Saturday 11 July 2015

5 sen tetap duit aku

Sebelum teraweh, saya ke kedai alat tulis famous di Kelantan warna biru gelap temanya. Saje, saya gi beli sebuah buku 555 dan sebatang pen biru.
Bila bayar, saya bagi Rm5 kepada jurujual, sambil menunggu saya ternampak video CD Opik, dalam hati nak beli eh satu hari nanti.
Kemudian jurujual kakak tu menyapa sambil menghulurkan duit dengan resit,
“5 sen kita tidak ada ni deh”
Mati sekejap lamunan saya. Saya hulurkan tangan terima duit tersebut, dan saya kata,
“Biasanya kalau tidak ada 5 sen, memang tak bagi ye?”
Dia terus terlopong mendengar saya cakap begitu. Abang yang kat sebelah dia terus memandang saya, kakak sorang lagi yang sedang menulis pun memandang saya.
Dia kata,
“Ya..”


Saya terus angguk perlahan dan berlalu.
Saya pelik dengan sistem kedai sedemikian. Bagaimana boleh mereka menafikan hak pembeli, iaitu dalam kes saya baki pembelian sejumlah 5 sen, hanya kerana mereka tidak mempunyai wang syiling 5 sen? Ini bukan kali pertama saya kena, sudah beberapa kali. Dulu, saya ingat mungkin mereka tak sempat tukar duit atau sudah habis barangkali, saya diamkan sahaja tanpa bertanya. Situasi yang sama, jawapan mereka, mereka tiada wang syiling 5 sen.
Tapi bila berlaku lagi hari ini, saya rasa kita perlu bagitahu mereka yang ‘SALAH’ cara mereka berniaga.
Umi dan abah saya juga mempunyai satu kedai, mereka selalu cakap kat saya bila saya pergi membantu di kedai mereka, jangan bagi kurang kepada pelanggan sama ada duit atau barang, lebih sikit tak apa, sebab itu hak mereka kan?
Kalau kita perlu bagi pelanggan kita 10 sen, tapi kita hanya ada syiling 20/50 sen dalam laci duit, haa bagi sahaja 20 sen atau 50 sen kepada pelanggan, yang penting kita adil dalam berurus niaga. Macam juga timbang kilo gula, gandum atau apa-apa sahaja, jangan kita kurangkan timbangan, sebab itu hak pelanggan kan, Nabi dulu sangat telus dalam menjual barang kepada pembeli. Kalau lebih timbangan/barang, kita niatkan sedekah.
Untuk kes kedai tadi, saya faham. Mereka kedai syarikat yang ada banyak ‘branches’, tidak boleh untuk bagi duit baki sesuka hati, saya rasa setiap pembelian akan dibuat rekod dan akan ada audit masa akan datang. Dalam kes kedai umi abah saya, kami hanya satu kedai persendirian sahaja.
Tapi yang saya nak tanya, betul ke cara berniaga tersebut?
Kalau alik kita bayar kurang 5 sen, mereka akan bagitahu, encik kurang 5 sen ni dalam duit, faham lah kita yang macam mana pun, kita kena bayar lah 5 sen, kalau tidak ada, mungkin kita kena balik rumah ambik wang 5 sen dan datang beli balik.
Tapi apabila mereka (penjual) yang kurang 5 sen, boleh pulak mereka kata macam maksud mereka halal kan sahaja la deh, kami tak ada duit syiling 5 sen ni.
Mungkin ada pembaca yang tidak setuju dengan saya, alah 5 sen sahaja Syazwan, tak perlulah bersungguh sangat kan. Iya saya tahu, tapi bukankah kita pembeli ada hak untuk mendapat baki duit kita secukupnya? Bukan nilai itu sangat yang saya ingin bincangkan, tapi ‘attitude’ kedai-kedai ini yang ingin diketengahkan.
Kalau mereka bagi 5 sen pun, biasanya kita jarang lah guna kan, kalau saya duit 5 sen saya masukkan dalam tabung masjid sahaja, nak bayar parking kereta pun tak diterima (government logic). Ke ada meter yang terima? Setahu saya tak pernah saya cuba dapat. Saya cuma sedih yang mereka ambil remeh. Kita nak support kedai mereka dengan membeli di situ, sekali duit baki pun tak cukup.
Kalau anda perasan saya tulis di atas cara penjual tersebut cakap, itu bukan ayat ‘question’, itu adalah ayat ‘statement’. Seolah-olah, macam mana pun itu sahaja yang mereka ada. Kalau ayat pertanyaan dia akan berbunyi,
“Maaf ye encik hensem (tambah je hensem tu), kami tidak ada duit 5sen buat masa sekarang, boleh ke kami bagi tanpa duit 5 sen? Maafkan kami encik”
Kalau cakap minta maaf dan tanya dulu begitu, mungkin saya pun tak kisah sangat.
Saya tak salahkan penjual tadi dalam hal ini. Saya rasa bos/manager/penyelia yang bertanggungjawab menyediakan wang secukupnya, semua jenis duit syiling dan kertas lah, dah sape suruh ada sen sen belakang tu. Kalau nak salahkan GST pun, awak tetap kena sediakan duit, untung beribu-ribu sehari, bagi lah baki pelanggan ni secukupnya.
Saya ingat dulu umi pernah cerita, seorang orang putih yang bekerja di bank ditangkap kerana mencuri berjuta-juta duit bank. Orang pelik, takkan lah bank begitu bodoh tak mampu kesan hilang duit berjuta-juta kan? Pencuri ni sangat licik, beliau hanya ambil 1 sen dalam setiap transaksi yang berlaku setiap orang setiap hari, selama bertahun-tahun! Bayangkan, dalam bank yang besar, berapa ribu transaksi berlaku dalam satu hari kan? Beliau hanya disyaki selepas beliau membeli barang-barang antik yang mahal, ‘income tax’ konfem datang buat penyiasatan, kemudian beliau didapati bersalah kerana mencuri 1 sen dalam setiap transaksi pelanggan.
Haa, tak kaya mamat tu? 1 sen mana lah orang berkira bro, tapi benda tu tetap salah di sisi undang-undang, sama kes dengan 5 sen saya tadi, tetap salah, walaupun dia sebut ‘statement’ deh deh deh.
Saya tahu, bukan manager/penyelia/ bos yang akan baca status saya ni, tapi at least saya nak cakap yang kita wajib adil dalam berjual-beli. Jangan ambil remeh pasal timbangan, duit baki atau apa-apa sahaja hak pelanggan, sebab itu hak mereka yang wajib kita sebagai penjual tunaikan. Kalau kita dah usaha, tapi tersalah juga, itu memang di luar kemampuan kita. Ini kalau dari awal takde duit syiling 5 sen, macam mana tu?
Ustaz selalu kata, zalim ni bermaksud kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dah tu kes tadi, kalau pelanggan tak suka macam mana? Cuba lepas ni, korang pergi beli dan bila mereka kata tak ada 5 sen ni, cakap kat mereka, macam mana pun saya nak jugak.
Mesti terkejut mereka.
Kalau rasa nilai 5 sen tu sikit dan korang tak kisah, niatkan sedekah kepada kedai tersebut.
Tapi kalau korang rasa penting 5 sen dan nak disiplinkan penjual-penjual begini, minta hak anda, jangan malu, biar mereka takut nak buat lain kali.

by: DrJambang 

No comments: