Saturday 25 July 2015

ADIK AISYAH DAN KANSER [ 2014 BASED ON TRUE STORY ]

Khas untuk AISYAH YANG TABAH

23 Ogos 2014, Sabtu
Aku ingat lagi tengahari tu. Aku duduk2 dengan Aqilly dan Nazreen di sebuah rumah kawan di Pasir Mas. Aku tanya Aqilly, macam mana dengan Aisyah sekarang? Aku tersenyum sebab Aisyah yang kecik dulu aku kenal, dah makin sihat dah dalam setahun ni. Aku tengok makin tembam ada lah gambar dia dalam FB. Tapi, aku lihat kedutan dahi Aqilly mula muncul, dan dia memandang ke bawah. Nazreen yang di sisi kanan aku, setia mendengar tanpa bersoal apa-apa. Eh kenapa?
Aqilly sahabat baik aku masa di sekolah lagi, sekarang belajar dalam bidang kejuruteraan di Perancis, Nazreen pula menyambung pelajaran ke Mesir, dalam bidang perubatan. Masa cuti semester macam ginilah, semua boleh keluar dan duduk2 sambil bukak cerita masing2. Kadang2 pergi lawan snooker, kadang2 keluar makan dan ada juga lawan bowling.
"Aku pergi ambil Aisyah dari HUSM haritu, biasalah dia ada temujanji dengan doktor pakar dan ada rawatan fisioterapi untuk tulang kakinya setiap minggu. Tapi kanser tu ada balik wan, doktor kata naik ke paru-paru pulak kali ni. Aku tak tahu wan, doktor kata kanser".
Aku dan Nazreen diam. Diam jika dibandingkan dengan riuh rendah kenduri di belakang kami ketika itu. Kanser baru? Kanser yang dulu bukan dah mati? Bukan 6 kali dah Aisyah buat rawatan kemoterapi? Sampai gugur rambut, badan mendadak jadi kurus kering semua tu? Banyak perkara yang aku nak tanya, tapi aku memilih untuk diam, sedang imbas kembali ilmu-ilmu onkologi apa komplikasi kalau betol kanser tu dah merebak dalam paru-paru. 
Nazreen pun faham, dia pandang aku sambil merenung.
Aku panggil kawan2 ku yang lain, Aisyah, Teh dan Thalithah untuk berbincang perihal Aisyah, bincang dalam kereta aku sahaja dalam perjalanan balik. Aku dulu ada juga emak sahabat baik yang kena kanser paru-paru dan hati, dan aku takut perkara yang sama akan berulang di depan mata aku sekali lagi. Kami berbincang dan buat kata sepakat untuk buat yang terbaik untuk Aisyah. Walaupun kami tahu, kami bukanlah doktor, bukan ahli kanser atau pakar bedah apa2, tapi kami nak mengukir senyuman di wajah Aisyah itu. Kami nekad dan bersetuju, malam tu aku memandu pulang ke rumah sambil dalam linangan air mata. Kenapa ya Allah? Kenapa mesti kanser? Yang dulu Kau beri pun belum sembuh sepenuhnya, kini Kau ujinya lagi? Aku tak tahan, ini semua mesti ada hikmahnya, aku berdoa.
24 Ogos 2014, Ahad
Bertolak seawal 705 pagi ke HUSM untuk 'shooting' filem pendek bagi tujuan pembelajaran 'junior2, yang bakal masuk semester depan. Itu pun pensyarah yang telefon masa cuti untuk datang tolong. Dalam kalangan 9 orang pelajar yang datang, salah seorangnya ialah Aiman, sahabat semeja dalam kuliah perubatan. Usai kerja ala2 jadi pelakon la kononya, aku ajak Aiman teman aku ke KBMALL, sebab nak beli hadiah untuk Aisyah. Alasan aku senang saja. Aku semua adik-beradik lelaki, so tak reti nak pilih sangat hadiah untuk perempuan ni. Haha. Aiman ni orangnya memang suka menolong, kulit putih melepak macam Cina.
3 kriteria hadiah untuk Aisyah ni. Satunya, mesti bersifat perempuan, keduanya mesti yang 'happy2' dan ketiganya harga bawah RM100, maklumlah duit JPA tak masuk lagi, tak mampu yang mahal2 nie! smile emoticon Usai solat Zohor, kami mulakan pencarian. Fuuhh, ingatkan senang nak beli hadiah, rupanya itulah kerja paling susah dalam dunia ni selain daripada teman umi beli barang2 shopping dia, hehe. Semua benda masuk dalam fikiran nak bagi 'balance'. Nak yang feminine la, harga mahal tak lepas pulak, nak beli kasut futsal dia perempuan. Eh..
Dah habis bertengkar bertampar berhujah dengan Aiman, alhamdulillah dapat la jugak hadiah2nya yang tak seberapa. Satu patung 'teddy bear' (sangatlah cantek, nasib baik aku laki, kalau tak memang aku akan beli untuk diri sendiri), satu frame gambar untuk 6 keping gambar bersaiz 4R dan satu kad ucapan dengan hiasan bunga 3D di luar. Wahh cantiknya! smile emoticon Rasa sungguh bertuah sebab berjam2 mencari, dapat jumpa empat hadiah dan still masih ada duit lebih,
Kemudian kami ke kedai POPULAR dan SMO, beli 5 helai kad manila besar dengan warna yang berbeza-beza dan ring2 besi untuk kertas. Dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang, aku singgah di asrama SMKA Lati untuk berjumpa dengan wakil setiap kelas tingkatan 4. Mereka ni semua kawan2 Aisyah dulu, lepas Aisyah di diagnoskan dengan kanser lutut semasa tingkatan 3, Aisyah pindah sekolah, jarang dah mereka boleh jumpa. Aku bagi kad-kad manila tersebut, dan amanahkan mereka untuk hiasi setiap satunya dengan kata-kata semangat kepada Aisyah, masukkanlah gambar gambar mereka bersama, hadis tentang kesakitan adalah penghapus dosa, ayat al-Quran yang menjanjikan syurga serta janji Allah kepada orang beriman, lukisan cartoon ala hari raya atau apa2 sahaja yang mendorong Aisyah untuk terus tersenyum! Hehe. Mereka faham, dalam hati aku, minta2 lah mereka buat cantik. Selesai solat Isyak sekali semua, aku pulang ke rumah.
25 Ogos 2014, Isnin
Malam tu aku kurang lena dalam tidur, sebab esoknya (hari ni) aku ada kerja penting di sekolah lama. Tepat pukul 700 pagi aku bertolak dengan Myvi hitam kesayangan umi aku ke SMKA Lati. Tujuan kali ini berbeza pula, aku pergi dengan tujuan nak shooting gambar setiap kelas tingkatan 4, supaya nanti boleh aku print laser dan masukkan dalam frame yang beli semalam. Mesti Aisyah suka! Hehe. Dalam pukul 715pagi Aiman 'call' aku sebab dia sesat jalan, dia datang dari Kota Bharu. Haha. Kemudian Aiman sampai dengan beg kamera DSLR nya di sisi bahu, aku pula sibuk memegang hand-bag warna merah yang ada laptop dan gambar2 contoh kepada Aiman. Tangan satu lagi aku duk memegang frame gambar. Habis sahaja perhimpunan harian pelajar, aku kumpulkan pelajar dan bagi arahan kepada semua pelajar tingkatan 4 untuk bergerak kepada lokasi yang ditentukan. Nak bagi ada variasi kawasan shooting gambar, nampak meriah sikit smile emoticon
Lepas berbincang dengan Aiman, ada lima lokasi berbeza untuk lima kelas yang berlainan.
1) Taman kantin yang penuh dengan pokok
2) Antara dua pokok yang berlatar belakangkan pintu gerbang sekolah
3) Atas tangga utama di tengah2 sekolah
4) Sisi jalan utama sekolah yang di belakangnya dewan
5) Perkarangan perhimpunan
Selesai semua proses mengambil gambar, berlari-lari anak kami mengejar masa supaya tidak mengganggu P&P mereka, aku bawa Aiman untuk perkenalkan kepada beberapa orang cikgu, Cikgu Hamdah, Cikgu Hasliza dan Cikgu Hashimah. Semua cikgu sibuk bercerita pasal Aisyah. Rupanya cikgu2 pun tahu perkembangan Aisyah, alhamdulillah, mereka memang mengambil berat. Tak jemu-jemu mereka mendoakan Aisyah. Be strong my dear sister! Tak lupa kami melawat Ummi, pengetua sekolah aku. Memang lawatan wajib kalau ke sekolah, mesti 'at least' kena jumpa beliau dan berborak2. Kadang2 topik kahwin, kadang2 pasal pelajaran. Memang sempoi dan 'can go in' lah dengan beliau. Ummi pun tahu pasal Aisyah, alhamdulillah.
Kami terus ke surau sekolah di kawasan asrama untuk proses meng'edit' dan transfer ke dalam laptop aku. Aiman ni jenis ada barang2 maju lah katakan, kamera DSLR, Ipad, Iphone, Ipod... Sebab tu panggil dia datang. Jauh tu dari KB. (Tqvm Aiman!) Aku? Krik krik.. Sebelum masing-masing pulang, aku ajak Aiman ke Pasir Mas, ke pasarnya, untuk pekena Nasi Sup Daging Bakar, jam baru 1100pagi. Tak payah tanya sedap ke tidak, yang penting dua-dua tersenyum lebar. Untunglah Aiman aku belanja mung!
Bangun dari tidur lepas Zohor, aku terus ambil motor merah LC aku, aku pecut ke Rantau Panjang. Sengaja nak pergi petang sikit, letih balik dari sekolah tadi masih terasa di badan. Lagipun, lima minit sahaja dari rumah aku ke kedai tu. Satu-satunya kedai gambar kodak yang siap terus untuk print gambar.
Alangkah terkejutnya aku, kedai tu tutup! Berdebar punya Allah lah tahu. Esok dah nak pi rumah Aisyah dan bagi semua barang ni. Bila jumpa dengan tauke kedai, dia kata mesin dia rosak maa, dan bagitahu aku ada dua pilihan untuk print gambar dengan cepat. Sama ada aku perlu masuk ke Golok melalui imegresen dekat tu aje, atau aku ke Pasir Mas. Kalau masuk Golok kejap je, tapi passport pulak tak bawak, aku pulak tak biasa kat sana. Haihh. Kalau nak ke Pasir Mas, nak ke 25km jugak nak sampai. Alaaa, apasal la masa tu baru tahu tak leh print.
Aku naik motor, terus pecut ke Pasir Mas. Dalam raga motor ada satu keping fail kertas dan pen-drive hitam dalam poket, nasib baik pakai topi keledar masa keluar tadi. Punyalah laju aku pecut, nak kena cepat takut kedai gambar tu tutup. Peluang terakhir sebelum esok. Duk elak-elak kereta, sempat juga tengok awan, dah makin mendung. Kalau hujan, habislah aku kali ni. Sampai je kat kedainya, dalam keadaan tercungap-cungap(cehh padahal motor yang letih), terus aku dapatkan tauke.
Ada 7 gambar semuanya. 5 gambar kelas, satu gambar Aisyah dan kawannya, dan satu gambar kata2 semangat. Yeayyhh!
Lepas siap tauke muda tu print, aku bayar dan tengok-tengok gambar tersebut di depan kaunter kedai sederhana buruk tu. Cantik sungguh Aiman ambil gambar, hidayah Allah betol aku jumpa dia masa di HUSM haritu, kalaulah aku yang ambil, memang nampak muka aje le... Hihi.
Aku panggil tauke tu sekali lagi, "Tauke, kasi ini gambar satu copy lagi, semua gambar-gambar!". Tujuannya, aku nak buat simpanan peribadi, masukkan dalam album gambar, sekali dengan gambar2 aku semasa ke Eropah dan Jepun tempoh dulu. Semua perjalanan hidup yang aku anggap penting, aku masukkan dalam album. Kisah Aisyah ni? Cukup penting bagi aku. Aku dan kawan2 yang lain dah janji dengan Aqilly, untuk tolong Aisyah setakat yang termampu. Siap aje gambar semua, aku terus pecut ke Rantau Panjang, sebab awan gelap macam hari nak hujan. Aku letak gambar dalam satu file buruk dalam bakul motorsikal aku, kalau hujan habislah gambar2 ni.
Lepas solat Isyak, aku duduk di ruang tamu rumah. Terbongkok-bongkok sebab duk masukkan gambar-gambar tadi ke dalam 'frame'. Susah bukan main, sebab kacanya nipis dan mudah pecah. Teliti sungguh aku malam tu. Alhamdulillah, aku berjaya masukkan semua keenam-enam gambar dalam tempatnya, aku tekan-tekan sebab nak bagi kemas, bawahnya aku lapik dengan karpet.
Bila sahaja aku balikkan ke muka hadapan frame, @&$#%€£¥! Salah satu kaca gambar tersebut pecah. Terpinga aku sekejap dibuatnya, macam mana nak buat ni? Takkan nak pi KBMALL nak beli satu lagi. Bajet pun dah tak cukup. Lagipun satu je pun yang pecah. Aku merungut sungguh malam tu, nak buat baik pun Allah uji. Ahh! Dalam hati aku, maaflah Aisyah, abang dah cuba yang terbaik nak masukkan gambar, pecah pulak dah ni haa. cry emoticon
Malam tu sebelum tidur, sambil rebahkan badan atas katil, sakit2 badan sebab duk ke hulu ke hilir sepanjang 2-3 hari ni, aku mula muhasabah diri. Apalah agaknya yang selalu difikirkan pesakit-pesakit yang ada kanser? Sakit ke setiap masa? Macam mana harapan mereka kepada Allah, mereka merungut atau tidak dengan ujian istimewa ini? Allahuakbar. Aku terlelap dengan sambil bertafakur dan berfikir macam mana nak ganti kaca frame yang pecah. Mustahil... Esok dah harinya. Aisyah kena kuat, sebab kami abang2 dan kakak2 pun kuat tau untuk Aisyah.
26 Ogos 2014, Selasa
Tak tahulah macam mana, pagi tu aku mengadu kat abah yang salah satu cermin 'frame' gambar untuk Aisyah pecah. Buat suara sebak-sebak sikit kat abah, hehe mohon simpati. Hari aku ke KBMALL beli hadiah untuk Aisyah, aku ada bagitahu umi dan abah pasal Aisyah, adik Aqilly ni yang kena balik kanser, nak mintak subsidi sikit nak beli hadiah. Hihi, alhamdulillah abah bagi duit, hampir separuh dapat, untungnya.
Lepas mengadu, abah pun kata,
"Mari sini cerminnya, abah bawak pi kedai cermin dan tempah baru. Insyaallah boleh siap pagi ni kalau nak satu je. Nanti awak Wan pergi ambil dalam tengahari. Biar abah bayarlah"
Kebetulan masa tu abah memang tengah tempah cermin untuk rumah. Subhanallah, cantik sangat percaturan Allah kan? Ada sahaja suratan@kebetulannya. Aku bagi kepada abah cermin dan dalam tengahari tu, aku pergi ke Rantau Panjang, ke kedai lain untuk balut 'frame' tersebut dalam kotaknya. Aku beli pembalut gambar gadis2 DISNEY, dengan harapan cantiklah untuk Aisyah yang berumur 16 tahun tu. smile emoticon
Siap beli, aku bawa kepada seorang kakak ni, katanya dia boleh tolong balutkan. Siap balut, aku tengok errmmm, macam tak puas hatilah pulak, ada kedutan ketara dan lipatannya tidak kemas. Mana boleh, aku mesti buat yang terbaik. Dah berapa hari bertungkus-lumus, tak kan pembalutnya macam ni. Aku nekad pergi beli satu lagi pembalut, dan senyap-senyap bawa ke kakak seorang lagi. Pembalut still gambar gadis2 cantik DISNEY, cuma warna latarnya lain. Mintak dia pulak balut. Haha, lawak jugak bilik kenangkan balik.
Lepas asar, aku naik kereta terus ke asrama sekolah SMKA Lati, jumpa dengan Latiff untuk ambil kad-kad manila ucapan semangat daripada setiap kelas form 4. Kad-kad tersebut ada dalam plastik hitam, aku letakkan di seat sebelah pemandu, aku terus ke rumah Aisyah. Sampai sahaja di rumah mereka, abangnya Aqilly menyambut di muka pintu. Sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawan lain yang datang, ayah Aisyah dan emaknya juga ada. Aisyah pun ada, dengan tongkat berkaki empat di tangan selalu.
Makan nasi arab, air warna-warni, ada kek (kebetulan harijadi seorang kawan, Aideed), dan sambil berborak2 pasal pelajaran. Aku keluar sekejap dan masuk ke dalam kereta untuk ambil hadiah2 Aisyah. Masa tu dia dah tersenyum lebar dah, cehh Aisyah! Hehe. Aku bagitahu kawan2 yang lain, suruh tunggu di luar untuk bagi setiap orang, bawa dan bagi kat Aisyah smile emoticon Masa tu jugaklah aku baru bukak kad-kad manila daripada kawan2 Aisyah, subhanallah, sungguh kretif budak2 ni. Terharu membaca beberapa kertas yang ada, sempat lagi aku ambil gambar dengan Ipad yang ada. Nak buat kenangan! Ni bukti gambar2nya yang kawan Aisyah buat, sungguh kretif kan?
Aku bahagikan hadiah-hadiah kepada semua kawan yang ada. 'Teddy bear' kepada Thalithah, kad manila ucapan daripada kawan2 yang lain, kad ucapan bunga 3D ucapan daripada kami sendiri, dan frame gambar dengan 6 keping gambar di dalamnya, cerminya dah elok dah smile emoticon
Kami bersilih ganti memberi hadiah kepada Aisyah waktu tu. Malu-malu Aisyah terima hadiah, dah makin tembam dah budak ni sekarang. Haha. Mak, ayah Aisyah ada sekali, Aqilly pun ada. Puas sungguh melihat Aisyah tersenyum terima hadiah. Aku cukup puas, gembira, terharu dan rasa terbalas segala-galanya. Adik Aisyah namanya Ainul, putih kulitnya, nampak sahaja kakaknya dapat Teddy Bear, terus dia rebut. Hehe, dah cantikkan tengoklah siapa yang pilih....krik krik.
Bila berbincang dengan ayah Aisyah, pakcik tu kata insyaallah pertengahan bulan Oktober ni, Aisyah akan menjalani pembedahan dada, untuk dibuka dan doktor lihat paru-parunya secara jelas sama ada kanser ataupun hanya kanser mati selepas kemoterapi yang dulu. Itulah maksud Aqilly dulu, Maksudnya, pembedahan tu cukup besar, melibatkan doktor pakar bedah jantung untuk membuka sternum tulangnya. Bukan semua pakar bedah mampu buat. Aku mengangguk faham, yang lain pun khusyuk mendengar. Pembedahannya akan dijalankan di HUSM juga, aku berikan nombor telefon aku kepada pakcik tu, mintak beliau call sahaja bila2 masa bila sampai di HUSM untuk pembedahan Aisyah. 
Boleh aku pergi melawat dan tolong apa yang perlu. Adik kawan aku, aku mesti ambil berat. Itulah kawan.
2 September 2014, Selasa
Dah beberapa hari selepas aku dan yang lain melawat Aisyah di rumahnya, malam 2 September tu aku mesej kepada Aisyah bertanya khabar. Dia kata semuanya okay sahaja. Cuma petang hari yang sama, doktor ada call dan bagithu, pembedahan dia akan diawalkan kepada bulan 9 pula. Ehh? Awalnya. Doktor kata sebab ada kosong tarikh tu, mereka pun nak buat cepat2 tak nak tangguh. Aku diam dan cuba memahami. Betollah, kanser sebaiknya jangan ditangguhkan, takut makin kuat dia metastasize. Diawalkan? Mungkin ini takdir mu Aisyah. smile emoticon
Yang paling aku suka bab Aisyah, dia tidak pernah nampak seperti sakit, luarannya la. Rilek dan bersahaja orangnya. Aku pernah tanya dia, kenapa Aisyah nampak sangat cool ni? Macam orang terlebih sihat pulak. Dia kata, mak suruh jangan fikir sangat, apa yang doktor cadangkan untuk rawatan, mereka hanya akan menurut. Jadi, dengan sikap macam tu, dia teruskan hidup seperti biasa, tak de masa nak nangis2 sokmo nih! Subhanallah, hebatnya. Ujian macam mana pun datang, dia tawakkal sepenuhnya.
11 September 2014, Khamis
Dari pagi aku menunggu di HUSM. Aisyah akan didaftarkan masuk ke HUSM harini. Dah konfem dan insyaallah pukul 930 pagi mereka akan sampai. Aku ada kelas sebelah paginya, aku berjanji dengan ayahnya, selesai sahaja kelas aku akan pergi melawat mereka. Maklumlah, ada kelas semua, tengahari jugak lah baru boleh menjenguk mereka.
Aku pergi melawat mereka dengan ditemani seorang sahabat baik juga, Fida. Aku tak pernah jumpa atau nampak wad yang Aisyah masuk tu selama dua tahun belajar di sana. Terpelosok di balik-balik bangunan, nak ke sana pun aku perlu bertanya arah kepada jururawat. Dengar kata, pelajar perubatan pun tak masuk ke sana, hanya doktor pakar dan jururawat sahaja yang bertugas. Hebat. Wad khusus untuk pembedahan major jantung dan paru-paru.
Sampai sahaja, kami berborak-borak pasal Aisyah dengan maknya, abahnya pula terpaksa balik kerana ada anak yang kecil dirumah perlu diuruskan. Aisyah baru keluar tandas ambil wuduk nak solat Zohor. Aku sempat melihat di katil Aisyah, tertulis nama seorang profesor pakar bedah jantung, seorang 'cardiothoracic surgeon' yang tak asing lagi di Kelantan ataupun Malaysia. Aku mula faham, maksudnya memang akan buka tulang dadanya untuk melihat paru-paru. Bukan prosedur biopsy atau yang biasa2 lain. Ni pembedahan besar. Aisyah duk macam tulah, senyum-senyum. Mak nya setia menunggu.
Petang haritu, aku pergi sekali lagi berjumpa mereka. Mereka dibenarkan balik ke rumah atas permintaan doktor, dan datang balik hari Sabtu minggu yang sama. Katanya, keputusan ujian darah Aisyah semuanya okay. Jadi, mereka diminta datang balik pada hari Sabtu. Bila kelasku pun habis, barang mereka pun dah dipackkan, aku menemani Aisyah, mak dan ayahnya sampai ke kereta untuk pulang. Aisyah duduk sambil ditolak oleh maknya atas kerusi roda. Hehe, pemalas betol budak ni nak jalan. Tertera namanya di sisi kerusi roda, AISYAH. Aku senyum sahaja melihat dia yang begitu tenang. Subhanallah. Tak lekang dengan senyuman di bibir, asyik senyum-senyum kambing aje budak ni. Tak tergambar lansung riak wajah takut, sebaliknya macam orang sihat dan datang ke hospital sebab nak melawat orang lain yang sakit. Hehe aisyah aisyah...
13 September 2014, Sabtu
Aisyah dibawa masuk oleh ibu ayahnya ke hospital. Hospital yang sama, wad yang sama dan katil bernombor 4 itu jugaklah menjadi tempat beliau rebahkan badan. Semua exactly sama, cuma haritu sudah haritu Sabtu, Ahadnya sudah nak menjalani pembedahan. Hanya saat dan waktu berubah, yang lain serupa. Bibirnya tak pernah berkerut untuk masam, sentiasa menarik tegang untuk senyum smile emoticon
Subhanallah, Engkau bagi ujian kepada hamba-Mu, dan mereka sungguh tawakkal dan malah memuji-Mu atas cabaran yang menimpa. The power of Sabar, tak semua mampu miliknya. Hanya insan yang dipilih sahaja. Semoga kita mendapat nilai sabar hingga ke tahap itu ya!
Haritu aku tak sempat ke wad untuk menyambutnya sampai dan menemaninya, nak bertanya khabar secara depan-depan pun tak sempat. Aku terpaksa ke Terengganu untuk urusan keluarga. Alhamdulillah, pagi sebelum mereka sampai di HUSM, aku ada menelefon bertanya okay ke semua? Mereka sentiasa okay smile emoticon Tawakkal sungguh!
14 September 2014, Ahad
Aku bertolak dari rumah seawal 655 pagi dan terus pecut ke HUSM. Kalau ikut mak Aisyah, doktor suruh standby pukul 9 untuk bawa Aisyah ke dewan bedah. Dalam pengiraan aku, sempat la kot. Sampai sahaja di sana, aku terus ke asrama tukar segala pakaian dan terus ke wad.

Sayu aku melihat pasangan tua ni. Duduk di atas tikar berduaan di luar wad, kawasan gelap untuk waris pesakit menunggu, sebab dalam wad peneman tidak dibenarkan. Aku melihat, betapa tabahnya kasih seorang ibu ayah untuk si anak yang sakit. Sebak rasa di dada. Ku tanya mereka, dah masuk jumpa Aisyah makcik? Pakcik? Belum katanya, jururawat tak benarkan, sebab nak siapkan Aisyah dengan pakaian bersih dan tak mahu diganggu. Tertunduk sahaja si ibu, ayahnya pula slumber seorang ayah, sempat bergurau pasal Liverpool kalah lawan kelab Aston Villa semalam. Haha.
Tak lama kemudian, jururawat memanggil emaknya masuk, aku, ayahnya dan Fida, menunggu di luar sambil bercakap perihal Cardiothoracic surgeon, cita2 aku tu. Menarik sungguh. Tak lama kemudian, keluar seorang lelaki berbadan gempal, berkopiah dan senyum sambil berlalu di depan kami. Eh, doktor ni join jugak ke operate Aisyah? Aku bertanya walaupun tahu yang lain pun tak tahu jawapannya. Kemudian, emak Aisyah keluar. Emaknya kata, jururawat panggil masuk untuk dibacakan doa kepada Aisyah sebelum masuk dewan bedah. Yang berkopiah tadi tu ustaz HUSM. SUBHANALLAH, sebak lagi di dada. HUSM memang terkenal dengan hospital contoh dalam pengurusan Islamiknya, ada azan, ada bacaan doa setiap pagi dan kali ini pula ada bacaan doa untuk pesakit yang akan dibedah? Allahuakbar, mulia sungguh kerja ustaz tadi. Setidaknya, mampu merawat resah di hati si ibu, untuk melepaskan anaknya ke dewan bedah, ibu mana yang tidak yakut? Cuba bagitahu!?
Pukul 855pagi, Aisyah dibawa keluar dengan katil pesakit yang mobile. Tersenyum sahaja budak ni! Hasihh. At least, kami yang memandang pun tersenyum juga. Dua orang jururawat, seorang bersongkok, seorang bertudung, setia menunggu di tepi katil. Kami bercakap2 dengan Aisyah kemudian mengikuti mereka ke dewan bedah.
Sampai di kaunter penerimaan pesakit, jururawat dari dalam, keluar dan menyambut Aisyah dengan penuh senyuman yang manis. Beliau membelek-belek fail Aisyah yang tebal dan bertanyakan nama serta details tentang Aisyah. Aisyah menjawab perlahan dan mengangguk tanda setuju. smile emoticon
Aku, emaknya, ayahnya dan Fida, saling memandang dan menonton kelibat jururawat dan Aisyah tu. Sunggun tabahmu Aisyah, hingga ke muka pintu dewan bedah pun, engkau masih melemparkan senyuman, walaupun masa tu aku dah mula perasan, riak wajah ibumu sudah bertukar risau. Allahurabbi, tabahkanlah hati emaknya. Sempat aku bergurau dengan Aisyah semasa dia ditolak ke dalam, aku kata, "Ingat lagi deal kita?" Dia tersenyum dan mengangguk. Lalu dia hilang daripada pandangan.
Aku janji dengan dia yang dia perlu cepat sembuh dan keluar daripada hospital, dan aku akan tunjukkan tulisan ceritaku ini untuk dibaca. Dan keduanya aku akan belanjanya satu novel. Dia penggemar novel. Terus dia kata 'DEAL!' masa aku membuat tawaran. Hehe. Aku kata, Aisyah sembuh dan boleh keluar, baru abang bagi baca tulisan ni dan bagi novel SYABAB MUSAFIR KASIH tulisan Ustazah Fatimah Syarha.

                                              (hadiah kad daripada kawan sekolah lama)
Berlalulah pergi katil Aisyah daripada pandangan mata kami. Kemudian, semuanya berakhir. Tepat jam 900pagi dia masuk, aku terus ke kelas.
Pukul 109 petang, aku menerima mesej daripada ayahnya yang tertulis,
"Alhamdulillah syukur selamat,dah keluar bilik bedah jam 1240 tadi"
Aisyah.. Tahniah :') Abang harap, Aisyah akan terus tersenyum, memikirkan betapa ramai orang di sisimu sentiasa memberi semangat dan mendoakanmu. Moga2 Allah sentiasa bersamamu, dunia akhirat. Segala kesakitan yang ditanggung, insyaallah menjadi bukti keimanan Aisyah kepada Allah SWT dan menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu dan akan datang, semoga Aisyah terus kuat dan cekal, sebab apa? Sebab kami semua di sini kuat untuk Aisyah! 
By: DrJambang 

smile emoticon


1 comment:

Anis Sofea said...

macam mana keadaaan aisyah sekarang ni abg? untuk aisyah☺ semoga aisyah cepat sembuh.