Friday 8 January 2016

SANGGUP TINGGAL SEKOLAH UNTUK MENJAGA IBU. ADIK IDHAM, BAKAL AHLI SYURGA!

ANAK-ANAK BAKAL AHLI SYURGA.

Jarang saya jumpa adik semulia adik Idham. Anak bakal ahli syurga.

Petang tadi lepas Jumaat, kawan ajak ke Pasir Mas, katanya nak jumpa Adik Idham. Saya tanya kenapa? Kawan kata adik ni dari keluarga asnaf.

Sampai di depan rumah Adik Idham, rumah kayu memang tengah mereput, adik Idham datang menyapa, dengan adik perempuannya, Zana, dan bapa saudara mereka. Saya senyum dan memberi salam, nampak adik Idham baru nak pakai baju.

Melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, ada satu tirai pendek yang memisahkan tempat duduk tetamu dengan sebelah wing kiri rumah. Ada satu tubuh kaku terbaring di atas katil, dan ada Ryle's Tube masuk ke hidung.

Ya Allah. Siapa tu? =(

Itu lah ibu Adik Idham (lihat katil dalam gambar di belakang kami). Kena stroke 8 bulan lepas lagi, terus tidak sedarkan diri dan hampir koma. Bila bawa ke hospital, doktor sahkan, ada sebahagian daripada otaknya sudah mati. Komplikasi stroke yang paling menakutkan.

Bagi saya, mesti salur darah kepalanya pecah teruk, dan sel-sel otak telah mati. Dan kena pada bahagian kaki tangan and etc, tak mampu bergerak lah sekarang. Muda lagi emaknya.

Sebelum puasa tahun lepas lah terjadi, ibu dia tiba-tiba sakit kepala yang sangat teruk. Idham membawa ibunya ke Hospital Lati, dan Idham kata dia ingat ibu dia kata,


"Ma nak tidur semeta". =(


Dari saat ibu nya tidur masa tu, ibu nya tidak lagi sedarkan diri. Sehingga lah pada harini, ibunya seakan-akan koma. Masih boleh bergerak mata, tapi tiada suara, maybe masih mendengar, tapi tiada lagi pergerakan.

Dulu, ibunya kerja membuat kuih dan hantar ke kedai orang. Pukul 3 pagi ibunya bangun, kejut adik Idham dan adiknya untuk tolong sama-sama.

Sebelum naik basikal ke Sekolah Menengah Perempuan (SMP), dia singgah dahulu letak kuih dan terus ke sekolah. (Terima kasih cikgu-cikgu yang membantu Idham bagi duit poket harian untuk berbelanja).

Tapi bila ibunya terlantar lumpur seluruh badan, tiada lagi pendapatan tetap. Mereka hanya bergantung hidup dengan duit sedikit hasil buat kuih bapak saudaranya dan sumbangan orang ramai sikit-sikit.

Idham (berbaju merah dalam gambar) dua beradik sahaja. Idham berumur 17 tahun sekarang. Zana, adik perempuannya berumur 12 tahun. Kedua-duanya pada tahun peperiksaan. Tahun lepas, Idham tinggal sekolah 90 hari.

90 hari?

Saya tanya kenapa?

Perlu bergilir jaga ibunya, kadang-kadang Idham jaga, kadang-kadang bapa saudaranya. Terpaksa tak pergi sekolah.

Idham kata, dia kena jaga ibunya =( setiap empat jam, perlu masukkan susu dalam tiub di hidung, kena basuhkan badan dan paaling penting, kena pastikan Oxygen (dari Portable Machine, terima kasih HRPZ2 kerana sudi memberi pinjam kepada ibu Idham) sentiasa ada.

Pada mulanya memang ada tindakan sekolah nak ambil ke atasnya, tapi alhamdulillah pihak sekolah memahami. Cikgu-cikgu ada juga bagi sumbangan.

Saya tanya, kalau takde elektrik macam mana? Sambil melihat kayu rumah yang dah rapuh dan ada yang dah berlubang.

"Akan terus ke klinik dekat rumah ni, pinjam Tong Oxygen kejap, sementara tunggu ambulance sampai dari Hospital Lati"

Saya tanya la, tahun ni exam kan, macam mana nak exam ni, mak macam mana? Zana duduk kelas pertama darjah enam, belajar pun pandai.

Adik Idham ni tunduk sahaja. Tak tahu lah bang, emak saya kena jaga, sekolah nak exam jugak. Adik pun exam UPSR tahun ni.

Sungguh tinggi nilai akhlak si anak ni. Jaga ibu, yang tak mampu bergerak lansung, tak boleh makan seperti biasa, tak boleh bersihkan diri sendiri, pada USIA YANG MASIH MUDA.

 Basuh ibu, lap ibu, suap makan, sikat rambut, letak bedak. Tukar pampers, memang anak baik. Utamakan tiket ke syurga, tapi itulah, pelajaran ke sekolah pun penting.

Subhanallah, tiket yang jelas untuknya ke syurga. Idham adik yang sangat baik budinya, bercakap lemah lembut. Saya bangun dan lihat ibunya, asyik sahaja si Idham kata,

"Mak panas ni, kat luar panas..... Mak panas ni, kipas kat bawah"

Saya pandang anak mata dia, kau memamg anak syurga. Untung ibu adik dapat anak seperti adik, Allah Maha Kaya.

Jika ada pembaca yang ingin melawat atau ingin menderma, boleh hubungi saya untuk info yang lebih lanjut.

Ayuh sama-sama kita tolong family ni semampu kita boleh. Kalau ada yang sedang rezeki lebih, apa salahnya kita sedekahkan kepada mereka untuk mereka makan, jaga ibu mereka. Semoga Allah SWT akan membantu kita semasa kita susah pulak.

 Ini akaun adik Idham:

0300741000154113
BANK SIMPANAN NASIONAL
MUHAMAD IDHAM BIN MOHD NOR

Semoga tabah adik Idham. You are really a good son.

By:

Syazwan Fadeli

No comments: