Saturday 16 January 2016

PEDIATRIK : ANAKKU DOWN SYNDROME

Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah. Untungnya kita kalau kita berselawat kepada Nabi pada hari Jumaat ni kan? Sambil-sambil kita scroll facebook kita, apa salahnya kita sampaikan salam kepada nabi kesayangan kita kan. Kata Rasulullah SAW,


"من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا"


"Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali "
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad)

Allah yang Maha Mengetahui, wajib dan semestinya! Tidak akan menguji kita dengan sesuatu tanpa ada sebab melainkan untuk kita belajar daripada ujian tersebut.

Dengan kata senang, setiap inci daripada penderitaan, setiap teguk daripada kesusahan serta setiap satu air mata yang mengalir kerana kesabaran, semua-Nya dihitung oleh Allah dan dinilai dengan seadil-adilnya.

Sebagai contohnya, anak-anak kita telah gagal pelajaran di sekolah dalam ujian awal tahun sekitar bulan Mac macam tu. Pada hakikatnya Allah menguji kegagalan itu bukan sahaja untuk si anak, tapi malah lebih-lebih lagi untuk si ibu bapa juga.

Anak kita ada masalah dalam pelajaran di sekolah, cuba kita renungkan apa 'saham' kita dalam kegagalan tersebut? Kita kena lihat salah kita juga, biar selalu muhasabah diri kita walaupun seakan-akan kita tak bersalah pun. Astaghfirullahal azim.

Apa kelemahan diri kita?

Maybe ibu bapa balik lambat kerja, tak sempat pun tanya dan lihat kerja sekolah anak-anak dah buat ke belum, faham ke tidak belajar dan sebagainya.

Atau maybe ibu bapa yang suka keluar lepak malam, sampai 1-2 pagi bawak anak-anak sekali, itu petanda daripada Allah untuk stop dan bagi anak-anak rest untuk belajar dengan efisien keesokannya.

Allah ni Tuhan, yang Mencipta segala sesuatu. Tidak ada satu pun daun atau debu yang jatuh ke muka bumi daripada pokok yang rimbun melainkan dalam pengetahuan Allah Azza Wa Jalla. Maha Suci Allah. Hanya kepada Allah sahaja layak dipuji dan disembah. Setiap butir pasir dan setiap lipatan ombak, semuanya dalam pengetahuan-Nya.  

Allah tahu bukan sahaja yang zahir di mata manusia, malah Allah tahu apa yang batin dalam diri kita ni.

Kita niat nak ke tempat kerja cari rezeki, kerja sebagai guru, berniaga ABC atau penyapu sampah itu dah dicatat sebagai pahala. Kita naik kereta ke tempat kerja akan diberi pahala lagi. Banyaknya pahala Allah bagi.

Lihat, Allah suka dengan niat kita yang baik, Allah dah bagi kebaikan kepada kita.

Sebaliknya pula untuk buat maksiat. Ber'plan' sahaja tak dapat dosa lagi, tapi bila buat sahaja akan dapat. Maksudnya lambat dan berat hati Allah nak bagi hukuman, tapi Allah juga Maha Adil, kalau kita salah kita terpaksa dihukum kan.

Berbalik kepada isu yang Allah lah menghantar segala jenis kegembiraan dan kedukaan kepada kita, saya nak bagi contoh yang saya lihat di dalam hospital. Hospital bukanlah tempat yang suka untuk kita lawati, hospital adalah tempat orang sakit, tempat orang menderita juga, dan sesetangahnya akan dijemput oleh Ilahi bila tiba masanya.

Semasa dalam posting pediatric (kanak-kanak), ada baby-baby yang kena penyakit berjangkit seperti Chickenpox, penyakit buah pinggang seperti Nephrotic Syndrome, masalah hati seperti VSD dan juga masalahcongenital (cacat sejak lahir). Congenital bermaksud penyakit tersebut berlaku semasa di dalam proses mengandung dalam rahim lagi, bukan selepas beranak.

Contoh penyakit congenital adalah Down Syndrome. Masalah lebihan chromosome 21 (Trisomy 21) ni menyebabkan anak lahir dengan pelbagai masalah pada masa depan. Saya masih ingat Prof.Zilfalil, Pakar Genetic USM pernah bagitahu kami, kita para saintis tahu di chromosome mana yang 'defect' dalam Down Syndrome, tapi kita masih belum tahu kenapa boleh berlaku tindak balas sedemikian.

Betapa terhadnya pengetahuan kita kan. =( Sikitnya ilmu yang kita mampu kuasi sekarang, mungkin insyaallah masa depan?

Antara ciri-ciri anak Down Syndrome yang ketara ialah 'hypotonia', iaitu anak akan jadi lemah dan lembik sahaja pergerakan tubuh mereka, senang jatuh begitu. Dan mereka ni pula, kalau kita perhatikan, muka mereka hampir sama antara satu sama lain. Mata sepet, lekuk di hidung dan banyak lagi.


Pernah tengok anak-anak Down Syndrome? Atau kita ada ahli keluarga yang istimewa seperti mereka? =)

Kebanyakan anak Down Syndrome mempunyai muka yang hampir sama.


Lidah panjang, muka bulat, ada 'gap' yang besar antara ibu jari kaki, di tapak tangan hanya ada satu garisan sahaja dan ada lagi lah banyak ciri-ciri mereka. Itu hanya daripada segi fizikal.

Yang menyedihkan para pengkaji dan para sainstif sebenarnya juga, anak-anak Down Syndrome juga ada masalah dalam:

Perkembangan anak yang lambat
Masalah pembelajaran yang sederhana atau kronik
Mudah kena penyakit berjangkit
Masalah pendengaran dan boleh kena jangkitan telinga
Tinggi risiko untuk dapat Leukemia
Sawan yang lama (Epilepsy)


..dan banyak lagi sebenarnya =(


Dan anak-anak Down syndrome mereka tidak seaktif dan tidak secantik/sehandsome anak-anak yang lain (bagi kita je le). Mereka adalah seperti mereka. Biasanya kita akan terus kenal mereka, sebab wajah mereka yang comel selalu tersenyum itu, ramai yang kenal/

Tapi mereka ni, muka mereka tak secantik mana pun, tidak boleh berjalan normal ke, selalu sakit masuk keluar wad di hospital ke, kasih sayang yang ibu bapa curahkan adalah sama antara mereka. This is really amazing, saya kagum dan terkesima dengan ibu bapa yang ada anak-anak istimewa begini.

Yes, cinta ibu dan bapa kepada anak-anak Down Syndrome pun sama seperti ibu bapa lain kepada anak yang sihat.

Di dalam wad, ibu bapa mereka pun peluk anak mereka. Ibu bapa pun agah-agah anak Down Syndrome mereka, mereka bermain, mereka cium selalu pipi anak mereka walaupun anak mereka tidak sesempurna anak orang lain.

Termenung saya dibuatnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak memang power. Seperti pantai dan laut, air maybe kurang bila bulan tidak mengambang, tapi air sentiasa ada dan akan banyak balik bila bulan bersinar.

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada melihat ibu bapa ni melayan anak-anak. Ada anak-anak yang comel, gebu, montel, pipi merah tu semua, semua orang suka nak dukung dan peluk dan cium.

Tapi bila anak down syndrome macam mna?

Kita akan layan sama, atau sebaliknya?

Apa pun jawapan kita, ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini tidak pernah membezakan cinta mereka antara anak sihat dan anak istimewa.

Saya kagum! Berminggu-minggu dalam hospital, anak banyak masalah, selalu menangis, tidak seaktif anak lain, tidak seceria anak lain, orang lain tak datang main pun dengan anak kita, itu semua ujian yang Allah sediakan untuk kita sabar dan tawakkal.

Cuba lihat ahli keluarga atau kenalan kita yang ada anak-anak istimewa, Allahurabbi, betapa tabahnya mereka mendidik anak-anak ni sampai mereka besar. Itu pun belum pasti siapa akan teruskan legasi menjaga mereka nanti.

Saya tanya kawan saya, kalau you dapat anak sebegini nanti, what will happened to you?

"I don't know, please don't ask me about that. I think i will cry for many weeks"

By

Syazwan Fadeli

No comments: