Sunday 24 January 2016

CERITA ANAK KE SYURGA PART II

ANAK BAKAL KE SYURGA contd..

Sekali lagi kami melawat adik Idham di Pasir Mas. Cuaca panas terik di luar.
Kami berhenti sahaja kereta di kawasan rumahnya, kelihatan pintu tertutup rapat. Panjang nafas kali ni, sayu melihat harapan yang makin pudar?
Idham, adik kena kuat deh.

Siapa sangka, di dalam rumah usang dan tertutup itu, ada ibu terlantar koma dan seorang anak bakal ke syurga.

Ibu yang koma selama sudah 8 bulan, adik Idham kusayang ini lah yang menjaga semua tentang ibunya. Dari urusan di hospital bawa dan teman ibunya, sampai ke rumah dari pagi ke malam.

Ibunya baru berusia 54 tahun, tapi disahkan menghidap Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE). HIE adalah kegagalan otak selepas badan mengalami kekurangan oksigen yang mendadak dalam sesuatu tempoh.

Oleh kerana kegagalan otak itu, ibunya tak mampu lagi bergerak, bernafas pun dengan bantuan mesin.

Adik Idham sedang memasukkan susu ke dalam Ryle's Tube melalui hidung emaknya.

Tiup putih itu peneman sepanjang hayat si ibu.

Tapi ibunya masih bernyawa. Mata berklip-klip semasa saya menjamah tulang kaki yang yang tinggal rangka.

Mulut hanya diam, kaki dan tangan lagi lah kaku. Tadi kulit ibunya melekit. Tanya Idham, kenapa ni?

Dia kata cuaca terlalu panas. Maklumlah atap Zink dengan suhu yang panas di luar, betol-betol terasa bahangnya di dalam. Rumah kurang kemas, bila tiada insan bergelar ibu, begitulah anak-anak. Masak sendiri bila nak makan.
Bila Idham pusingkan kepala ibunya ke sisi untuk tunjukkan luka di telinga, saya perasan ada air mata mengalir daripada mata si tua itu.

Saya kata,

"Idham, kenapa ada air tu? Try lap skit kat kelopak mata tu"

Idham kata,

"Ma sakit la tu kita pusing kepala dia tu"

Dia sapu dan lap mata kedua-dua insan yang tersayang tadi 😔 Sakit makcik? Idham sapulah ubat gamat ujar saya.

Sungguh lembut, cukup sabar dan penuh kasih sayang dia mengelap. Bagaikan nak sungguh-sungguh bagi mak dia tidur.

4 jam sekali masukkan susu dalam tiup di hidung emak dia. Tak pernah miss barangkali kalau sebegitu teliti anak syurga ini jaga.

Di lapnya badan dengan kain basah, dibasahkan kepala dan diurutnya anak remaja ni.

Bab tukar pampers sudah biasa, berak kencing si ibu anak ini dan bapa saudara yang bongsu itu lah yang akan uruskan.

Saya tanya boleh ke sekolah tak ni?

Idham kata dia hanya pergi 3 hari seminggu sahaja ke sekolah. 2 hari lagi terpaksa jaga ibunya di rumah. Itu pun nasib baik bapa saudaranya nak jaga, kalau tak memang tak bersekolah budak ni.

Dah la sudah 17 tahun. Adiknya Zana pula UPSR. Zana terlalu kecil utk jaga ibu, masih takut-takut untuk duduk tepi ibu. Nak ditinggalkan berdua pun dia tak berani.
Mana tak nya. 8 bulan lepas ibu bercakap, membebel, makan dan mandi bergurau macam biasa, dan harini ibunya hanya diam membisu kecuali mata yang mengalir air jernih.

It's okay Zana. Biar abang Idham yang jaga ibu, Zana masih kecil dan tak mengerti apa-apa.

Sebelum kami melangkah pulang dengan hati yang sedih, saya ada bagitahu Idham, Idham jagalah ibu baik-baik, tak semua orang mampu jaga ibu sakit tau Idham. Untungnya Idham, boleh masuk syurga.
Idham kata,

"Ma jaga kita sejak kecik lagi dengan adik. Abah pergi tinggalkan kami masa adik umur setahun, selepas tu semua ma yang jaga makan minum duit sekolah, sekarang masa saya untuk balas semua untuk ma"
Idham.

Kau memang anak syurga 😔
Bagi sesiapa yang mempunyai rezeki lebih di saat ini dan ingin menderma, di sini saya sertakan nombor akaun adik Idham. Boleh Adik Idham guna untuk beli susu ibunya, pelajaran Idham dan Zana, rumah atau apa sahaja yang berpatutan.

0300741000154113
BANK SIMPANAN NASIONAL
MUHAMAD IDHAM BIN MOHD NOR

*boleh juga baca kisah adik Idham yang saya post dahulu di Facebook

https://www.facebook.com/syazwan.insidenature/posts/928422500575181
#adikkeuniversiti

juga boleh lihat kisah-kisah adik yang lain dengan menekan di hashtag #adikkeuniversiti

No comments: