Tuesday 14 July 2015

TIPS ‘SIMPLE’ UNTUK MENJADI SUAMI ISTERI YANG ‘SWEETEST’

TIPS ‘SIMPLE’ UNTUK MENJADI SUAMI ISTERI YANG ‘SWEETEST’

Assalamualaikum wbt dan hai.

Macam mana nak cakap ye, ermm, saya menulis tips-tips ni sebab saya nak kongsi dengan semua, supaya menghargai pasangan kita masing-masing hehe. Iya walaupun saya masih belum kahwin, tapi kita selalu perhati kan pasangan-pasangan yang sudah berkahwin kan? Dari pemerhatian itu lah lahirnya idea-idea ini semua. Itu sebab nombor satu lah.

Sebab nombor dua pula, umi dah mula bertanya pasal calon kihkih, so sambil-sambil nak ‘refresh’ ilmu untuk bakal berkahwin bila dah habis belajar, elok juga saya kongsikan dengan semua. Orang kata, makin banyak kita kongsi, makin banyak kita dapat kembali.

Tips yang saya tulis ini saya cuba fokuskan kepada bagaimana mahu menambahkan seri kasih sayang antara suami isteri, atau dengan kata lain, bagaimana nak kuatkan lagi rasa cinta kita kepada pasangan masing-masing. Insyaallah segala yang baik, boleh kita sama-sama amalkan, amin, semoga ada manfaat! =)

Selamat membaca, tips-tips yang ‘simple’ aje.

1) Suami tahu cara berkasih sayang

Kalau kita tanya kepada semua suami kat luar sana, sayang ke isteri? Semua akan kata mereka sayang isteri mereka. Siapa tak sayang isteri, idak ya?

Tapi lelaki/suami ni, kalau ikutkan cerita-cerita orang tua duk borak la, orang lelaki ada satu masalah sejak dulu lagi, orang lelaki tak pandai nak ‘express’ kan kasih sayang tu. Betol ke?  Mereka janggal nak tunjukkan level cinta mereka kepada isteri dengan perbuatan, tapi hati sentiasa ada cinta.

Sebab tu kalau kita tengok mak ayah kita kan, siapa yang banyak membebel? Mesti mak kan. Orang kata, banyak membebel maksudnya  banyak kasih sayang. Betol ke...... (banyak aku kena membebel sejak kecik)

Siapa yang banyak peluk dan cium anak-anak kat rumah? Mesti emak jugak kan. Kadang-kadang tu kalau tanya ‘members’ kita, ayah diaorang tak pernah nak cium peluk anak-anak ni. Ayah tak sayang ke? Eh bukanlah, memang sifat kekurangan lelaki ni, diaorang ‘awkward’ sikit nak tunjuk kasih sayang hehe.

Tips pertama saya nak kongsikan dengan para lelaki/suami sekalian, pandaikan diri anda semua untuk berkasih sayang dengan isteri. Start yang simple-simple je, saya bagi contoh;

Masa suami balik kerja awal duk rumah tu atau masa anda tak kerja hari berkenaan, namkpak je isteri balik rumah, cuba panggil isteri masing-masing duduk bersila depan tv. Kita duduk belakang mereka dan urut tengkuk mereka, taubat lahum mesti lega isteri yang sedang letih. Orang tanya, ini cara berkasih sayang? Yup, ini cara yang paling simple lah saya rasa.

 Konfem malamnya si isteri masak ikan tenggiri 3 rasa punyalah.

Kenapa? Sebab menjadi seorang perempuan ni, mereka suka untuk dibelai dan dimanja, mereka suka suami mereka layan mereka sebegitu. Walaupun si suami urut dalam 10-15 minit sahaja, itu dah cukup bagi isteri untuk membuang segala keletihan dalam diri. Sentuhan kasih sayang itu lebih penting, isteri akan suka dan makin sayang suami.

Contoh lain yang si suami boleh buat;
Bila nak keluar sama-sama pergi mana aje lah, suami tundukkan cari kasut isteri, dan sarungkan kepada kaki mereka untuk mereka pakai, insyaallah senyum lebar si isteri =) Mana tak nya, dilayan seperti permaisuri, begitulah sepatutnya.


2) Biasakan mulut kita untuk puji suami atau isteri

Manusia ni, siapa pun mereka, mereka suka untuk dipuji dan disanjung. Sebab itulah kita suka pakai yang cantik-cantik, suka bau-bau wangi. Bila orang ‘acknowledge’ dengan kehadiran kita,  kita nak mereka untuk puji dan hargai kita. Tambah-tambah kalau yang memuji itu suami atau isteri mereka sendiri, orang yang dekat dan selalu di samping kita. Senang kata orang yang ‘tidur sekatil’ denga kita.

Satu rahsia buat suami sepanjang tempoh perkahwinan, kita perlu peka sebarang perubahan atau sebarang ‘special’ yang isteri kita buat.

Contoh yang selalu suami buat silap, suami asyik terlepas pandang bila lah isteri mereka mula pakai pakaian baru atau tudung baru. Ambil tahu lah sikit-sikit nama tudung yang isteri kita pakai, AKEL, FAREEDA, ADIJUMA, atau apa-apa sahaja lah, nampak yang kita ‘concern’ dan ambil berat pasal mereka.

Bagi sesetengah suami, pakailah nak pakai baju baru pun, bagi mata aku sama je colour semua. Haa jangan begitu! Itu kesilapan mudah, merajuk lah si isteri, habis bergaya depan suami, suami tak puji sepatah haram pun.

Orang perempuan ni sifat mereka suka untuk kita (suami) puji mereka bila mereka ada buat ‘perubahan’, sama ada pakaian, perfume, beg tangan atau susun atur perabot rumah. Bagi kita, mungkin perkara kecil sahaja memuji mereka, bagi perempuan yang suka kan perhatian, benda tu ‘really big matter’. Dalam kes yang saya bincang ni, baju dan tudung lah.

Cadangan saya yang simple je, cuba suami tegur isteri,

“Eh awak pakai baju baru kan? Cantiknya bunga dan corak dia, sesuai dengan awak lah, potongan pun sesuai dengan badan awak Sabariah”

Insyaallah isteri anda akan ‘melting’ habis-habis punya.

Kalau lah katakan baju atau tudung tu sebenarnya yang dah lama isteri kita pakai (warning!), jangan risau, takdenya mereka nak mengamuk marah-marah, mereka mungkin kata,

“Eh abang, ni baju Sabariah yang lama lah, dan 3-4 kali dah pakainya”

Anda si suami, balaslah begini,

“Oh ye? Maksudnya awak lah yang nampak baru, sweet isteri abang ni, nampak muda dan cantik selalu, sweey 17”

Konfem, anda menang hati mereka selama sebulan (at least)

Untuk si isteri pun sebaliknya =)

 
Tip ketiga. Salah satu benda yang suami atau isteri kena elakkan berlaku ialah jangan kita suka sangat memuji orang lain berlebih-lebihan di depan pasangan kita.

Ini penting.

Cuba kita bayangkan, balik aje letih-letih dari tempat kerja, sampai rumah sambil kita berborak dengan isteri/suami kita, mereka memuji insan lain dengan lebih-lebih. Contohnya rakan kerja atau jiran atau sesiapa sahaja mereka jumpa.  Tak ke rasa sedih di hati kita bila pasangan kita lebih ‘nampak’ insan lain, hatta semasa berdua-duan pun masih sebut nama orang lain?

Untuk menjadi pasangan yang saling mempercayai satu sama lain, elakkan hal berkenaan. Macam saya cakap tadi, isteri ni suka dipuji, suami pun sama lah. So kalau kita puji orang lain? Terguris perasaan pasangan kita.

Saya tidak merujuk kepada isteri memuji lelaki lain sahaja, saya juga ingin merujuk kepada isteri memuji perempuan lain. Kenapa tu?

Ini sebabnya, sesiapa sahaja yang dipuji di depan kita, kita akan mula banyak berfikir tentang orang berkenaan, dan mula lah fikir apa yang tak patut semua. Contohnya, seorang isteri ni asyik memuji seorang perempuan lain di tempat kerja beliau,

“Sabariah tengok kan bang, Aisyah dekat pejabat tu rajin sangat kerja. Lemah-lembut orangnya, maklumlah orang asal Kelantan. Haritu pergi rumah dia, ya Allah sedapnya masakan dia. Kat pejabat pun pandai jaga hati bos, pandai itu...pandai ini...”

