Wednesday 28 October 2015

KEHAMILAN LUAR RAHIM DALAM KALANGAN IBU [ ECTOPIC PREGNANCY ]

Semakin kita maju dalam dunia pemodenan infrastruktur bangunan pencakar langit, lebuh raya (LPT), semakin juga kita maju dalam servis kesihatan. Teknolgi-teknologi yang dihasilkan pada zaman moden kini, sangat membantu para doktor untuk mencari diagnosis kepada setiap pesakit, kemudian merawat mereka dan discharge from hospital.

Sebagai contoh alat yang sangat membantu doktor-doktor sakit puan adalah alat Ultrasound. Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung, wajib perut-perut mereka pernah di'scan' oleh doktor untuk melihat well-being of the fetus. Nak tengok, degupan jantung anak, nak tengok jari-jemari anak, tumbesaran anak dan sebagainya.

Interesting is it? Yes absolutely!
Teknologi ini sangat memudahkan kerja doktor, dan juga dapat offer kesihatan yang lebih optimum kepada ibu mengandung.

Sedar atau tidak, dalam masalah Gynaecology (sakit puan), bagi mereka yang selalu membaca keratan akhbar di ruangan medikal setiap minggu, mereka mungkin pernah dengar istilah Kehamilan Luar Rahim, bahasa medical nya 'Ectopic Pregnancy'

Okay, apa itu Ectopic Pregnancy (EP) ?

Ectopic Pregnancy adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila conceptus (ovum ibu+sperm suami) pergi melekat bukan pada dinding rahim seperti kandungan normal.


Dengan bahasa mudahnya, conceptus tersebut melekat somewhere else, organ-organ di sekitar rahim. Jom kita tengok sedikit gambar rahim dan organ-organ di sekelilingnya:


http://www.bodyandsoulreconnection.com/uterine-fibroid-tumors-and-their-symptoms/


Ovary = kemaluan wanita
Cervix = pangkal rahim
Uterus = rahim
Endometrium = dinding rahim
Fallopian tube = laluan antara rahim dan telur
Ovary = telur

Untuk ibu atau isteri yang mengandung normal, apabila berlaku sexual intercourse dengan suami, ovum yang dilepaskan oleh Ovary akan bergerak daripada Ovary ke Fallopian Tube dan ia akan tunggu di situ.

Tunggu untuk apa?

Tunggu untuk sperm yang masuk melalui Vagina (kemaluan) untuk naik ke atas sampailah ke Uterus dan kemudian ke Fallopian Tube, untuk berjumpa dengan Ovum. Ini adalah cinta pandang pertama, seriously =) Kita lah tu sebenarnya kan? Nak kata sperm lah yang berenang jauh sampai ke atas. Well done everyone, kita semua adalah winners!

So bila berlaku fertilization (persenyewaan) antara ovum dan sperm, yang akan membentuk Zygote kemudian dipanggil Conceptus, this Conseptus will move from Fallopian Tube and go for implantation  in uterus. Ini normal kepada semula ibu-ibu yang mengandung dengan normal dan selamat melahirkan anak, alhamdulillah kan? Sebab tu ibu kena doa banyak-banyak kat Allah untuk selamatkan kandungan supaya tiada komplikasi.

Mengharungi hari-hari mengandung dengan susah nak baring nya, jalan macam ibu kucing sarat bunting nya, jalan macam penguin nya, perut habis ada tanda-tanda nya, semua tu mereka akan merasa. Moms are real warriors!

Okay back to our topic, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan EP ni antara contohnya:

        1) Fertilization antara Ovum dan Sperm berlaku bukan di Fallopian Tube. Contohnnya berlaku
            di dalam ovary yang menyebabkan implantasi pun di dalam Ovary. Ini sakit!
        2) Drop out from ovary dan fimbriae dan pergi ke kawasan abdomen
        3) Fertilization berlaku dalam Fallopian Tube, tapi stuck sahaja di situ.

Antara tempat yang paling kerap berlaku abnornal implantasi ini adalah:

        1) Fallopian Tube      (95% kes)
        2) Ovaries                  (3% kes)
        3) Peritoneal Cavity   (1% kes)



http://www.medscape.com/viewarticle/568726_2

    
Biasanya macam mana keadaan pesakit datang ke hospital? Apa yang mereka akan mengadu?
Kalau ada rakan-rakan, adik beradik atau emak kita sendiri pernah mengalami EP, mungkin anda perasaan yang mereka akan datang dengan:

1) Keluar darah berwarna merah gelap/hitam dari jalan bawah (vagina)
2) Sakit perut di bahagian tepi pusat dekat tulang kita sangkut seluar tu (iliac fossa)
3) Sakit di bahu
4) Loya dan muntah
5) Pening dan letih
6) Boleh pengsan kalau fallopian tube pecah!

Symptom pertama adalah keluarnya darah berwarna gelap daripada kemaluan boleh memberi tanda bahawa pendarahan bukan daripada dinding kemaluan di bawah tu, tapi darah berwarna gelap bermaksud something organ atau structure di atas yang pecah atau berdarah. Contohnya, Fallopian Tube pecah.

Kedua adalah sakit perut yang kuat (sharp pain), datang dengan tiba-tiba dan boleh menyebabkan si ibu tidak mampu berdiri dan ada yang boleh pengsan. Kita lihat kepada pesakit-pesakit gastric, mereka juga kadang-kadang boleh pitam. Ini disebabkan oleh bila organ seperti Fallopian Tube pecah, akan stimulate pain receptor dan maka si ibu akan sakit lah.

Symptom ketiga adalah sakit di bahu atau tengkuk. Ini adalah disebabkan pengumpulan darah di kawasan perut, boleh menyebakan radang (inflammatiom/irritation) kepada diaphragm. Diaphragm adalah selaput di bawah paru-paru yang membantu kita bernafas dengan berkesan. Di sebabkan diaphragm dan bahu kita kedua-duanya are innervated by Phrenic Nerve yang akan detect anything happen contohnya sakit, maka kalau Diaphragm sakit, maka bahu pun akan sakit.

Loya dan muntah sebenarnya adalah symptom yang boleh datang dalam banyak penyakit. Dua symptoms ini bukan definitive kepada EP, dalam penyakit lain pun ada. Letih dan pening adalah disebabkan kehilangan darah yang berlaku, menyebabkan kurang oksigen sampai ke organ badan dan tisu, jadi bila kurang oxygen, kurang proses penghancuran makanan mampu dibuat, jadi badan kita akan letih.

Haa, itu adalah symptoms yang boleh berlaku kepada ibu-ibu, terutamanya ibu yang berusia muda. Saya guna istilah ibu berusia muda sebab takut orang salah faham istilah isteri muda. Ingat isteri kedua sahaja kena, pertama pun boleh kena kehkeh.

Persoalannya sekarang Pokwe (panggil saya pokwe okay je), ibu yang macam mana berisiko boleh kena Ectopic Pregnancy ni?

Ada 5 jenis risiko yang mendedahkan ibu-ibu perut besar ni kepada EP, antaranya:

1) Pernah kena jangkitan di bahagian tulang punggung (pelvic). Term medical yang kami guna ialah Pelvic Inflammatory Disease yang boleh disebabkan oleh Chlamydia Infection.

2) Ibu-ibu comel yang pernah buat pembedahan di bahagian rahim dan sekitarnya terutama di bahagian Fallopian Tube. Sebab tu ibu-ibu sekalian, In Vitro Fertilization (bayi tabung uji), antara komplikasi yang common adalah Ectopic Pregnancy. Sila bertanya kepada Doktor Pakar IVF tentang masalah ini.

3) Ibu-ibu yang pernah ada masalah Subfertility (susah mengandung)

4) Pernah mengalami Ectopic Pregnancy sebelum ini

5) Penggunaan IntraUterine Device (IUD) (untuk mengelakkan mengandung, sebahagian ibu akan memasukkan IUD yang diperbuatkan daripada Copper. IUDC ini akan diletakkan di dalam rahim, dan metabolically akan membunuh sperm2 yang masuk ke situ. Jadi penggunaan IUDC ini, mengikut para pakar boleh menyebabkan Ectopic Pregnancy. Boleh jadi, tak semestinya jadi.


http://www.summitmedicalgroup.com/library/adult_health/aha_obg_iud/

Bagi ibu yang sudah pecah Fallopian Tube nya, ini kondisi yang sangat bahaya!

Kenapa ya? Sebab bila Fallopian Tube pecah dan pendarahan yang banyak berlaku tanoa henti, si ibu yang malang ini boleh kehilangan darah yang sangat banyak, dan membawa kepada keadaan yang kita panggil Hypovolemic Shock.

Hypovolemic Shock adalah keadaan di mana si ibu kehilangan darah anggarannya 2 liters (paling teruk) boleh menyebabkan si ibu meninggal dunia. Ada beberapa tahap Hypovolemic Shock, kehilangan 2L darah daripada badan biasanya akan menyebabkan kematian kepada sesiapa sahaja, termasuk ibu mengandung.

Jadi, apakah tanda-tanda Hypovolemic Shock untuk kita cepat-cepat hantar orang rumah kita kalau mereka keluar darah kat rumah!? Antaranya ialah


http://secure.doereport.com/generateexhibit.php?ID=77639

Melalui gambar ilustrasi di atas, semua symptoms yang dinyatakan adalah berkait dengan kehilangan darah.

Dalam medical, ingat satu je guys, yang saya selalu ingat, Bila ada darah keluar daripada mulut, kemaluan, atau dubur, maksudnya there must be something wrong with this patient. Darah sepatutnya mengalir elok dalam salur darah, tak pecah dan tak keluar merata-merata, kalau keluar, haa itu kita kena ambik peduli dengan cepat.
'
Maksud saya, jangan duk kat rumah kata rilek la dulu yang, esok la pergi hospital. Jangan jangan. Bawa terus. Satu lagi yang saya pegang, semakin banyak darah keluar, semakin teruk kondisi pesakit ketika itu.

Biasanya bila sampai di hospital, doktor-doktor akan attend patient dengan melihat kepada parameters yang penting untuk nilai tahap keseriusan pesakit itu.

Antaranya ialah

1) Tekanan darah - kalau BP jatuh dengan mendadak, itu petanda hilang darah yang banyak
2) Denyutan nadi - denyutan nadi di lengan yang sedikit dan lemah, itu juga petanda emergency
3) Suhu badan
4) Consciousness level - doktor mungkin akan buat Glasgow Coma Score kalau pesakit nampak seperti tidak sedarkan diri untuk melihat sama ada serius atau tidak. Markah penuh untuk GCS adalah 15. Score 9-12 adalah sederhana. Dan 8 ke bawah adalah coma.


http://slatestarcodex.com/2014/08/11/does-the-glasgow-coma-scale-exist-do-comas/



Untuk ujian apa yang doktor akan buat, saya sakan sentuh sedikit sahaja ya, sebab aim saya supaya pembaca tahu apa itu Ectopic Pregnancy sahaja. Rawatan panjang dan doktor je lah tahu hehe.

Antara yang doktor akan buat
1) Ambil darah untuk FBC (RBC, WBC, Platelets, Hemoglobin)
2) GSM dan GSH
3) BHCG
4) Ultrasound

* noted that, yang mana satu akan buat bergantung kepada keadaan pesakit. Kalau dah datang severe per vaginal bleeding, tak adanya nak buat test BHCG dan FBC tu mula-mula, mereka akan terus tolak si ibu ke dewan bedah dan buka untuk lihat di mana punca pendarahan dan rawat dahulu.

Biasanya EP akan didiagnos bila bacaan BHCG tinggi, tapi tiada kandungan dalam rahim. Haa, terus dalam otak para doktor ni, Ectopic Pregnancy!

Biasanya untuk rawatan yang biasa si pesakit akan dapat adalah rawatan pembedahan untuk membuang kehamilan luar rahim tersebut. Ia boleh dilakukan sama ada melalui laparatomy atau laparascopy. Laparascopy lebih bagus dan mesra-pesakit kerana:

1) Kurang darah yang hilang semasa pembedahan
2) Masa pembedahan yang lebih singkat
3) Kurang ubat bius diperlukan
4) Tinggal di hospital tidak lama
5) Kurang parut di bahagian perut (cosmetic)

Alhamdulillah, saya harap dengan penerangan yang saya berikan dapat memberi gambaran dan idea apa itu Ectopic Pregnancy dan kenapa ibu atau isteri perlu risau akan penyakit ini.

Symptoms yang saya berikan adalah sangat common berlaku dalam setting masyarakat kita, malah di United Kingdom sendiri.

Insyaallah, dengan ada nya ilmu, boleh lah nak bergegas dan lebih ambil berat kalau anything happen  kepada pasangan kita, terutamanya bila mereka mengandung, dan mereka mengadu keluar darah dari kemaluan, sakit perut keterlaluan dan loya muntah.

Till we meet again!
See u soon.

Salam.

By:
Syazwan Fadeli (pokwe)


No comments: