Saturday 2 January 2016

ADA, A TRUE STORY FROM THE HOSPITAL

Ada.
Susah untuk aku lupakan.

Satu perkara yang aku faham dalam hidup, setiap perkara yang aku lalui, mesti ada hikmah yang Sang Pencipta telah susun untuk aku pelajari pengajarannya. Begitu juga dengan setiap pertemuan, aku yakin dan pasti setiap perkenalan mesti ada perkara baru yang Allah nak aku belajar.

Kali ni, aku nak cerita tentang Ada. Pesakit yang aku jumpa dalam wad.

Semasa teman umi sakit dalam wad bulan Disember tahun lepas, banyak pengajaran yang aku dapat. Escpecially cerita tentang adik Ada yang berumur 16 tahun, betol-betol disebelah katil umi aku.

Suasana dalam wad, semua orang faham, aku rasa mesti pernah sekali seumur hidup kita, kita menjejakkan kaki ke hospital. Sama ada empunya diri yang sakit, atau pergi melawat insan lain yang tenat. Dalam kes-kes yang berat, sehingga meninggal dunia dan pergi menghadap Ilahi. Itu sudah suratan kan?

Antara perkara yang Allah sudah tetapkan untuk kita sejak lahir lagi ialah waktu ajal kita. Di mana kita akan mati, bila, waktu dan macam mana, Allah yang Maha Mengetahui lah yang tahu, dan Allah yang Maha Menyusun Agenda lah yang menyusun semua perjalan hidup kita.

Sejak kita lahir sambil menangis 'uwek uwek uwek' sehingga orang keliling kita membaca yasin ketika nyawa kita dihujung nyawa.

Patient 'collapsed' atau patient yang meninggal dalam wad adalah lumrah kerja-kerja para doktor dan nurses hadapi setiap hari. Pukul 200ptg tadi nampak patient tu senyum sahaja, pukul 215ptg patient tu unconscious dan tiba-tiba meninggal.

Allah, banyaknya ibrah aku dapat dalam masa 2-3 minggu menjaga umi di hospital. Tak tertulis untuk aku cerita kan semua, tapi aku rasa cerita pendek pasal Ada ni, ingin aku kongsikan.

Satu hari, ketika umi masih lagi sakit dalam hospital, aku ingat lagi masa tu katil umi berada di hujung tepi tingkat, depan sekali dekat dengan pintu masuk wad 3 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia. Haritu cerah dan tak hujan. Aku macam biasa, masa tiada kelas atau cuti, pergi jaga umi di wad.

Tiba-tiba, aku terpandang seorang adik remaja perempuan ditolak masuk ke dalam wad. Terus ditolak oleh nurse ke kaunter di hujung wad, dalam fikiran aku, muda lagi dah masuk ke wad.

Iye lah, walaupun memang dah hampir 4 tahun belajar pergi balik ke hospital setiap hari, bila umi kita yang sakit sendiri di wad, perasaan melihat pesakit itu lain. Bercampur-baur dan sayu sahaja.

Itu belum aku yang sakit. Nauzubillah ya Allah.

Selepas lebih kurang 45minit, tiba-tiba nurse datang ke arah kubikal di tempat katil umi aku berada, sambil menolak adik tadi ke katil sebelah kiri betol-betol di sebelah katil umi.

Aku melihat dengan diam, gerak-geri mereka bertiga. Si ibu, adik perempuan linkungan belasan tahun tadi, dengan nurse berbaju purple gelap itu.

Dalam medical, profesor selalu ingatkan. 'Observation is really powerful'. Perhatikan apa sahaja yang ada pada pesakit. Air muka mereka, pakaian mereka, tangisan mereka atau gerak-geri tubuh badan mereka.

Mereka sebenarnya sedang menyampaikan satu message kepada medical team. Kita boleh dah ada differential diagnosis dah bila melihat pesakit berjalan, bercakap atau berbaring di atas katil. Seriously? Yes seriously.

Contohnya adik ni.
Hanya tertunduk senyap, memandang lantai sahaja, tanpa melihat orang di sekeliling pun. Seakan-akan dia sudah 'detached' daripada kesosialan dengan insan lain di sekeliling. Emaknya sahaja yang melemparkan senyuman kepada pesakit-pesakit di sekitar dan ahli keluarga pesakit lain. Ramah juga makcik ni, tapi kurang berbual juga. Awal lagi, biar dia rest dulu lah baru sampai tu.

Aku terpandang ibunya, aku senyum membalas, tapi belum menyapa.

Desis hati aku, mungkin adik ni, stress atau kemurungan atau apa sahaja. Maklumlah, takkan masuk wad kalau kita sihat kan? Mesti ada masalah. Pesakit yang ada masalah fizikal, contohnya patah ke, sakit kepala ke, mesti penyakit-penyakit ni akan memberi kesan kepada psikologi.

Pesakit akan letih, akan rasa tak sedap badan, akan lenguh, akan rasa stres dan banyak lagi lah. Jadi maybe adik ni pun sama.

Atau mungkin masih dalam 'denial state'. Tak mampu untuk menerima hakikat yang dirinya sakit buat masa sekarang.

Banyak yang merewang di fikiran aku. Aku memilih untuk duduk senyap dan biarkan mereka berehat dulu. Nanti lah kita borak.

Sepanjang sehari-dua mereka menjadi jiran kami di hospital. Tak banyak yang kami borakkan. Kalau selisih otw ke tandas, saya adalah senyum dan cakap "Eh nak ke tandas makcik?" Dah tahu, saja nak menghormati insan tua.

Tapi apa yang saya pelik.

Adik tadi senyap sahaja. Tak bunyi suara. Banyak baringkan diri di atas katil dan memandang ke katil atau ke lantai. Yang aku nampak, cuma dia pegang perut sahaja, tak erat pun dia genggam perut dia, tapi tangannya di situ. So, aku assume mesti perutnya yang bermasalah.

I guess so.

Aku pelik, sakit apa adik ni?
Dan bila masa berlalu, keluar masuk wad untuk ke bilik Radiology dan ke klinik semua, dari situ aku perasan yang memang adik ni senyap sahaja.

Bila aku dah mula ada masa, aku duduk di kerusi dan mula berborak dengan emak adik tersebut. Tanya asal dari mana, nak panggil makcik ni, kerja apa dan semua lah.

Dan aku tanya pasal anak makcik.
"Anak makcik sakit apa ni?"

Dia kata, "Dia sakit perut Wan, sakit perut kuat dan lama dah"

Saya pun berpaling kepada adik yang terbaring tadi,
"Sakit kat mana? Sakit kuat ke? Buang air okay?"

Yang peliknya dia tak membalas lansung. Kemudian ibunya menyampuk di sebelah aku,

"Ada tak boleh bercakap dan tak boleh dengar Wan. Dia pekak dan bisu"

Aku pandang anak mata makcik tu. Masih tak percaya. Pekak dan bisu?

Kasihannya adik Ada ni. Sejak lahir lagi dia pekak dan bisu, sampailah sekarang membesar di sisi ibunya dengan setia. Dia asyik memandang sahaja saya dan ibunya bercakap.

Kemudian aku tanya pasal ayah Ada. Kat mana ayah dia? Sebab sepanjanh aku berada di wad, tak pernah aku terserempak dengan ayahnya yang datang melawat.


"Ayah Ada, dah tak duduk sekali. Ayah dia dulu tak boleh terima hakikat yang bongsu dia ni pekak dan bisu, bila Ada lahir, ayahnya berubah sikap dan jadi panas baran. Ada lah yang menjadi mangsa, dipukul dan dibuatnya Ada"




Aku dengar sebak. Oh begitu ke makcik... 😔

"Sekarang ni ayah dia ada penyakit mental Schizophrenia. Setiap hari mendengar bisikan yang tak baik. Masa Ada kecik lagi dulu pun, ayah dia dengar bisikan yang Ada ni anak yang sial, itu lah Ada dipukul ayahnya"

Sekarang ni, mereka tak bercerai tapi sudah tidak duduk sebumbung lagi. Rumah lama mereka, ayahnya duduk walaupun tanah tu tanah pusaka adik beradik mak Ada ni. Mak Ada buat satu bangsal dekat kawasan situ juga, bangsal buruk-buruk. Mereka tinggal di situ.

Di situlah mereka tinggal. Makcik ni berniaga nasi kerabu Rm1.00 sebungkus. Di depan rumah mereka setiap pagi di kawasan Binjai, Kota Bharu.

Alhamdulilah, sebelum umi saya keluar lagi daripada hospital, mereka sudah dibenarkan balik ke rumah. Sakit Ada tak dapat dikesan lagi oleh doktor, tak tahu sakit apa, buat Ultrasound pun tak nampak apa-apa.

Ada pergi ke sekolah pendidikan khas di Pasir Mas, di depan Hospital Daerah Pasir Mas. Dari 7 tahun sampai 13 tahun. Sekarang, Ada bersekolah di Kota Bharu, di kelas khas untuknya.

Semoga Ada tabah dalam menghadapi apa yang Allah sediakan dalam hidup Ada. Membesar sebagai insan pekak dan bisu, bukanlah senang atau mudah, mesti penih dengan tanda tanya dan susah payah.

Tambah pula sekarang, sakit perut yang kuat dan belum tahu apa yang berlaku. Semoga makcik juga tabah membesarkan anak istimewa, besar pahala Allah SWT bagi kepada makcik menjaga anak istimewa. Kesusahan makcik nakk bas tiga kali nak hantar anak bersekolah di Pasir Mas, teman anak di hospital, ditinggalkan suami dan banyak lagi, Allah tahu tu semua makcik, Allah dengar rintihan makcik malah Allah lah yang menyusun semua perkara dalam hidup makcik.

Mungkin Allah nak bagi syurga kepada makcik dengan lebih mudah berbanding kami yang sihat. Allahurabbi, Allah Maha Penyayang, mesti setiap perkara yang dia sediakan, ada hikmah untuk kita ambil.

Salam

Syazwan Fadeli

No comments: