Tuesday 23 June 2015

Rasa tidak adil pula kalau aku tidak berusaha

Saya sering ke pekan Rantau Panjang, untuk membantu umi di kedainya. Walaupun dah ada pekerja, tapi selalu ke sana juga, dapat belajar berniaga. Ada juga cita-cita sebelum ni nak ceburi bidang perniagaan.
Tapi sebenarnya dah lama tak menjenguk ke pekan, sebab sibuk juga lah dengan belajar di universiti kan. Kadang-kadang balik hujung minggu pun tak sempat nak ke sana acap kali. Alhamdulillah tengahari tadi ke sana sampai lah ke petang sebelum berbuka.
Ada seorang adik remaja, lebih kurang sama umur dengan saya, beberapa tahun lepas beliau accident. Saya kenal beliau sebab beliau selalu datang ke kedai umi. Kebetulan nak dijadikan cerita, salah seorang pekerja umi, ada bau-bau bacang dengan beliau, waris lah juga. Kalau lihat wajahnya sekarang, penuh parut di kepala dan muka. Kaki pula tempang. Kuatnya kesan pelanggaran dulu.
Apa yang saya kagum setiap kali saya jumpa beliau, bulan puasa pun beliau boleh menjaja kuih-muih di bandar Rantau Panjang walaupun panas dan jalan dalam keadaan tempang. Semua orang kenal, dah dia seorang sahaja macam itu. Dari kedai ke kedai, dari blok ke blok membawa bekas makanan untuk dijual. Tidak lah banyak mana barangnya, tapi tidakkan itu mencukupi untuk membuktikan bahawa dia tidak mensia-siakan hidupnya walaupun tidak sempurna lagi?
Rasa termuhasabah. 
Beliau mungkin tidak sesempurna insan normal lain, tapi hatinya begitu kuat untuk membantu keluarga. Ibunya menjual ikan mentah di pasar, anak ini pula keluar tengahari sampai petang untuk menjual kuih-muih.
Tidak ada alasan sebenarnya kita untuk tidak bersyukur dan berputus asa daripada rahmat Tuhan. Rasa tidak adil, kalau kita yang normal dan cukup lengkap anggota, kalau kita malas dan tidak mahu merubah nasib diri. Semiskin atau sesusah mana pun hidup kita, kita tidak mampu mengubahnya kalau kita tidak keluar dan  mencari ilmu dan rezeki. Kalau insan lain yang begitu pun mampu berjalan ke sini ke mari? Kita sepatutnya berlari untuk mengejar impian.
Insan lain pun dilahirkan sempurna, tapi takdir yang Maha Esa mengubah nasib perjalanan hidup, tapi mereka tetap berjuang.
Alhamdulillah, walaupun sekejap balik ke pekan, ada juga peringatan-Nya.

No comments: