal dengan lawak mereka, merosakkan minda penonton dan memalukan umat Islam. Biarlah orang Islam lain hanya dengar sambil angguk, ini saya nak cakap yang saya bangkang. Saya bangkang sebab saya nak masyarakat kita tidak diperbodohkan dengan mudah sedemikian rupa untuk ikut. Saya nak rakyat pemikir dan pemimpin, penuh dengan nilai islami.
Keseluruhan lawak mereka berkaitan dengan perkara yang tiada kaitan dengan agama lansung, Ini rancangan yang disajikan oleh kaca televisyen kita, yang hampir semua remaja Melayu pernah tengok (tak semua). Pemikiran-pemikiran lucah macam ni la yang masuk dan menanahkan minda mereka, setiap benda yang diungkapkan dan dilihat, mahu sahaja dikaitkan dengan kelucahan. Yang di tahap sekolah, bila ke sekolah mereka ‘apply’ untuk rakan lain, berlawak lucah sini sana, mula-mula memang la marah, kemudian semua buat okay. Yang budak laki cakap pasal dalam kain, yang perempuan cakap pasal dalam seluar.
Mana pergi jawatankuasa agama untuk menjadi golongan terkehadapan untuk menentang? Eh.
Saya sedih dan malu. Apa yang sudah terjadi dengan anak-anak muda kita? Golongan tua ada yang terkena virus akhir zaman ni?
Trend terbaru harini. Bukan sahaja orang muda yang menggatal, komen yang mengarut dan buat benda pelik-pelik dalam internet, malah orang tua pun sama sahaja, malah bak kata kawan saya, mereka lagi teruk. Betol ke golongan tua pun kena?
Dulu sibuk mereka marah sebab anak muda tidak pandai bawa diri, ke bandar hilang asal-usul, teruknya anak muda dalam area Millennium ni, sekarang ni kita boleh lihat yang tua bangka duk komen menggatal dengan gadis, dengan isteri orang dan masuk group-group Gay, Lesbian dan sebagainya. Semua orang kena, bukan anak muda sahaja dah, yang tua pun sama. Saya tak suka bila kita salahkan satu pihak sahaja, padahal semua ada saham masing-masing.
Kalau ada Akademi Fantasia, mesti la ada Kilauan Emas.
Ustaz Kazim Elias pernah sebut dalam tazkirah beliau, beliau ada sebuah pondok yang ramai sangat orang tua datang untuk mengaji menadah kitab, baca al-Quran dan qiamuallai serta sebagainya. Ini kita tua, masuk program menyanyi duk berjoget, malu kat anak cucu. Ya saya hormat pilihan makcik pakcik, saja saya nak kata tak setuju sebab saya nak masuk syurga sama-sama semua. Dah tak cukup dengan Kilauan Emas, buat pula untuk rekrut anak-anak kecil, masih kecil sudah berlengguk tubuh badan, well done, besar-besar boleh masuk AF, bila sebelum mati masuklah KE.
Saya tak kata semua orang pengakhiran tidak akan berubah, tapi cara kita hidup menggambarkan kita akan mati macam mana. Ada sahaja yang hidupnya penuh maksiat, dengan rezeki Tuhan mereka berubah di saat-saat akhir, tapi berani ke main dengan kematian? Bila nak berubah? Sebelum mati? Masalahnya tahu ke bila nak mati? Kalau tak sempat? Ingat ke Syurga dan Neraka itu sekejap?
Satu lagi contoh yang saya rasa orang kita sudah hilang sifat malu, apabila mereka tak kisah buat video macam mana pun asalkan orang ‘Like’ dan ‘Share’.
Video yang saya ingin khususkan adalah penularan video ‘DUBSMASH’. Lihatlah gelagat-gelagat anak muda kita yang berjoget-joget, yang melompat-lompat, yang meraung-raung dalam video sedemikian. Niat asalnya memanglah nak bersuka ria ikut melodi lagu asal. Tapi, dengan joget, dengan melalak, itu ada nilai Islam ke?
Kata seorang ustaz, senang sahaja nak tahu benda tu baik atau tidak. Kita bayangkan kalau Rasulullah SAW ada bersama kita sekarang, agak-agaknya Rasulullah akan buat perkara berkenaan atau Rasulullah akan marah dan suruh tinggalkan kalau beriman?
Mana pergi malu wahai gadis dan pemuda? Mana pergi malu kepada Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mendengar? Kadang-kadang saya terfikir memikirkan, ibu bapa tahu ke video anak semua ini? Kalau ibu bapa tahu, mereka akan marah dan suruh anak berhenti atau mereka akan gelakkan sahaja? Pilihan di tangan masing-masing, ya saya tahu, sebab tu negara kita kurang hasilkan remaja pemikir, sebab terbantut dengan keseronokkan.
Saya sedih memikirkan, kenapalah mereka sanggup memalukan diri dengan buat video berkenaan dan ‘viral’kan supaya orang semua suka, tak kisah lah orang kutuk atau memuji, yang penting mereka famous.
Allahurabbi, apakah fitnah akhir zaman ini?
Dalam Tv haritu, pengacar sibuk mengulas dan menemu ramah seorang artis yang hadir di studio, yang buat video ‘DUBSMASH’ yang berjoget, melompat di internet, saya tengok pun malu nak tonton sampai habis. Mula-mula nampak macam sorang, bila tang ‘chorus;, dummbb! Ramai keluar berjoget. Masalah dengan sistem hiburan dunia akhir zaman, mereka seperti inilah yang diangkat dan dijunjung-junjung dibawa ke atas pentas, secara lansung menjadi ‘role model’ kepada anak-anak remaja. Anak-anak remaja yang sedang mencari makna diri, terus terjebak dan terikut, lahirlah generasi yang tidak ada perasaan malu.
Saya menulis, sebab saya malu dengan bangsa saya, yang tidak perasan negara mereka sedang dijajah oleh keseronokkan dunia. Saya tak mahu melihat bangsa saya merempat lagi seperti dulu, hidup di pedalam buat kerja dan jual kepada tauke-tauke sahaja. Saya nak bangsa saya jadi tauke dan ketua, bukan kuli. Saya sayang bangsa saya, saya nak bangsa dan agama saya gah dan dihormati, tapi kalau kita yang tidak hormati agama kita sendiri, macam mana kita nak mengangkat syiarnya?
Saya sedih dan hiba dengan remaja dan orang tua kita. Di mana kah nilai harga diri kita wahai saudara seiman ku? Saya nak berbangga tentang bangsa saya bila bercakap dengan bangsa yang maju. Saya nak bangsa kita jadi contoh, bukan banyak pun negara Islam di Asia ni, biar kita jadi contoh untuk negara-negara lain. Saya nak kita semua masuk syurga sama-sama.
Mintak ampun mintak maaf, anak muda cakap panjang.
Salam.
Like · Comment · 
  • Syazwan Fadeli

    Write a comment...