Thursday 18 June 2015

Anak yatim: Oh you are so special!

Walaupun seusia awal 7 tahun dah kenal asrama, tapi saya tahu hati anak-anak yatim sangat kuat. Subhanallah, terima kasih ya Allah kerana mengizinkanku menyantuni anak-anak yatim. Anak yatim adalah insan yang sangat istimewa, walaupun kita hanya nampak kekurangan daripada segi jasad fizikal ibu bapa mereka yang sudah tiada, tapi keistimewaan diri mereka cukup indah. Pernah anda cuba tenung anak mata mereka? ohh Allah! Saya pernah membawa seorang cikgu bahasa Inggeris saya ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah, Pasir Pekan, Kelantan, beliau rasa sangat bertuah, bersyukur apabila dapat bertemu mereka, walaupun hanya untuk satu jam.

Anak-anak yatim apa yang saya perasan, mereka mempunyai kekuatan untuk berdikari dengan cepat. Iya, saya akui ada yang masih kecil dan manja, tapi dengan bantuan kakak-kakak yang penyayang, insyaallah yang kecil-kecil ini akan terbiasa dengan rutin harian di rumah anak yatim. Antaranya, basuh baju, ambil baju dan sidai di ampaian, bangun pagi dan uruskan diri serta makan apabila sampai waktu makan. Mereka memerhati dan mula belajar daripada seniors, kalau anak-anak biasa di rumah, biasanya si ibu yang banyak buat kerja rumah kan? Tapi tidak dalam hidup mereka, sungguh unik dan beruntung.


Btw, malam haritu kami belajar baca Jawi, baca Bahasa Inggeris, baca Iqra' dan belajar Matematik. Kalau sebelah malam, biasanya kami akan siapkan kerja sekolah dan belajar bila ada masa lebih. Walaupun ‘knowledge’ mereka mungkin tidak sama dengan pelajar biasa yang pintar, tapi saya percaya yang setiap insan mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran yang sama. Starting point kita semua sama.

Kita semua dilahirkan dengan keupayaan yang sama kan? Tapi bagaimana ibu bapa yang membentuk pemikiran belajar anak-anak itu yang fundamental. Sebab itu kita lihat sekarang ini, anak-anak berumur 3-4 tahun, sudah ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke nursery yang ada pelajaran, bukan semata-mata penjagaan. Semua sebab mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan cepat pandai berbanding anak orang lain.Untuk anak yatim yang kita semua sedia maklum, mereka tidak ada 2 insan untuk duduk dan belajar bersama mereka selalu, kalau ada pun kakak-kakak yang ada masa lapang untuk membantu. Kalau tidak, mereka sahaja lah yang akan belajar dengan sendiri, saya rasa semua orang boleh membezakan perkara ini, sebab kita semua pernah melalui zaman kanak-kanak. Besar bezanya apabila ibu bapa di sisi dan tiada ibu bapa di sisi.

Ada jugak yang merajuk! hihi
Mula-mula sampai taknak tengok muka saya, duk tutup muka je kat meja. Saya tegur pun tak nak balas. Baru teringat cara Prof saya seorang paeditrician ,ajar macam mana nak approach anak-anak kecil. Kita yang perlu mendekati mereka dan memujuk dahulu, barulah kita boleh menghilangkan tembok pemisah kita dan mereka. Mereka akan mula rasa selesa dan ‘secure’. Lepas pujuk dan ajak kawan2 datang main, barulah nak belajar sama-sama. Success!

The same thing we will do for our own kids right? Every children deserve to be looked after as good as possible. Kalau anak kita nampak sedih ke apa, mesti kita akan pujuk dan tanya apa yang mereka nak.

Hati selalu rasa tenang dapat jumpa dan tolong mereka belajar. Walaupun sekejap, rasa puas mesti ada, rasa dekat dengan Ilahi. Nabi kita pun anak yatim kan? Orang yang selalu bergaul dengan anak-anak yatim, mereka akan tahu betapa istimewa mereka semua. Kita semua sama sahaja, tidak ada anak yang lahir sudah ‘genius’ yang membezakan hanya didikan di rumah, yang semestinya berbeza jika tinggal di asrama (contohnya rumah anak yatim). 

Setiap anak-anak perlu melalui proses pengaktifan minda untuk belajar di usia 3-4 tahun. Bermula dengan mengeja, membaca dan mengira.


Bagi saya, insan-insan yang selalu membantu anak yatim adalah insan yang rendah diri dan pandai mencari ketenangan hidup ketika di dunia. Banyak cara untuk mendapat ketenangan, tapi menyantuni anak-anak yatim adalah antara yang paling utama. Walaupun mungkin masa dan wang ringgit kita habis, tapi tidak ada mana-mana nilai (emas, berlian) yang mampu untuk membeli kepuasan dalam kehidupan. Alhamdulillah.





No comments: