Saturday 24 October 2015

MASALAH KESUBURAN WANITA DALAM POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)

Oktober 2015, ada seorang wanita berumur 31 tahun yang telah berkahwin sejak tahun 2009, tapi mengalami masalah kesuburan yang berpanjangan sehingga sekarang masih belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan anak =(



http://www.womens-health-advice.com/photos/pcos.html
Drilling of ovaries rawatan untuk PCOS


Wanita tersebut mula mendapatkan rawatan di hospital dengan CHIEF COMPLAINT*, haid setiap bulan tidak rata dan tidak mengandung walaupun tidak mengambil sebarang jenis pil perancang dan juga tidak menggunakan kaedah pancutan air mani di luar faraj.

*istilah Chief Complaint ini merujuk kepada, apakah sebab utama si pesakit datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Melalui sesi clerking, menstrual profile Puan H menunjukkan sewaktu usia remaja lagi, beliau sudah mengalami haid yang tidak teratur, hanya sekali haid dalam tempoh 1-2 bulan. Beliau mula akil baligh pada umur 14 tahun (normal).

Kitaran haid yang normal adalah sekali sebulan, datang boleh sehingga 8 hari dan heavy flow pada hari pertama hingga hari ketiga. Setiap cycle sepatutnya mengambil masa selama 21-35 hari.

Tapi selepas berkahwin pada tahun 2009, haidnya makin tidak teratur apabila hanya datang haid sekali sahaja dalam tempoh 3-4 bulan. Haid beliau datang selama 16 hari dan heavy flow pada hari ke-6 hingga hari ke-16. Setiap hari untuk heavy flow beliau memerlukan sehingga 4-5 pads, soaked with blood everytime.

Selain daripada masalah haid yang tidak teratur, Puan H juga mula mengadu kepada doktor tentang jerawat yang tumbuh dengan banyak di bahagian kedua-dua belah pipi beliau, walaupun mempunyai diet yang normal seperti dahulu. Selain itu juga, tumbuh juga bulu-bulu kasar di bahagian dagu Puan H, di atas bibir mulut dan juga di kawasan betis.

Jika kita perhatikan, symptoms Puan H adalah:
1. Haid tidak rata (lambat dan lama)
2. Masalah kesuburan (sudah berkahwin selama 6 tahun)
3. Jerawat yang banyak di muka
4. Tumbuh bulu-bulu kasar di bahagian pipi, atas bibir dan betis
5. Obesity

Case presentation seperti ini biasa bagi seorang wanita yang masih dalam reproductive age. Jika kita lihat kepada patterns symptoms yang Puan H ada, Puan H mempunyai masalah dengan hormon di dalam tubuh beliau seperti hormon Androgens.

Selepas melalui ujian darah, thyroid, Xray dan Ultrasound, doktor telah mengesahkan Puan H mempunyai satu penyakit yang dinamakan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).

Apakah itu PCOS? Bagaimana kita boleh dapat PCOS?
Kenapa seseorang wanita yang mempunyai PCOS susah atau tidak mampu mengandung dan melahirkan anak?

Adakah disebabkan faktor pemakanan seseorang isteri itu sendiri, atau ada juga faktor genetic yang 'mentaqdirkan' bahawa beliau tidak mampu melahirkan anak?

Polycystic Ovarian Syndome adalah sejenis syndrome melibatkan telur wanita (ovaries) yang tidak berfungsi dengan normal di mana ovaries menghasilkan lebih androgens yang kita panggil sebagai hyperandrogenism. Androgens adalah male sex hormone, khusus untuk lelaki. Kalau ada penghasilan Androgens dalam wanita pun, sangat minimal.

Hormones yang dihasilkan oleh ovaries tidak stabil penghasilannya kerana terdapat cysts di dalam telur tersebut. Sebab itu ia dinamakan poly'cystic'.



http://www.fitnessvsweightloss.com/cured-pcos-naturally/


PCOS akan menyerang sekitar 5-10 peratus wanita yang masih berada dalam reproductive age (20-38 tahun). Punca kepada masalah PCOS tidak berapa jelas dalam kajian para saintis, syndrome ini lebih kepada congenital problem, di mana pesakit mempunyainya sejak daripada lahir lagi. Tapi disebabkan untuk melihat symptoms-symptoms seperti haid tidak rata, tumbuh bulu-bulu kasar di badan dan masalah kesuburan adalah peringkat umur orang dewasa,
jadi biasanya pesakit akan mula tahu pada awal usia 20an atau 30an selepas berkahwin.

 Ramai wanita atau gadis yang mengambil mudah tentang haid mereka yang tidak rata. Memang saya tidak nafikan, ada sahaja golongan wanita yang memang haid mereka tidak teratur dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Tapi saya sarankan untuk anda mendapatkan pengesahan doktor supaya hidup lebih sihat, no doubtful dan kurang stress serta kurangkan risiko dapat penyakit berbahaya pada masa hadapan.

PCOS sangat berkait rapat dengan family history. Ini bermaksud, jika emak, nenek, kakak atau emak sedara kita ada, kita juga boleh dapat PCOS kerana higher chances compare to people yang family members mereka sihat.

Badan seorang wanita yang normal, akan menghasilkan hormone androgens sedikit sahaja kerana androgens adalah hormone lelaki. Tapi dalam PCOS, hormone androgens dihasilkan dengan begitu banyak sehingga menyebabkan tumbuh bulu-bulu kasar di badan pesakit, terhenting menghasilkan ovum dari ovaries dan mendapat jerawat yang banyak di muka.

 Melalui perubahan hormon ini jugalah, menyebabkan telur wanita (ovaries) tidak boleh melepaskan Ovum untuk fertilise dengan Sperm (air mani) daripada suami dalam fallopian tube. Oleh kerana tiada proses fertilization antara kedua-dua jenis gametes tersebut, maka tidak bolehlah untuk menghasilkan embryo dan tiada implantasi di dinding rahim. Kesannya, si wanita tidak boleh mengandung dan tidak mampu mempunyai anak.

Metabolism badan pesakit juga akan berubah, di mana cells di dalam badan mula reject insulin (insulin resistance) dan menyebabkan gula di dalam badan terkumpul begitu sahaja di dalam darah dan tidak digunakan. Apabila gula yang berlebihan begini, patient boleh mendapat masalah kencing manis di masa hadapan.

PCOS adalah masalah yang serius kerana boleh membawa kepada komplikasi yang berbahaya seperti kencing manis (Diabetes Mellitus type 2) dan juga masalah jantung (heart diseases)

Biasanya, doktor akan melakukan beberapa ujian sebelum diagnose seseorang pesakit ada PCOS, antara ujian tersebut ialah:

1) Dapatkan history of the presenting problems dengan teliti
2) Pemeriksaan fizikal untuk melihat tanda seperti tumbuh bulu-bulu di badan, gemuk dan blood pressure meninggi
3) Uji kandungan gula dalam badan
4) Pelvic ultrasound untuk melihat kewujudan cysts dalam ovaries

Bagaimana kita boleh mengawal syndome PCOC?

Pertama adalah dengan mengawal diet kita. Lebihkan pemakanan sayur-sayuran, buah-buahan, kacang dan whole grains.  Kurangkan pemakanan berlemak, cheese dan bergoreng.

Kedua adalah dengan melakukan exercise selalu, sama ada secara moderate seperti berkebun dan berjalan kaki, atau vigorous activity seperti bermain bola sepak, jogging dan sebagainya.

Akhir sekali dengan kurangkan berat badan dan berhenti merokok.

Seperti pasangan biasa yang bahagia, semestinya suami dan isteri yang penyayang dan mempunyai impian memiliki zuriat sendiri, mereka akan resah dan risau apabila si isteri tidak mengandung dalam usia 1-2 tahun perkahwinan. Perasaan begini jugalah yang dialami oleh pasangan muda dari Terengganu ini.

PCOS adalah masalah congenital dan pihak doktor boleh mengawal symptoms nya dengan ubat seperti birth pill controls untuk irregular menses, metformin untuk kawal insulin resistance dan 'tebuk' ovaries untuk buang cysts berkenaan. Semakin awal kita kesan problems, semakin cepat kita boleh membantu pesakit untuk mendapatkan zuriat yang sihat dan tanpa ada kecacatan.

Pesakit yang menghadapi PCOS, apabila mendapatkan rawatan, kebiasaannya akan lekat mengandung selepas setahun kemudian insyaallah.



Contoh gambar ovaries ketika Pelvic Ultrasound


Rezeki untuk mengandung adalah totally from Allah, actually all rezeki do come from Allah. Kalau kita ada masalah kesihatan yang membimbangkan seperti kisah Puan H tadi di atas, yang mengambil masa selama 6 tahun untuk melakukan drilling of ovaries, kita perlu usaha untuk berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang ilmu tersebut, dalam konteks yang kita bincang adalah doktor semestinya.

Apa yang saya kongsikan adalah contoh kisah pesakit yang mempunyai masalah irregular menses dan masalah kesuburan yang berpanjangan. Selepas ni kalau ada kenalan atau family members yang mempunyai 5 symptosm yang sama di atas, bolehlah cepat-cepat bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Share the knowledges, inshaallah Allah will give us more in future. Amin

Assalamualaikum dan take care guys.

By:

Syazwan Fadeli

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.