Cuba elakkan. Kenapa? Sebab bila kita bercakap begitu depan pasangan kita, apa yang masuk dalam minda pasangan kita tu, pasal perempuan tu le. Dah la tambah-tambah lelaki boleh pasang 4, boleh pulak kita duk ‘kempen’ pasal perempuan lain, walaupun niat kita nak memuji sebab baik sahaja. Boleh, tapi jangan kerap sangat, atau jangan sebut semasa masa berdua-duaan, ini sensitif bak aang.

Sekali suami kita ke tempat kerja mereka, dia berborak dengan kawan-kawan pasal Aisyah pula, orang kata jadi buah mulut orang, kan tak elok. Bila suami ke tempat kerja kita (isteri) pula, mata suami asyik nak mencari mana satu si Aisyah ni, sekali bertentang mata, itu yang bahaya tu.

Kalau isteri puji lelaki lain, lagi laa kan. So, isteri atau suami ke, sama sahaja, banyakkan puji pasangan kita, jangan suka memuji orang lain ye.

Nanti jadi madu atau bercerai disebabkan orang yang kita puji tu pula. Nasib la ye.
  4) Teman suami/isteri makan

Mungkin tips ini lebih saya tujukan kepada isteri-isteri solehah di luar sana.

Saya ambil tips ini daripada seorang penceramah yang berkongsi bagaimana mahu mengekalkan kasih sayang antara suami isteri, supaya ia nya jadi seperti satu ‘circle’ yang selalu ada. 

‘life is a circle, so does love!’

Isteri, kalau boleh teman lah suami kita makan di meja dan jangan biarkan mereka makan seorang diri. Ini kerana, kehadiran isteri semasa suami makan, boleh menambahkan kasih sayang suami kepada si isteri.

Si isteri tuangkan air di dalam gelas, si isteri isikan nasi, si isteri bukakan tudung saji, semua itu sebenarnya mampu menguatkan tali perkahwinan antara suami isteri. Nampak begitu cantik tapi simple kan? Orang kata, nak dapatkan barang yang terbaik, macam mana pun kita perlu berkorbanlah sikit. Sama juga dengan kes teman suami makan ni, korbankan sekejap masa kita, teman suami makan bersama-sama, dan berborak dengan mereka tentang apa-apa sahaja, kalau boleh bukan pasal kerja. Mungkin boleh bercakap pasal anak-anak, pasal rumah atau pasal bumbung, pokok bunga, pasal tayar kereta, apa-apa je lah. Isi nya, bercakap dan layan mereka, konfem suami suap nasi lepas tu hehe.

Bagi isteri yang sentiasa sibuk bekerja (cari nafkah kan, biasa la), mungkin kita tak de masa selalu untuk teman suami makan, kadang-kadang perlu ‘outstation’ atau shift malam ke, boleh tanya khabar suami dengan telefon mereka atau mesej sahaja;

“Abang dah makan? Sabariah ada masak tomyam merah kegemaran abang”

“Abang suka tak gulai tempoyak Sab (nama manje Sabariah) masak tu?”

Walaupun call atau mesej, suami mana yang tak terasa begitu dihargai kan?
Kalau suami anda cakap tak sedap, jangan menangis di tempat kerja, balik nanti gusti je terus, bagi penangan siku atau lutut. Suami bongok aje macam tu, kihkih.

Insyaallah suami akan lebih rapat dengan isteri. Minggu ni kita mesej mereka tanya pasal makanan, minggu depan suami mesej cakap ‘I love you’ masa kerja, haa kan ‘sweet’ kan? Apa salahnya, dah suami isteri, mesej lah apa sekali pun.


5) Selalu pimpin tangan pasangan kita

wink-wink*
Yang ni, jarang sangat orang buat. Saya tak tahu lah, ini cuma berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

Wahai abang-abang, atau kakak-kakak di luar sana, amalkan untuk pimpin tangan pasangan kita bila kita keluar sama-sama. Nak ke supermarket ke, nak ke kedai makan ke, atau ke mana sahaja lah (yang appropriate).

Sentuhan sebenarnya boleh mengeratkan hubungan, orang yang dah kahwin mesti akan setuju dengan saya. Kuasa sentuhan tu, perghh kuat beb. Dulu ada satu kajian dibuat selepas salah satu perang di Barat, mereka kaji jangka hayat bayi-bayi yang kematian ibu bapa semasa perang. Separuh bayi-bayi berkenaan akan dipeluk dan diimanjakan oleh nurse yang bertugas, separuh lagi tidak mendapat peluang berkenaan, di samping kakitangan nurse yang tidak cukup. Terbukti menunjukkan, bayi yang dipeluk dan dicium setiap hari, mempunyai jangka hayat yang lebih baik berbanding bayi yang tidak dibuat sedemikian! Ini contoh kesan sentuhan, sehingga ada saintis kata, anak-anak tidak akan membesar dengan baik kalau tidak dapat sentuhan daripada ibu bapa.

Kajian tersebut memang ada dapat tentangan, tapi selepas dah selesai ‘research’ semua la, mereka bangkang mereka buat kajian atas manusia yang hidup, dan ramai bayi mati dalam eksperimen tersebut.

Itu saje saya bagi contoh bayi, yang memang lumrahnya mahukan sentuhan ibu.

Berbalik kepada suami isteri yang kita bincang tadi pula, kes nya hampir sama. Daripada sentuhan lah boleh membawa kepada kasih sayang yang kuat. Sentuhan bermaksud ‘love’ atau ‘trust’, so suami atau isteri di luar sana, amalkan selalu pegang tangan pasangan masing-masing bila berjalan. Mana ada lelaki lain akan pegang tangan isteri kita idak ya kan? Akak-akak pulak, mana ada perempuan lain nak pegang tangan suami kita, so kita la yang halal ni. Kang ada sungguh yang memegang tangan suami kita, nanya makan tak habis la.

Iya saya tahu, kadang-kadang budaya setempat kita tidak berbuat berkenaan, sebab itu saya cakap tempat yang ‘appropriate’ sahaja lah ya. Kalau ke kenduri kahwin ke, dah biasa pasangan muda berpegang tangan. Masa nak makan tu pulak, lepas lah tangan pasangan kita, kang kena sekeh dengan suami tak de pasai hehe.

Kawan saya orang Terengganu pernah bercerita. Ayahnya seorang ustaz, kadang-kadang ayah dan ibunya akan ke pasar tanpa bawa anak-anak, sengaja mereka tinggalkan, anak sulong (kawan saya) pun dah besar nak jaga adik-adik. Si ayah selalu bila berjalan, akan memimpin tangan si isteri, walaupun usia dalam 40-an saya rasa, perkara itu sudah sebati dan ‘berakar umbi’ dalam tabiat kehidupan pasangan ini. Kawan saya sendiri yang cakap ‘nampak sweet gila’. Kalau anak pun cakap macam tu, perasaan suami isteri lagi la kan =)

 6) Faham status kewangan keluarga kita

Tips yang ini ‘very very important’ dalam mengekalkan status rumah tangga kita untuk hidup dalam harmoni. Semua orang faham fungsi wang kan? Orang boleh gembira sebab wang dan orang boleh bergaduh sebab wang.

Kesan duit/harta ni, adik-beradik pun boleh putus silaturrahim kan? Berebut harta peninggalan atau duit jual rumah dan sebagainya. 

Satu kes dulu yang keluar dalam surat khabar yang saya selalu ingat, seorang ibu tidak mahu redha anak-anaknya disebabkan anak-anaknya berebut harta peninggalan arwah suami dengan beliau. Sehingga si ibu junjung al-Quran dan kata nak tuntut di akhirat dengan anak-anak, perghh kuasa duit punya pasal, ikatan antara emak dan ibu pun hancur bercerai-berai. Si ibu saman anak-anak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat macam mana le anak-anak tu agaknya.

Kenapa saya kata pasangan yang sweet perlu faham status family kita?

Ini disebabkan, setiap daripada kita bekerja berlainan dengan memperoleh gaji yang berlainan.

Saya bagi contoh yang senang anda faham ya. Katakanlah suami kita seorang doktor, bergaji minima Rm5000 sebulan, boleh lah akak nak meminta-meminta sedikit wang untuk beli jam jenama BONIA atau beg tangan jenama LOUIS VUITTON, sebab suami akak mampu. Suami pun apa salahnya, dalam 5 tahun belanja isteri satu-dua barang bernilai, jam tangan ke, beg tangan ke, gelang emas tangan ke kan?

Cuba kalau suami akak berkerja biasa-biasa sahaja, saya bagi contoh suami akak bekerja sebagai driver lori (tiada niat lansung saya ingin memperendahkan, sekadar contoh), gaji bulanan si suami minimum nya ialah Rm2000, tak boleh lah akak nak mengidam yang di luar kemampuan suami kan. Nak beg tangan yang mahal-mahal macam Datin Rosmeh, nak jam tangan jenama GUESS ke, sebab akak kena memahami status kewangan suami akak dengan baik. Kita lihat suami kita bergaji berapa, kita try congak-congak sendiri, kalau aku minta yang mahal-mahal, agak-agaknya suami aku mampu ke? Dengan sekolah anak-anak, barangan dapur, cukai itu ini, sewa rumah, sewa kereta dan ansuran motor serta sebagainya. Kalau akak memang ambil berat akan kewangan dan akak memahami, akak akan minta yang biasa-biasa je, yang tak ‘branded’ sangat lah, sebab akak tahu suami akak kurang berkemampuan.

Tak kisah lah kak, orang nak kata kita pakai barangan murah atau cap ‘pasar malam’, satu je nasihat saya. Beratus-ratus kes cerai kat mahkamah yang masih dalam proses tu, bukan golongan yang miskin aje ada nya, yang kaya lebih-lebih lagi agaknya. Maksud saya, dengan akak membeli barangan mahal, bukan akan menguatkan ikatan perkahwinan terus, tapi ia memang bergantung kepada bagaimana pasangan tersebut ‘survive’.

Kalau akak pakai yang murah, tapi akak memang memahami suami akak kurang wang, lagi lah terjaga ikatan suami isteri. Suami tak stress, akak pun tak mengharapkan yang sukar suami akak tunaikan, last sekali masing-masing suka dengan seadanya, tidak terlalu ‘materialistik’.

Tapi percayalah, walaupun gaji suami akak murah, biasanya kalau akak minta nak gelang emas, insyaallah mereka akan belikan. Emas ni memang dah sinonim dengan wanita kan? Harga pun tak jatuh, suami akan simpan duit slow-slow menabung untuk membeli, tapi jangan rush, rilek je, insyaallah Allah bagi punya kalau kita sabar =)

Sampai satu tahap bila akak dah tak kisah sangat dengan barang-barang untuk orang tengok semua ni, akak pandang isteri orang lain pakai beg tangan harga beribu-ribu pun akan tak kisah sangat, sebab akak tahu yang lebih penting suami aku sangat sayangkan aku, sentiasa menjaga aku, cukup pakai makan minum, tak apelah tak mampu pun. Di situ, kesempurnaan akan terserlah, kuat betol kasih sayang!


Saya rasa sekadar itu sahaja lah dulu tips-tips yang saya ingin kongsikan. Tips-tips berkenaan saya rasa ‘simpe’ tapi sememangnya ‘sweet’ kalau pasangan sentiasa buat antara satu sama lain.

Hampir semua tips tersebut tidak memerlukan anda keluarkan wang pun, Cuma perlu ubah gaya hidup dengan pasangan masing-masing sahaja. Orang yang layan isteri dan keluarga dengan sebaik-baiknya adalah orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka mengutamakan keluarga mereka dalam berkasih sayang.

Semoga ada manfaat dan kita boleh ‘apply’ kan sama. Insyaallah amin =)

Sabariah tak bersalah, nama contoh je tu, hehe.




Salam,

Doktor Jambang.

No comments: