Monday 22 June 2015

Happy Father's Day to abah, Wawa dan Sal

Happy father's day.

Satu malam, saya duduk mengajar Wawa (salah seorang anak yatim) di meja makan. Saya duk suruh dia hafal sifir dan buat matematik. Baru darjah lima adik Wawa ni, montel orangnya hehe. Asyik malas je nak hafal sifir, geram betol nak cubit. Katanya cikgu bagi kerja sekolah matematik sokmo, saya nasihatkan dia, cikgu nak suruh Wawa pandai la tu. Mereka tahu nak buat macam mana, cuma kena ada seseorang duduk di tepi mereka dan bagitahu haa betol dah tu adik buat, atau eh salah sini satu step, cuba buat sekali lagi. Mereka pandai, cuma perlukan lebih perhatian.

Dalam saya mengajar beliau tu, terdetik di hati saya untuk bertanya tentang ibu bapanya. Dah lama kenal adik wawa, main badminton sekali, main ‘snake ladder’ sekali, tapi tak pernah tahu kisah keluarganya. Boleh share kisah sama-sama kan? 
Saya tanya Wawa ada ibu lagi tak? Kata Wawa ibunya sudah meninggal dunia. Tapi dia tak tahu kenapa dan macam mana ibunya meninggal. Wawa baru 11 tahun, harap dia faham, apa maksud sudah tiada. Saya selalu terbayang bagaimanalah kehidupan saya kalau saya tidak mempunyai seorang insan bergelar ummi, pasti saya bukan siapa yang saya sekarang.

Tambah Wawa lagi, adik-beradiknya ada 4 orang semua. Wawa dan kakaknya (Sal) duduk berlindung di rumah anak yatim yang sama. Saya tanya, adik yang dua bongsu tu macam mana? Wawa kata, mereka sudah tiada juga. Saya tanya kenapa Wawa? Dia diam dan kata tak tahu lah. Sal pun seorang pelajar yang pandai, saya pernah teman Sal buat kerja bahasa Arab, menghafal bukan main lagi maksud-maksud perkataan. Masa Pendidikan Islam pula, saya suruh dia hafal betol-betol buku JAGUH, sebab saya kata, dulu abang hafal hampir keseluruhan buku tu, ustazah abang nama Ustazah Zamriza yang garang suruh hafal, hehe. Alhamdulillah dapat A sokmo setiap kali exam.

Saya pandang anak mata Wawa. Nampak sedikit mukanya berubah, tapi percayalah, anak yatim ni mereka subhanallah tabah. Saya hentikan seketika, dan sambung kembali perbualan kami.

Wawa ada lagi abah? Ada, tapi tak tahu abah kat mana sekarang. Sekali lagi saya diamkan diri, ya Allah, Engkau peliharalah anak ini dan kakaknya (Sal dah beberapa kali dimasukkan ke dalam HUSM disebabkan pendarahan di esofagus yang banyak, saya sempat melawat dia di wad, some people are just unlucky right?).

Kemudian kami sambung buat kerja matematik, Wawa tak mengalirkan air mata pun, kita yang mengajar yang rasa nak menangis. Suasana hening pada malam tu, anak-anak yatim lain pun sedang tekun membuat kerja sekolah, kawan-kawan saya sibuk duk mengajar mereka.


Kemudian kami sambung buat Bahasa Malaysia pula, Wawa kata cikgu suruh buat yang ini, ini dan itu... Banyak la pulak detik hati saya. Malam tu hari Khamis malam Jumaat, saya kata jom lah siapkan kerja sekolah, nanti Jumaat dan Sabtu Wawa boleh rilek sikit. Dia angguk tanda setuju.

Dia pun bukalah buku teks Bahasa Malaysia.

Soalan pertama yang kami baca daripada buku teks tersebut,
'Sila tulis ayat penuh untuk mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KEPADA IBU DAN BAPA anda dengan tulisan berangkai'

Tengok soalan kedua bawahnya pula,
'Sila tulis ayat penuh untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KEPADA ADIK ANDA'

......

..and the moment i saw her face reading the text, i cannot take it anymore, i feel sorry for her and her sister, i asked her lets us do another question Wawa, and then she said, its okay, i wanna do it.

Anak-anak yatim ini, ada dua kategori biasanya, sama ada mereka sempat merasa belaian parents atau tak sempat lansung. Kita yang masih ada ibu dan abah, sebelum mereka pergi seperti kisah adik Wawa ni (yang merasainya ketika masih kecil) layanlah mereka dengan sebaiknya, doakan mereka. Percayalah, semasa kita hidup kita sangat memerlukan redha dan doa mereka. Kadang-kadang kita berjaya dalam pelajaran atau berjaya dalam apa-apa kita ceburi, doa ibu bapa yang tidak terhijab untuk anak-anak itu faktor utamanya. Usaha kita satu faktor juga, tapi tidak ada sesiapa mampu menafikan ‘the power’ of dua from our parents.

Saya masih ingat satu klip video ceramah ustaz, seorang lelaki yang mengendong ibunya di belakang beliau, untuk menunaikan haji di Mekah, datang dari nun jauh dari negara lain iaitu Yaman, tawaf dan semua lelaki tersebut buat dengan kendong ibunya. Beliau bertanya kepada Rasulullah, adakah saya dapat membalas jasa baik ibu saya? Kata Rasulullah SAW, itu belum sama dengan satu tarikan nafas ibumu sewaktu melahirkanmu. 

Allahurabbi

Dalam medical ada satu quote berbunyi 'if you think healthy is expensive, then try sickness'.
Dalam dunia keluarga pula, mungkin kita boleh cakap 'if you think your father is a burden to you, then try fatherless for a day'

Apa yang saya boleh kongsikan, semakin kita mendekatkan diri kita dengan anak-anak yatim, semakin kita belajar untuk menghargai ibu bapa kita insyaallah. Kalau ada kesempatan, santunilah anak-anak yatim dan buatlah baik kepada mereka, kerana kita faham, betapa berjuta kali untungnya kita mempunyai ibu bapa di sisi dalam tempoh kita membesar. Dan semestinya Rasulullah berjanji, kita akan dekat dengan Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti insyaallah. Tak perlu keluarkan duit pun okay, pergi luangkan masa bersama mereka. Kami selalu main badminton, carom dan sahiba bila ada masa lapang.

Kita yang ada ibu bapa, hampir semua kita dapat, nak duit, nak baju, nak makan, nak ke sana ke mari, mak ayah akan usahalah senang kata. Percayalah, anak-anak yatim ni, yang mana ada, yang itulah mereka akan dapat, tak pernah meminta lebih. Pergi ke sekolah, kalau 50 sen atau seringgit yang diberi, itu sahajalah bekalan untuk hari itu.

Sebab itu saya rasa anak yatim subhanallah sangat tabah, mereka lebih memahami apa maksud Hari Bapa berbanding kita maybe?

Happy father's day to everyone, especially to my abah, Wawa and Sal.


No comments: